Anda Menang Bidaan, Tetapi Tidak Ingin Membelinya…

March 12, 2008

Saya telah berjaya memenangi satu produk hasil dari aktiviti bidaan di eBay tempoh hari, kemudian saya mengambil keputusan untuk tidak membeli produk tersebut. Adakah saya boleh melakukan seperti itu?

Persoalan ini mungkin akan terjadi kepada anda yang tidak biasa atau baru sahaja menceburkan diri dalam urus niaga di Ebay. Dan ia juga terjadi kepada ramai orang termasuklah golongan-golongan “joybidder” ini.

Disini, saya ingin ingatkan kepada pembaca sekelian terutama pelanggan-pelanggan saya supaya memahami kontrak sebelum anda membuat apa-apa juga aktiviti di Ebay.

Apabila anda membida produk kemudian berjaya dalam bidaan tersebut, dengan ini anda terikat dengan kontrak yang ditetapkan oleh eBay dan anda wajib membayar produk tersebut.

Jadi, sentiasa diingatkan, jangan sesekali meletakkan sebarang bidaan, jika anda tidak berminat atau tidak mampu membayar sebarang harga untuk produk tersebut.

Walaubagaimana pun, masih terdapat juga kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka di sana. Apa akan berlaku jika terjadinya kesalahan seperti ini?

Segera berkomunikasi dengan penjual.

Tidak semua penjual yang tidak mahu berunding. Jadi, jangan takut untuk menghubungi mereka secara terbuka dan berterus terang kenapa anda tidak mahu membeli produk mereka. InsyaAllah, dengan berkomunikasi terus dengan penjual, ianya dapat mengenalkan perkara-perkara seperti anda dikenakan tindakan oleh pihak eBay atau memperoleh negative feedback.

Jika ianya berterusan teruk, ini bermakna urus niaga masa hadapan anda pasti akan sedikit sulit kerana faktor-faktor prestasi buruk ini. Ramai penjual-penjual yang baik hati dan bersedia memaafkan anda, jika kesilapan tidak disengajakan.

Jadilah seorang pembeli yang beretika dan sentiasa yakin dengan urus niaga anda.

Jumpa lagi! ;)

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

4 Responses to “Anda Menang Bidaan, Tetapi Tidak Ingin Membelinya…”

  1. bizmalaya on March 12th, 2008 11:31 pm

    saya pernah buat macam tu…maknanya buruk ler nama saya erk

  2. Noorizam Shah on March 13th, 2008 8:32 am

    kalau tak dapat negative feedback, kira tak ada la. :) kalau boleh elakkan perkara macam ni.

  3. ijamidayu on March 13th, 2008 9:20 am

    nice info bro.. :)
    kawan saya ada juga camtue.. tapi kat lelong. punya tamak nak beli kamera digital.. tapi last2 xjadi beli.. pada saya joybidder ada di kedua-dua tempat nie.. lelong ataupun ebay.. jadi pada yang baru better tgk syarat dan terma.. kerana ia akan menyusahkan kita di kemudian hari.. :)

  4. Noorizam Shah on March 13th, 2008 11:35 am

    pelajari dari kesilapan. Jika tak belajar dari silap pun boleh jadi masalah juga. Dah tau silap, takkan buat lagi. :)

    lai-lai buat duit dengan real internet bisnes! :D

Got something to say?