Bagaimana Membungkus Produk Anda
March 7, 2008

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai pembungkusan produk-produk yang anda jual di laman eBay.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai syarikat yang memberi perkhidmatan menghasilkan kotak pembungkusan dan material untuk membungkus produk mengikut kehendak pelanggan. Jika produk anda berlainan saiz, disyorkan supaya anda memberikan spesifikasi yang bersesuaian. Ini memudahkan mereka menghasilkannya untuk anda dengan lebih tepat.
Dimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini?
Salah satunya ialah buku ruangan pengiklanan Super Pages Malaysia. Ini boleh membantu anda.
Carilah syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini dan hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai harga dan kualiti hasil kerja mereka supaya anda dapat memilih kaedah pembungkusan yang terbaik.
Ini kerana, dengan menggunakan kaedah pembungkusan yang berkualiti, ia dapat meningkatkan kredibaliti anda sebagai seorang penjual.
Walaubagaimana pun, jika anda baru saya belajar berbisnes di eBay, pelajarilah membungkus produk sendiri terlebih dahulu. Bahan-bahan pembungkusan mungkin boleh didapati dari bahan kitar semula. Bungkuslah dalam keadaan baik dan elok. Yang penting, barang selamat sampai kepada pelanggan dan mereka gembira dengan perkhidmatan anda. ![]()
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
5 Responses to “Bagaimana Membungkus Produk Anda”
Got something to say?





















































ooh.. ada ke zam? boleh bagi satu kompeni contoh yang buat pembungkusan kotak nie? eh kap.. dia buat kotak ke? atau dia tolong bungkuskan je?
shuth: http://www.theboxcompany.com.my : salah satu company yang deal dengan kotak-kotak ni. kita boleh request kotak macam mana kita nak. dia siapkan kotak je :). Try la deal.
tapi dekat semua negeri ke ada company nih?
titan.. ni company kat petaling jaya. seperti yang saya katakan, guna buku yellow pages untuk dapatkan maklumat-maklumat syarikat tempatan. mana tahu ianya membantu anda dapatkan perkhidmatan lain.
Kat Pejabat Pos pun ada dijual Kotak, Harga RM 2 utk 1 pcs. Saya dok guna kotak yg Pejabat Pos Jerk..