Bagaimana Anda Boleh Terima Pembayaran Melalui Kad Kredit
March 4, 2008
Bagi anda yang telah membeli Ebook KuasaLelong.com, terima kasih diucapkan. Tahniah juga kepada mereka yang telah berjaya menghasilkan pendapatan di Ebay dan mula menjadikan laman web ini sebagai platform menambah pendapatan sampingan.
Semua sudah maklum bahawa, jika anda berurus niaga di eBay terutamanya laman web eBay Malaysia, kaedah yang paling banyak diguna pakai ialah perbankan tempatan seperti deposit tunai/perbankan internet. Ramai yang memilih Maybank sebagai akaun penerima bayaran. Lain-lain kaedah pun begitu juga.
Tetapi bagaimana pula kaedah penerimaan melalui kad kredit?
Ok,
Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya penerimaan bayaran melalui kad kredit ini cuba disediakan oleh penjual yang memiliki perniagaan yang besar. Mereka ini kebiasaannya sudah melakukan jumlah jualan yang tinggi setiap bulan. Ini kerana untuk membuat permohonan mesin pemprosesan kad kredit daripada pihak bank bukanlah perkara yang mudah. Jika angka jualan anda adalah kecil, permohonan anda mungkin ditolak.
Akan tetapi, anda tidak perlu bimbang jika anda tidak mempunyai sebarang mesin memproses bil-bil kad kredit kerana di internet, terdapat beberapa alternatif yang mungkin anda boleh rujuk dan menyelesaikan masalah pelanggan anda.
Sekiranya anda baru sahaja memulakan perniagaan di eBay dan bersedia untuk menerima pembayaran melalui kad kredit, saya syorkan anda mendapatkan perkhidmatan daripada pihak ketiga.
Siapakah mereka?
Bagi pengguna/pembeli/penjual di Malaysia, Paypal.com, WorldPay.com atau 2CheckOut.com adalah tempat yang sesuai untuk selesaikan masalah anda. Walaubagaimanapun, terma dan syarat yang dikenakan oleh pihak ketiga ini adalah berbeza-beza. Untuk memudahkan pemahaman, apakata anda dapatkan maklumat lanjut dalam laman web mereka atau dapatkan eBook kuasalelong.com sementara tawaran masih dibuka.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
Got something to say?




















































