Rahsia Produk “Hot Item”
March 16, 2008
Pisang panas! Pisang panas! mari-mari dapatkan segera sebelum kehabisan!
Berpusu-pusu orang datang beratur mendapatkan pisang panas di sebuah gerai di Shah Alam ini.
.
.
.
Itu kisah pisang panas. Hari ini saya akan berkongsi dengan anda topik mengenai bagaimana anda boleh mengambil peluang dari produk-produk panas atau hot.fm hot item ini.
Berikut adalah salah satu rahsia yang terdapat di eBay yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan pendapatan.
Taraaaaaaaaaa!!!!!
Pengunjung yang sedang mencari produk ABCDE mungkin juga sanggup membayar berapa sahaja untuk ABCDE.
Faham ke?
Oklah, jika anda melihat di eBay, banyak sungguh produk-produk yang laris. Anda tidak perlu meniru penjual lain dengan cara menjual produk yang sama kerana untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan, anda boleh menjual barangan yang belum lagi dijual oleh mana-mana penjual yang lain.
Macam mana tu?
Yelah, dengan cara menjual produk-produk yang tidak lagi dijual oleh penjual yang lain, anda berpotensi untuk melipatgandakan keuntungan kerana kurangnya persaingan.
Ada cara sebenarnya untuk anda mengenal pasti produk-produk hot item di laman eBay. Jika anda perasan, dimuka utama laman ebay (tak kisahlah ebay mana satu pun), akan terdapat iklan-iklan atau produk yang mendapat permintaan besar di sana.
Sebagai contoh, jenama Coach sekarang telah top di laman eBay. Ramai sungguh orang di laman eBay menjual produk-produk berjenama Coach. Jadi, tanpa perlu bersaing dengan mereka (lebih-lebih lagi powerseller), anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri berasaskan barangan atau jenama yang top ini.
Bagaimana Noorizam? Tunjuklah sket.
Baiklah,
Berikut adalah beberapa contoh yang mana anda boleh gunakan atau kaitkan dengan jenama Coach ini.
Pengunjung yang sedang mencari produk Coach mungkin juga sanggup membayar berapa sahaja untuk…
- keychain berjenama Coach
- Handbag berjenama Coach
- Ebook panduan membeli belah produk Coach
- Ebook senarai katalog produk Coach
- Cermin mata berjenama Coach.
- Dan lain-lain…
Cuba anda fikirkan, apa yang saya kongsikan diatas tidak akan habis begitu sahaja. Banyak lagi yang boleh anda kaitkan dengan jenama ini.
Kepada pembeli ebook KuasaLelong, cuba anda fikir dan senaraikan produk-produk panas di Ebay kemudian kaitkan dengan produk yang tidak lagi dijual oleh penjual lain di eBay.
Semoga anda berjaya.
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related ContentComments
7 Responses to “Rahsia Produk “Hot Item””
Got something to say?





















































huhuhuhuhu….sape nak buat dropship dengan aku meh sini…10 org jerk..hot items…
haaa.. dah ada tawaran dah tu..
aku berminat ngan dropship
Tungguuuuuu…..dlm peringkat pertimbangan…
Saya berminat ngan dropship. Masih ada ker? Nih pun tarikh lama…baru dlm nih
sheena.. rujuk laman web http://www.kuasalelong.com
drop ship gua terpaksa tutup atas sebab2 yg tak dpt dielakkan. harap maaf…peaceeee !!
title euro 2008 tgh hot…apa lagi beb, layan2 ahahaha