Happy Moments
March 16th, 2008, by Noorizam Shah

Happy Moments


Happy - Happy Moments


Kredit kepada tuan punya gambar.

Anda pernah dengar happy? Pernah cuba?

Saya tak pernah cuba lagi, ingat nak juga cuba selepas tengok iklan-iklan happy kat TV, iklan nuffnang kat blog ni.

Apa itu Happy?

Happy ini kalau anda nak tahu, ia adalah pelan prabayar untuk telefon mudah alih anda. Bagi anda yang banyak membuat panggilan dan SMS, happy ini dikatakan sesuai untuk anda.

Setiap panggilan hanya dihadkan kepada RM0.99 sahaja. Tak kiralah berapa lama panggilan anda.

Biar betul?

Itulah, saya pun nak pastikan kat sini, kalau benar penggunaannya hanya dihadkan kepada RM0.99, saya pun nak guna juga. :)
Dah la boleh cakap lama dengan kos yang rendah, sms pun hanya dicaj sebanyak RM0.10 sahaja (mahal ke murah?). Mungkin mereka yang ingin jimatkan kos sara hidup boleh gunakan happy sebagai pelan yang sesuai untuk berkomunikasi kerana tempoh tamat kad prabayar ini adalah 60 hari.

Kot-kot anda nak tukar pelan prabayar kalian, terjah aje laman Happy hari ini!

Sekali lagi, ada sesiapa yang dah pakai? kongsilah sikit.

- – - – - – - – - – -
UPDATE
- – - – - – - – - – -

Bercerita pasal Happy Moment ini, saya ada kisah yang ingin dikongsikan bersama.

Baru-baru ini saya telah merasai pelbagai saat yang menggembirakan. Antaranya

Happy Moment Part 1

Saya terima cek dari Nuffnang.com.my kerana membantu ads network tempatan ini mengiklankan iklan seperti Happy Moment! hehehe

Happy Moment Part 2

Saat gembira lain ialah, saya berpeluang bercuti ke tempat impian saya. Lihat lah tempat mewah saya ni. Ini hasil keringat berbisnes internet dan blog. Anda juga boleh melakukannya seperti saya!

Happy Moment Part 3

Saat menikmati makan lazat dan mewah di Hotel 6 Star!

Jom vote me untuk Happy Moment!

Sphere: Related Content

7 comments Subscribe Comments

  1. Tepat pada masanya.

    Aku pun ingin mencuba happy ni. Tapi perlukan info seperti yang ko isukan.

    Ada sesiapa pernah mencuba? Kongsikan pengalaman anda!

  2. masih tunggu lagi, siapa yang dah pakai pelan Happy ni :)

  3. Hahhahahh, saya pun guna happy, dah 3 bulan! Seronok!

  4. azhar: kad prabayar dia guna nombor mana satu? 019 ke 016?

  5. hei bro, thanks for spreading the word for happy and it’s packages, but this blog contest is to tell the world what makes you happy, other than having using happy, :) all the best of luck, dig deep into what makes you happy. be happy n have fun

  6. now.. i’m happy with blog contest! :D


Add your comment