Sufiah “Shilpa Lee” Yusof Genius Math Yang Merosakkan..
March 31, 2008

Gambar di petik dari web DailyMail (UK)
Alangkah sedihnya, apabila seseorang yang dikurniakan kepintaran akal akhirnya tersembam ke lembah hina.
10 tahun lalu, tajuk utama media tempatan heboh memperkatakan mengenai kepintaran seorang gadis dalam matematik sehingga beliau mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford.
Remaja yang patah hati ini, mula menjual diri di internet, menjadi seorang escort girl dan menawar perkhidmatan seks kepada pelanggan internet.
Runtuhnya akhlak remaja ini, pabila ayahnya seorang warga Pakistan didakwa di atas kesalahan mencabul kehormatan.
Oh, malang sungguh gadis pintar bernama Sufiah Yusof.
P.s: Nyatakan pendapat dan pandangan anda di ruangan komen.

Kredit untuk Mael
Lagi gambar-gambar Shilpa Lee… Selanjutnya
Popularity: 43% [?]
Sphere: Related ContentKad Debit Al-Rahji - Alternatif Keluarkan Wang Dari Paypal
March 31, 2008
Topik ini sesuai untuk mereka yang sudah verified akaun paypal dan EBay serta ingin mencari alternatif untuk keluarkan duit dari paypal ke Malaysia.
Gambar: Kredit untuk Azwan
Selain dari Debit Card PB Visa Electron, anda juga boleh menggunakan kad debit dari Bank Al-Rahji. Untuk mendapatkan kad debit ini, anda boleh ke bank Al-Rahji yang berdekatan. Ramai yang mengatakan untuk mendapatkan kad debit ini adalah cepat dan pantas. Tidak perlu menunggu berminggu-minggu. Dalam sehari anda sudah boleh aktifkan kad debit ini dan terus buat pengeluaran wang dari paypal.
Antara topik yang anda boleh rujuk ialah:
Blog AzmanZainal
Blog Azwan Hadzree
Blog 5XMom
Kepada anda yang masih lagi belum mendapatkan tawaran panduan eBay, sila dapatkan di web kuasalelong.com. Kouta bulan ini semakin habis!
P.s: Ramai juga pelanggan saya sudah mula tersenyum, pabila mereka dah boleh keluarkan duit dari paypal ke mesin ATM.
Popularity: 10% [?]
Sphere: Related ContentBrand New Genuine Apple iPhone 8GB Unlocked Mobile
March 30, 2008
Tawaran istimewa! Siapa yang berminat dengan telefon Apple iPhone versi Unlocked, boleh hubungi saya melalui email.
Capacity
* 8GB flash drive1
Display
*3.5-inch (diagonal) widescreen Multi-Touch display (not the usual Touch Screen)
*480-by-320-pixel resolution at 163 ppi
*Support for display of multiple languages and characters simultaneously
Operating system
*OS X
GSM
*Quad-band (850, 900, 1800, 1900 MHz)
Wireless data
*Wi-Fi (802.11b/g)
*EDGE
*Bluetooth 2.0+EDR
Camera
*2.0 megapixels
Audio
*Frequency response: 20Hz to 20,000Hz
*Audio formats supported: AAC, Protected AAC, MP3, MP3 VBR, Audible (formats 1, 2, and 3), Apple Lossless, AIFF, and WAV
Video
*Video formats supported: H.264 video, 640 by 480 pixels, 30 frames per second, Low-Complexity version of the H.264 Baseline Profile with AAC-LC audio, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4, and .mov file formats; H.264 video, up to 768 Kbps, 320 by 240 pixels, 30 frames per second, Baseline Profile up to Level 1.3 with AAC-LC audio up to 160 Kbps, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4, and .mov file formats; MPEG-4 video, up to 2.5 Mbps, 640 by 480 pixels, 30 frames per second, Simple Profile with AAC-LC audio up to 160 Kbps, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4, and .mov file formats
Power and battery
* Built-in rechargeable lithium ion battery
* Talk time: Up to 8 hours
* Standby time: Up to 250 hours
* Internet use: Up to 6 hours
* Video playback: Up to 7 hours
* Audio playback: Up to 24 hours
Untuk sebutharga, sila hubungi email saya segera. Stok versi unlock ada 5 je lagi.
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentMahathir gesa umat Islam seluruh dunia pulau produk Belanda
March 29, 2008

TERKINI : Berikutan adalah laporan dari Bernama;
KUALA LUMPUR 29 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.
Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.
Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.
“Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam.
“Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.
“Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.
Filem Fitna itu, selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 27 Mac yang mengkritik Islam, yang menunjukkan surah Al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas.
Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengelur filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.
Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tesebut disiarkan berikutan salah faham dan “sudah pasti ada motif kritikal”. “Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai…tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ,” kata beliau.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim, berkata adalah penting bagi pertubuhan itu memberikan tanggapan yang betul mengenai Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku ketidak salah faham mengenai agama Islam yang boleh membawa kepada kebimbangan, curiga atau pertentangan terhadap Islam.
— BERNAMA
Filem ini boleh dilihat di laman youtube.
P/s: Kalian nak baikot tak?
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentBekas Menteri Besar Selangor Kini Menulis Blog
March 29, 2008

Welcome to the club! Selamat datang ke dunia blogging!
Bermula semalam, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi UMNO (selepas Dato’ Shahir) mula mengambil bahagian dalam penulisan blog. Sebagai ketua pembangkang di Selangor, Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo akan menjadikan blog sebagai medium cetusan hati, pandangan dan kritikan mengenai isu semasa terutama berkenaan pentadbiran kerajaan baru pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Berikut adalah post pertama dari Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo;
Assalamualaikum w.b.t.
“Selamat Datang” ke blog ini. Insya-Allah, ia akan menjadi wadah untuk saya berkomunikasi dengan pembaca khusus dalam isu-isu politik dan sosial. Saya akan memanfaatkan blog ini untuk berbicara mengenai masa depan negara dan perjuangan UMNO sebagai wadah politik kita.
Ketika merasmikan Kongres Melayu Pertama (yang menjadi asas penubuhan UMNO) di Kuala Lumpur pada 1-4 Mac, 1946, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah a-Haj bertitah bahawa perjuangan parti berasaskan kepada dua perkara iaitu pegangan kepada agama dan perpaduan bangsa. Marilah kita bersama-sama mengukuhkan agenda perjuangan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkatinya.
Kepada semua, terima kasih kerana membaca blog ini. Saya amat menghargai pandangan dan sumbangan idea yang bernas
Jenguk blog beliau di DrKhir.blogspot.com
P.s: Khabarnya Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim juga bakal menjadi blogger. Bila blognya akan siap? Kita tunggu sahaja lah.
Popularity: 11% [?]
Sphere: Related ContentBossMailer Spam Yang Menggila?
March 28, 2008
Perasankah anda di akhbar harian seperti Harian Metro terpampang satu iklan besar satu muka surat mengenai apa yang didakwa kuasa baru ‘perniagaan internet’.
Nama seperti MIRSB, Internet Virtual Intelligent Person, BossMailer, SeeMore, dan GateWay2020 kini semakin menjadi buah mulut pembaca akhbar tersebut. Betul ke boleh jadi jutawan ini?
Tapi musyiklah, modal ada yang RM50,000 lepas tu tempat hanya 100 orang sahaja.
kalau 100 orang terus keluar modal RM50,000, tuan tanah dapat berapa? kejap je jadi jutawan kan?
Ada juga yang jadi macam kelakar (macam kes Jai Network - Stormberg dulu), kalau syarikat kaya, laman web takkan hampeh je kan?
Itu cakap-cakap mereka yang mempersoalkan mengenai program ini.
Hari ini saya akan cuba berkongsi info mengenai apa itu BossMailer.
BossMailer yang dimaksudkan oleh ahli perniagaan ini ialah, satu perisian yang mengumpul email yang tidak diketahui siapa pemiliknya ke dalam sistem kemudian menghantar mesej-mesej berbentuk ‘perniagaan’ secara mass email.
Bagaimana email-email ini dikutip dan dikumpul? Mereka akan menggunakan perisian ini, dan mengutip email-email yang terdedah di laman-laman web/blog/forum dan sebagainya tanpa persetujuan pemilik email tersebut.
Contoh, saya terjumpa email anda, kemudian saya addkan dalam list saya dan kemudian mesej-mesej promosi dihantar ke email anda. Sememangnya, anda tidak kenal siapa saya.
Jadi, ini dah kira spam lah. Ohh yea.. BossMailer menggunakan perisian spam lah kiranya. Yang pasti, perisian ini dijual kepada mereka yang berminat pada harga yang amat tinggi mencecah ribuan ringgit.
Aktiviti spam adalah satu kesalahan, jadi jika anda mempunyai perisian ini, anda dilarang keras melakukannya. Jika anda tinggal di luar negara contohnya, anda boleh disaman kerana spam termasuk dalam kesalahan mengganggu privacy dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Diharap pihak MECD, dapat mengambil perhatian mengenai pelan perniagaan seperti ini. Apa-apapun, kita tengok komen yang lain mengenai isu ini.
Popularity: 13% [?]
Sphere: Related Content









