Telahan Ramai Mula Mengena…

March 9, 2008

Sejak beberapa minggu lalu, selepas media-media arus perdana melakukan kempen berat sebelah (lebih berpihak kepada kerajaan), akhirnya, kerajaan sekarang telah ditunjukkan suara sebenar rakyat apabila beberapa negeri di kuasai pembangkang.

Semalam saya pulang ke kampung untuk menjemput orang tua saya pulang mengundi ke kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Saya diminta untuk memakai baju berlambang dacing. Saya menolak untuk itu. Orang tua saya tidak berpuas hati dan mula mempertikaikan.

Dalam hati saya hanya mampu berkata, undi yang akan saya pangkah bukanlah undi tradisi yang perlu diwarisi turun temurun. Saya tidak lagi boleh menolak kata hati untuk membuat perubahan. Saya tahu, orang tua saya tidak didedahkan dengan media-media alternatif dan mungkin mereka telah pun habis disogok dengan pelbagai kata-kata manis yang hampir sama seperti tahun-tahun lalu.

Perubahan kali ini pasti akan banyak berlaku di pusat mengundi saluran 2 dan 3. Disinilah undi penentu. Saya tahu, keadaan pasti tidak akan berubah seperti mana-mana tahun dahulu. Calon dulu masih menang lagi. Setidak-tidaknya majoriti lalu dikurangkan.

Apabila keputusan pilihanraya mula diumumkan seawal 7 malam. Skrin televisyen mula menunjukkan beberapa kerusi dimenangi oleh parti kerajaan dan kerusi pertama yang dimenangi pembangkang adalah di Parlimen Kuching oleh DAP.

Seterusnya perkara yang membuka mata saya adalah keadaan politik di Negeri Sembilan juga ditunjukkan dengan gelombang suara rakyat apabila banyak kerusi-kerusi bandar seperti Nilai, Seremban, Ampangan, Paroi, Bukit Kepayang, Rasah, Temiang, Sikamat, Teluk Kemang dan beberapa kerusi lagi dimenangi pembangkang.

Ini suatu yang memeranjatkan. Lebih-lebih lagi, parti PAS perolehi satu kerusi di Paroi. Itu di negeri saya. Di Selangor (tempat saya menetap) dijangka, seorang Menteri Besar dari parti Keadilan Rakyat bakal mengangkat sumpah dan menubuhkan kerajaan baru. Ini betul-betul membuka mata ramai orang kampung yang selama ini beranggapan pembangkang tiada tempat di negeri maju.

Pada saya, bila kerajaan sudah ditunjukkan dengan keputusan seteruk ini, maka ambillah bebanan dan tanggungjawab ini dan pikul secara gentleman. Jangan lagi gunakan media arus perdana sebagai alat untuk memuaskan nafsu, khuatir rakyat semua akan terus jelak, mual dan gelombang besar politik sekali lagi terus melanda Malaysia.

jangan tidur lagi

“Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh Setiausaha Agung Umno pada ketika itu.

“Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini,”

kata Tun Mahathir Mohamad seperti dipetik Bernama

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

Comments

14 Responses to “Telahan Ramai Mula Mengena…”

  1. JimieRay on March 9th, 2008 10:49 pm

    Petang semalam, semasa saya terlibat dalam proses pengiraan undi di satu UPU Parlimen Kuala Kedah, satu perkara yang di luar jangkaan saya telah saya lihat. Ketika proses kira undi sedang di jalankan, dari 20 kertas undi yang di angkat hanya 4 undi berpihak kepada BN yang lainnya untuk PKR.

    Ketika itu juga saya menerima satu sms dari sahabat saya seorang India di P.Pinang. ‘”Makkel Shakhti” sudah berjaya. DAP sudah sapu bersih di P.Pinang. Inilah yang dinamakan Kuasa Rakyat.’ Seperti tak percaya bila saya baca sms itu.

    Hampir menitik air mata saya semalam ketika melihat ucapan sulung Menteri Besar Kedah yang baru di ibu pejabat PAS Kedah sekitar jam 1 pagi. Semuga kita semua sama2 berganding bahu untuk menuju era perubahan suasana politik baru.

    “Suara Rakyat, Suara Keramat”

  2. reezluv on March 9th, 2008 11:14 pm

    kat Perak pun memang agak mengejutkan apabila Parti BA menang dimana dikuasai oleh PAS,DAP, dan juga PKR..nampak akan berlaku perubahan besar dalam sejarah pemerintahan negeri Perak!!

  3. Matkot on March 9th, 2008 11:30 pm

    Makkel Sathi!!!Memang PU12 ni merupakan satu anjakan yang cukup besar. Masyarakat dah muak dengan ptbrn Pak lah dan kroni2nya yang merugikan negara.

  4. Matkot on March 9th, 2008 11:34 pm

    panglima2 besar BN byk yg bungkus. sebabnya kerana angkuh dan dah lama.cth zainudin maideen dgn propaganda kementeria penerangan yang cukup meloyakan sapa2 saja yang boleh berfikir. kata demokrasi dan jaga hak asasi tapi BA satu pun tak dapat permit utk keluar di TV dan media arus perdana.bila rakyat cari amklumat diinternet dikatakan tak patriotik dan bodoh.sekarang tengok sapa plak yang bodoh. kuasa rakyat menentukan dia jatuh tersungkur.

  5. titan on March 10th, 2008 4:03 am

    ehm..apapun. Kita tengok surat khabar esok dan 4 negeri tersebut. Nikmatilah pemerintahan yg baru mulai sekarang..

  6. Noorizam Shah on March 10th, 2008 9:00 am

    Jimiey: Saya pun tidak menjangka Kedah bakal dimenangi PAS.

    Reezluv: Di Perak pun satu kejutan. Pada mulanya saya nantikan keputusan di Kelantan, kononnya bakal di tawan BN, tapi sebaliknya.

    MatKot: Memang ramai yang tumbang terutama dalam MIC, MCA dan GERAKAN. Paklah kena buat post mortem kaw-kaw la lepas ini.

    Titan: tak perlu tunggu surat khabar, media internet lebih pantas dari surat khabar. :)

    Inilah check balance yang sebenar!

  7. zool on March 10th, 2008 9:01 am

    Perubahan besar yang dituntut oleh rakyat…
    Semoga semua mendapat iktibar dari keputusan ini

  8. Noorizam Shah on March 10th, 2008 9:03 am

    bro Zool, banyak iktibar yang kena diorg ambil terutama dalam relevannya pakatan Barisan Nasional hari ini.

  9. komenebook on March 10th, 2008 9:31 am

    (salam) buat noorizam dan komentars..

    yup, itula kuasa rakyat..saya ni taklah suke sangat berpolitik, namun, di akui, keadaan politik zaman dulu tak sama dengan sekarang. that’s why majority kaum veteran akan memilih parti kerajaan berbanding alternatif. memang diakui, ramai pemimpin sekrang (esp BN) join politik bukan untuk rakyat, tapi untuk kocek sendiri.

    kita generasi muda ni, memang terdedah dengan pelbagai info yang tak terbatas…lagipun ramai tokoh2 politik alternatif berpendidikan hingga ke PhD..so, itu satu kelebihan.

    di terengganu sendiri pun, majority BN telah berjaya dikurangkan. ini juga menggambarkan barisan yang di telah disebut sebagai “yang dinamik” sebelum ni, sebenarnya kureng dinamik.. :-)

    cakap2 kedai kopi sebelum PRU kat kg saya, nampaknya macam betul jer. ramai yang “protes dalam diam” pada MB ganu. sorang pelanggan kedai kopi tetap (saya panggil dia pengerusi tetap) marah2 kerana tak puas hati..katanya lebih kurang macam ni la (saya translate ke bahasa melayu ye..)

    “kenapa la dia buang yang dah menang lawan pas dulu (PRU 11), macam mana nak menang kalo pengurus dah buang striker, kalo striker takde, sapa nak sumbat gol, takkan nak suruh goli dengan defend sumbat gol?”

    apapun, ini suara rakyat yang perlu diterima..saya sendiri tak melebihkan mana2 parti. sama2 la kita tengok perubahan yang bakal berlaku dalam pemerintahan negara (agama, ekonomi, politik, sosial, dll)

    saya mengajak anda semua kenang2 zaman pemerintahan pak lah, mahathir,tun hussein on,tun abdul razak,dan tunku abdul rahman. cuba fikir dari semua aspek..di situ kita akan tahu, apa halatuju negara kita akan datang :-)

  10. najwan192k on March 10th, 2008 3:55 pm

    salam…..memang mengharap perubahan dalam pentadbiran negara.mentadbir dlm menjalankan tugas secara telus,amanah dan jujur pilihan hati rakyat yang memerlukan pemimpin yang sentiasa berfikir untuk rakyat dan bukan berfikir untuk perkara yang ada didepan mata disekelilingnya malah sentiasa memikirkan perkara yang tidak nampak di mata tetapi mengerti perkara itu pasti ada.lebih senang cakap isi tembolok sendiri orang lain.TAHNIAH pada pembangkang yang membentuk kerajaan negeri.Kami mengharapkan agar Kerajaan Kebajikan direalisasikan seperti dalam manifesto masing2.Rakyat telah menyokong dan tunjukkan kepada mereka perubahan ini agar yang membangkang menjadi penyokong di masa hadapan.Hidup ini hanya ada dua pilihan berlawan dalam setiap aspek cth..hidup mati,menang kalah,sokong bangkang,atas bawah,nak tak nak…..jadi, positifkan aspek biar meminimumkan risiko dan terima hakikat jika berlaku sesuatu adalah Qada’ dan Qadar dalam rukun iman yang ke-6.Usaha jalan yang betul untuk Kemakmuran negara.

  11. shahraduan on March 10th, 2008 3:59 pm

    Oooppp…Aku sekarang dibawah kerajaan baru PAS……..YEAHHHHHH

  12. Noorizam Shah on March 10th, 2008 4:34 pm

    shahraduan.. selamat dibawah pentadbiran baru!… saya pun kat selangor nih dapat kerajaan baru.. :D

  13. abdfatah on March 12th, 2008 8:24 pm

    wahahahaaa… nampaknya kita akan menikmati perubahan kerajaan yang baru dengan lebih mencabar lagi. berikan mereka peluang untuk memerintah dengan angin perubahan… tunggu dan lihat.

  14. Noorizam Shah on March 13th, 2008 8:35 am

    kalau mereka dapat bersatu buat dan tak pinggirkan orang melayu. teruskanlah untuk kejayaan Malaysia :)

Got something to say?