Time To Change? Undi Dengan Bijak!

March 8, 2008

Gambar-gambar hari terakhir berkempen

Ok, peluang dah sampai… inilah masa yang menentukan masa depan negara kalian. Pangkahlah dengan bijak. Jangan terlalu pro sana sini dan anti sana sini. Baca-bacalah dan banding-bandingkanlah. Anda seorang pengundi yang bijak.

Rujuk laporan-laporan ini dan buatlah keputusan dalam masa 8.00pagi hingga 5.00ptg ini!

1. http://utusan.com.my
2. http://anwaibrahimblog.com
3. http://jeffooi.com
4. http://harakahdaily.net
5. http://bharian.com.my

Selamat mengundi!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Time To Change? Undi Dengan Bijak!”

  1. titan on March 8th, 2008 3:09 am

    huhu..tunggu esok..kita tengok sape yg menang..:D

  2. JimieRay on March 9th, 2008 10:20 pm

    Alhamdullillahh…Rakyat dah berani bersuara. Perubahan sudah berlaku. Tahniah dan syabas kepada semua rakyat Malaysia yang berani melakukan perubahan. Inilah yang dinamakan ‘People Power’.

    “Suara Rakyat, Suara Keramat”

  3. Noorizam Shah on March 10th, 2008 9:59 am

    berikut adalah laporan dari akhbar kosmo:

    Bawa pulang pengundi luar satu kesilapan

    Oleh KHAIRI MOHAMAD
    mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

    ANNUAR (kiri) mengadakan sidang akhbar selepas BN Kelantan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 di Kota Bharu semalam.

    KOTA BHARU - Strategi membawa pengundi Kelantan di luar pulang adalah suatu kesilapan kerana mereka yang terdiri dari golongan muda gagal memberi undi kepada BN.

    Demikian ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa yang membuat kesimpulan mengenai kekalahan teruk parti itu di tangan Pas.

    “Lebih 100,000 pengundi Kelantan dari luar pulang namun, mereka yang sepatutnya membantu kemenangan BN sebaliknya menjadi faktor kekalahan BN.

    “Kita sudah menjalankan kempen yang baik untuk kawasan setempat tetapi pengundi luar ini pulang dengan ‘virus-virus” politik dari luar yang menolak BN secara total,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini semalam.

    Tambahnya, pada pilihan raya 2004, golongan muda dan pengundi luar adalah faktor kemenangan BN di Kelantan namun, kali ini berlaku sebaliknya.

    “Berdasarkan analisis, kita kalah teruk di saluran muda pada semua peti undi dan ini menunjukkan golongan muda Kelantan dari luar menolak BN,” ujarnya.

    Bagaimanapun ketika ditanya sama ada calon muda dan manifesto BN menjadi punca kekalahan, beliau menjawab:

    “Bukan sebab calon, tapi fenomena politik bersifat nasional menyebabkan Kelantan turut menerima tempiasnya sementara kurangnya keyakinan terhadap BN menyebabkan situasi ini berlaku.

    “Kita terima dengan hati terbuka dan ini bukanlah waktu untuk semua ahli UMNO dan BN berpecah tetapi kita perlu duduk dan fikirkan sesuatu yang mampu dibuat dengan kekuatan yang masih ada,” jelasnya.

    Jelas Annuar, beliau tidak pernah memikirkan kepentingan sendiri dan ketika ini tumpuan utama untuk membantu parti dan kerajaan.

Got something to say?