18.03 - Hari Istimewa
March 18, 2008

Setiap tahun 18.03 adalah tarikh yang mesti saya ingati dan setiap tahun banyak peristiwa berlaku pada hari tu. Dirai, dikasihi, disayangi. Juga diberi penghargaan.
18.03 adalah tarikh kelahiran saya dan tidaklah setiap tahun saya meraikan secara besar-besaran. Pernah juga meraikan secara berseorangan. Sayu hati bila tidak ada yang peduli.
Tapi 18.03 hari ini, sedikit istimewa. Bangun pagi tadi, di sudut tepi kepala katil, terdapatnya satu kad ucapan berwarna merah jambu. Sudah tentunya kad ucapan ini dari isteri saya. Dalam kad itu tertera kata-kata penghargaan isteri saya untuk pertama kali kami menyambutnya bersama.
18.03 kali ini sedikit berbeza. Banyak peningkatan ketara dalam hidup saya. Punya seorang isteri yang amat menyayangi. Kehidupan yang semakin selesa. Tidak lagi kesempitan wang waktu zaman bujang dahulu (selalu sgt makan meggi segera).
Rezeki selepas berkahwin orang kata.
Hari ini selain sales yang masuk ke akaun bank saya, celcom pula berbesar hati menghadiahkan saya kredit panggilan dan sms percuma tanpa had selama 7 hari ke mana-mana nombor xpax. Cakap atau smslah berapa lama sekali pun, saya tidak akan dikenakan sebarang caj. Tempoh tamat juga dipanjangkan selama 30 hari lagi.
Wow.. Celcom.. baiknya anda kepada saya! hehe
Netlog pun pagi ini ada hantar email kepada saya. Bukan sahaja wish ‘besdey’, mereka juga berikan saya 15 kredit percuma! Saya telah dispotlight oleh Netlog! ohoho terima kasih! Nak tau apa yang bestnya Netlog? Register free hari ini!
Apa lagi istimewa yang bakal saya perolehi pada angka 18.03 ini lagi? Tunggu dan lihat sahaja lah! ![]()
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
11 Responses to “18.03 - Hari Istimewa”
Got something to say?





















































selamat hari ulang tahun semoga kekal ke anak cucu
opsss silap wish……sori
Terima kasih Kita.
Terima kasih kepada copywritersboard.com juga.
Selamat hari jadi….
Sain: terima kasih dan selamat datang.
update: terima kasih kepada BraveHeart Production diatas komisyen yang diberikan. Dapat lagi income dari luarnegara.
ohoho.. sempena hari istimewa ini.. paklah pun umumkan kabinet barunya bersempena hari lahir ku.. :p
SALAM CERIA NOORIZAM,
Selamat Menyambut Hari Bahgia.. / sory lambat dapat tau/
Semuga Di Pelihara Allah Selalu dan Di Anugerahi Rezeki yang Baik.
Bersyukurlah di atas ujian Allah ……….
Wassalam.
isman@jblesen2u.com
Rasanya belum terlambat.
Selamat Ulangtahun Shah! Semoga anda akan lebih berjaya dalam hidup dan dikurniakan kemurahan rezeki yang melimpah ruah serta diberkati-NYA.
Terima kasih Isman. Terima kasih Megat. Ucapan anda amat saya hargai. Terima kasih
salam, selamat ulangtahun, terima kasih diatas linkback itu, kalau ade peluang, nanti saya belanja maggi goreng ya
Terima kasih daun keladi syam, ada waktu belanja ler… hehehe