Muslihat Visual Iklan. Dedahkan Dan Tampilkannya…

March 12, 2008

Jika dilihat kebanyakan blog-blog akan meletakkan visual iklan-iklan di sidebar, header, footer dan main post. Tujuannya adalah untuk mendapatkan klik dari pelawat-pelawat kemudian berharap ianya menghasilkan jualan.

Seperti mana banner-banner iklan yang terdapat di dalm blog ini, anda juga pasti akan melihatnya di blog-blog lain. Kadangkala iklan teks, banner atau mesej-mesej iklan yang cuba disampaikan tidak mempunyai kemampuan menarik perhatian pelawat.

Sampai pada waktu dan ketikanya, blog anda menjadi bosan apabila dipenuhi dengan banner-banner iklan diserata mukasurat.

Jadi disini, bagaimanakah kaedah terbaik yang boleh anda gunakan supaya iklan-iklan anda diklik oleh pelawat-pelawat anda?

.

.

.

.

.

Jika anda perasan, semasa saya menulis topik baru, ada waktunya saya pasti akan meletakkan link-link iklan (laman web produk) dan kebanyakkannya telah menghasilkan jualan kepada saya.

Ini adalah salah satu cara yang pasti digunakan oleh ramai blogger untuk memperkayakan mesej iklan-iklan yang terpapar di dalam blog mereka. Terdapat beberapa buah blog sering memberi review mengenai beberapa produk yang berada dipasaran internet dan disebalik review itu mereka sebenarnya sedang mempromosikan link-link komisyen mereka untuk diklik pelawat.

Trik yang digunapakai adalah menulis cerita-cerita mengenai produk atau hal-hal berkaitan dengan produk diwaktu yang sama tidak menonjolkan iklan tersebut secara terang-terangan dan ianya kelihatan seperti sebahagian kandungan blog itu sendiri.

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Muslihat Visual Iklan. Dedahkan Dan Tampilkannya…”

  1. syamsulariff.com on March 13th, 2008 12:23 am

    ye betul..tepat skali..nak buat entri mcm tu ok jgk..cuma jgn terlalu menonjol sehingga membuatkan pembaca rasa menyampah.. :D

  2. Noorizam Shah on March 13th, 2008 8:34 am

    kalau dapat selang selikan review produk ini dengan info-info lain, tak ada la membosankan sangat. :)

  3. Razif on June 28th, 2008 9:35 pm

    Memang antara teknik terbaik arr…
    saya 1st time review psal laporan nuffnang tue…
    hehehe…
    cubaan pertama tue..

Got something to say?