Kenduri dan Komisyen Affiliate Program

March 17, 2008

Syukur alhamdulillah. Semalam semuanya berjalan dengan lancar. Oh.. yea untuk pengetahuan anda, semalam pertama kali saya adakan majlis kenduri doa selamat di rumah kami.

Maklumlah sejak mula berpindah penghujung tahun lalu, kami tidak punya kesempatan untuk mengadakan kenduri. Kebetulan pula esok adalah hari ulang tahun saya, jadi isteri saya mencadangkan untuk adakan majlis jamuan makan dan doa selamat.

Walaupun rancangan ini difikirkan last minit dan tanpa usaha bersungguh-sungguh isteri saya, mungkin majlis ini berlangsung ala kadar sahaja.

Terima kasih isteriku! :)

Selesai cerita kenduri dirumah saya. Now, saya ingin berkongsi satu lagi kisah gembira bersama anda. Bermula malam semalam, beberapa program affiliate yang saya sertai di internet telah membuat pembayaran kepada saya dan semalam juga dengan tambahan jualan ebook dan produk eBay, rezeki saya umpama dimurahkan. Kebetulan kenduri pula untuk memohon rezeki dilipatgandakan, dan Allah itu maha kaya. Rezeki dari Allah lagi.

Bermula 26hb, saya pula akan membuat bayaran komisyen kepada agen-agen affiliate kuasalelong.com. Nampaknya semakin ramai yang bakal terima komisyen bulan ini. Berapa jumlahnya?

Biarlah rahsia :D

Yang pasti, ebook kuasalelong mendapat jualan yang tinggi!

Topik akan datang, saya akan berkongsi topik istimewa yang tulis oleh seorang rakan IM mengenai program affiliate. Anda wajar membacanya!

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Comments

6 Responses to “Kenduri dan Komisyen Affiliate Program”

  1. shahraduan on March 17th, 2008 12:17 pm

    Tahniah……Agak-agaknya dpt lagi kot komisen jual ebook ebay kali ke-2..huhuhuhu…

  2. Azhar Ahmad on March 17th, 2008 2:14 pm

    Tahniah….

  3. Noorizam Shah on March 17th, 2008 2:25 pm

    Azhar: takda hadiah ke? esok besdey saya.. :D

  4. shahraduan on March 17th, 2008 7:17 pm

    happy besday…hadiah tak der…ko kan dah byk income…ahak ahak

  5. Sain on March 17th, 2008 8:15 pm

    Selamat hari jadi Noorizamshah….saya baru kemarin birthday…

  6. Noorizam Shah on March 17th, 2008 8:48 pm

    shahraduan: ala.. hadiah tu kira lain la.. boleh la.. ehehe

    Sain: besdey saya esok 18hb 03 sepatutnya, saja diawalkan sebab mak ayah and mak bapa mentua ada kat sini. buat kenduri sikit. Apapun selamat hari ulangtahun juga kat anda. :)

Got something to say?