Mencari Pembekal Untuk Menjual Produk di eBay
March 11, 2008
Kepada pembeli-pembeli ebook kuasalelong.com terutama dari Indonesia, Singapura, Ireland, USA, Australia, Jepun dan dimana juga anda berada, terima kasih diucapkan.
Semoga ilmu yang dikongsi dapat dipraktikkan dan seterusnya menghasilkan pendapatan kepada anda.
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi, infomasi mengenai cara-cara untuk mendapatkan pembekal-pembekal produk yang anda inginkan. Difahamkan, ramai pembeli-pembeli ebook kuasalelong adalah mereka yang baru memahirkan diri dalam perniagaan internet.
Dengan ini, saya akan berkongsi dengan anda antara sumber-sumber bekalan/stok yang mungkin anda boleh peroleh bersesuaian dengan pilihan anda.
1. Jika anda mempunyai kelapangan, sila pergi ke kedai yang menjual barangan/produk yang ingin anda jual dan tanya kepada pemilik kedai tersebut mengenai pembekal mereka. Jika pemilik, bertanya dengan anda, beritahu mereka yang anda berminat mencari pembekal untuk jualan di internet/eBay. Jika kena caranya, pemilik kedai pasti akan memberi tahu anda dimana mereka mendapatkan bekalan-bekalan stok mereka.
2. Untuk memudahkan anda, apakata anda membuat carian di internet untuk syarikat-syarikat yang membekal di dalam negara anda. Jika anda tinggal di Ireland, sebaiknya buat carian di dalam negara anda dahulu.
3. Jika tidak menjumpai apa yang anda inginkan, besarkan skop carian anda dengan mencari pembekal-pembekal di luar negara. Sekarang pelabur-pelabur sudah mula menumpukan perhatian di China. Jika dahulu, kita beranggapan produk dari China adalah produk low class, sekarang sudah ada syarikat-syarikat besar membuka kilang-kilang membekal produk-produk berkualiti dan berjenama di sana.
4. Terdapat beberapa web pembekal yang boleh anda layari untuk mendapatkan lebih infomasi. Antaranya ialah:
www.MKenterprise.com
www.Alibaba.com
Dan banyak lagi..
Rajin-rajinlah membuat carian. Jika hari anda baik, anda dapat berjumpa dengan pembekal yang bersesuaian dengan keperluan anda.
Jangan takut untuk hubungi mereka. Tanya mereka dengan lebih lanjut berkenaan bekalan produk, harga dan segalanya.
Harap ianya dapat membantu anda.
p.s: Bagi mereka yang berada di luar negara dan ingin mendapatkan ebook Kuasa Lelong, anda boleh mendapatkannya dengan cara membuat pembayaran melalui paypal. Sila rujuk arahan ini untuk dapatkannya!
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
8 Responses to “Mencari Pembekal Untuk Menjual Produk di eBay”
Got something to say?






















































[…] terkini membuat carian pembekal produk di eBay.. layari Ceritera Dunia - Noorizam Shah dot com | Mencari Pembekal Untuk Menjual Produk di eBay […]
bro, mcm pembekal sy ada tnya direct kat satu company tu bgtau nk jual barang dia online. sekali dia tak mau da. muaahaha… napa ek? tp product dia meletup beb kalo dpt jual online
ahib, tak semua company boleh kasi individu tertentu jual produk mereka. alasannya mereka nak jaga produk mereka dari segi jenama, kualiti dan tahap keyakinan orang. Sama macam produk dari syarikat jualan langsung. Jika kita bukan authorize seller mereka tak benarkan.
kes ini sama macam jual ebook la.. kalau tak ada MRR atau RR memang tak leh nak jual.
sebab tu kita kena pandai deal dan pilih company yang bersesuaian.
salam bro noorizam,
tapi info yang bro kasi dan share amat bermakna.. thanks..
thanks bro. tapi saya ada perkongsian sikit. kalau kita ada membuat pembelian di lelong atau ebay.. kita boleh direct nego dengan mereka..kalo mereka berminat kita boleh berniaga secara offline..
ijamidayu. yup.. saya pernah berurusan dengan pembeli ebay secara offline dan kebanyakkan akan datang semula untuk berurus niaga
adik aku pernah wat nego dengan mamat cina. Dia nak beli gelang. Haha, sekali less dekat rm20..best gila. Itupun aku yg nego. Adik aku je yg kuar duit. Takpelah. Harga bende tu murah. Tapi cina tu jual mahal gila. last2..adik aku dapat gak..
Tapi kat lelong.com.my la. Kat e-bay. Takdela pengalaman nego..
that true titan.. aku pon ada nego dengan dealer tapi xder lar dpt sampai less bnyk tue.. untung ko..

tapi kalau kena cara dan beradab kita akan dapat apa yang kita mahu.. yang penting kejujuran.. betul x Noorizam
dalam menentukan harga barang nih.. biasa saya buat guna kaedah QEP… apa itu QEP?
QEP ialay quality evaluation proforma. tak leh citer banyak-banyak sgt. kang tak adil pula dengan pembeli ebook kuasalelong.com.
saya akan kongsikan dengan pembeli ebook sahaja. banyak lagi tips yang boleh membantu kita dalam perniagaan internet.:)