Sistem Membida Automatik. Bagaimana?
March 7, 2008

Topik ini adalah amat semua bagi mereka yang ingin membeli produk di eBay menggunakan kaedah bidaan.
Disini, ada satu tip bagaimana anda boleh membida di eBay sekali sahaja, kemudian tidak perlu memantau secara kerap kali sehinggalah anda diberi notis seseorang telah berjaya membida produk yang anda inginkan melebihi dari target harga yang mampu anda bayar.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda.
1. Apabila anda menjumpai produk-produk yang perlu dibida, pastikan anda memasukkan jumlah maksium bidaan yang sanggup anda bayar. Dengan trik ini, pembida-pembida lain tidak akan ketahui berapakah jumlah tawaran anda untuk produk itu.
2. Apabila terdapat bidaan dari pembida yang lain, eBay akan membantu anda membida kembali produk tersebut pada setiap kali ada tawaran baru dari pembida lain. eBay akan terus membida mewakili diri anda sehinggalah sampai pada had maksimum yang mampu anda bayar.
3. Apabila pembida lain mula membida melepasi harga tawaran anda, eBay akan memaklumkan kepada anda bahawa bidaan anda telah diatasi oleh pembida yang lain. Jadi, jika anda masih bersetuju untuk menyertai bidaan ini, anda boleh masukkan semula jumlah had maksima yang anda mampu membayar.
Dan jika didapati tidak ada seorang pembida pun yang berjaya membida melepasi had maksima bidaan anda, dengan ini eBay mengumumkan bahawa anda telah berjaya mendapatkan produk pada harga bidaan terakhir daripada pembida yang lain. Jadi, anda cuma perlu bayar harga terakhir bidaan ditutup bukan pada harga maksima bidaan anda.
Contoh: Harga produk dipasaran = RM300.00
Harga bidaan dibuka = RM1.00
Bidaan maksimum anda = RM100.00
Harga bidaan selepas ditutup = RM50.00
So, anda hanya perlu bayar RM50.00 sahaja. Jimat RM50.00 dari had maksima anda dan jimat RM250 dari harga jualan pasaran.
Jadi, anda dah jimatkan masa dan wang anda. Sebab itulah kenapa ramai yang seronok menyertai jual/beli di eBay ini. Sekarang anda sudah tahu, jadi tunggu apalagi, sertailah eBay dan dapatkan produk-produk yang anda inginkan pada harga yang menjimatkan hari ini!
P.s: Dah dapatkan ebook kuasalelong? jika belum dapatkan hari ini. Banyak perkara yang anda perlu tahu mengenai kehebatan bisnes di eBay, yang mana ianya tidak dibongkarkan oleh mereka yang kaut beribu-ribu ringgit sebulan disana.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
One Response to “Sistem Membida Automatik. Bagaimana?”
Got something to say?





















































hehe..aku memang tahu buat bida auto tu. Adik aku pun belajar untuk buat kat lelong aritue..memang best.