Apabila Kita Punya Nafsu Nak Cepat Kaya
February 26, 2008
Perkembangan dunia internet memang pantas sekali. Kat Malaysia ini, boleh dikatakan di setiap rumah memiliki satu komputer. Dan misi memiliki sebiji komputer ini masih lagi dilaksanakan sehingga pihak bank menyediakan pinjaman kepada kakitangan kerajaan untuk membeli komputer.
Dan apabila kita sebut internet dan komputer, saban hari pengguna baru juga semakin bertambah. Pengguna-pengguna baru ini pasti terdedah dengan pelbagai sumber maklumat yang boleh dicapai tanpa had.
Nak tau pasal kempen pilihanraya kali ini, jenguk sahaja laman web harakahdaily, utusan online, thestar online. Tak pun singgah ke blog Lim Kit Siang, Jeff Ooi, Anwar Ibrahim, Marina Mahathir, Kadir Jasin.
Kalau nak tau pasal dunia keusahawan, klik ke forum WangCyber, BicaraJutawan atau ke blog Noorizam Shah, SaifulSham, Mohd Suhaimy, Irfan Khairi.
Kesedaran-kesedaran IT ini bagus untuk rakyat Malaysia. Mereka tidak terkongkong kepada satu sumber maklumat sahaja.
Bagaimana pula dengan mereka yang memasuki gerbang internet ini mencari sumber-sumber peluang menjana kekayaan? Mereka mencari peluang buang buat duit? Peluang buat duit dengan pantas?
Ada ke?
Wallahualam, ayat “buat duit dengan pantas” ni luas maksudnya. Ada kaedah betul dan ada juga sebaliknya.
Rakyat Malaysia hari ini, mungkin telah diberi beban yang besar kepada mereka. Ada yang tidak tahan memikul tanggungan sehingga mereka memasuki internet untuk mencari peluang-peluang memberi pulangan pantas.
Saya tidak ada duit nak kawin. Saya perlukan duit sekarang!
Saya ada hutang dengan Along yang tak settle-settle lagi
Mak saya nak pakai duit nak beli krim buang jerawat!
Nak beli susu anak, duit tak cukup!
Duit dah terlampau banyak, saja nak tambah duit!
Jadi, tiada jalan mudah nak jadi cepat kaya. macam mana pun kena usaha. Usaha itu kan tangga kejayaan. Tengok kawan-kawan yang buat duit, belajar macam diaorang.
P.s: Apapun, jangan mudah tertipu dengan skim-skim cepat kaya!
Jumpa lagi.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentNoorizamShah.com Kini Miliki Hosting Yang Lebih Besar!
February 26, 2008
Jika anda perasan, malam tadi sekitar jam 10.00 malam, saya telah mula mengaktifkan hosting noorizamshah.com yang baru. Waktu itu juga, ramai rakan pembaca tidak dapat masuk ke laman ini sehingga awal pagi tadi.
Kalau dapat masuk pun pasti anda akan nampak beberapa error seperti gambar tak keluar dan sebagainya. Maaf, ini bukan untuk menyusahkan anda, sebaliknya ‘upgrade’ ini adalah untuk menampung aktiviti-aktiviti pengguna noorizamshah.com yang semakin ramai. Malah bandwith saya sebanyak 20000mb sebulan pun tak cukup, kemudian saya tambah lagi 1000mb juga tak cukup.
ohoho..
Nah.. sebagai tanda sayangkan blog ini, saya beli satu lagi hosting baru sebesar 30,000mb. Cukup?
Cukuplah kot rasanya. Total sekarang dua hosting dah 50,000mb= 50Gig. Oklah tu kan?
Dan sekarang, mari membaca kembali!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentPilih Hanya Pemimpin Yang Bersih Sahaja…
February 25, 2008
Betul ke tajuk topik tu? ermm tak kesah lah…
Ingat lagikah, Perdana Menteri pernah keluarkan kenyataan bahawa calon yang bakal bertanding di pilihanraya umum ke 12 ini akan dipilih beliau, dan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri ‘tidak tahu’ langsung siapa calon-calon yang bakal bertanding.
Dan PM sendiri kata calon yang layak mestilah bersih. Mungkin PM juga perlu menyemak lebih mendalam latar belakang calon kerana apabila kes seperti DUN Kijang, Wan Ubaidah Omar menang FREE pasti membuka mata ramai pihak, bila mana Calon BN diistiharkan muflis kerana menjadi penjamin seseorang.

Mungkin PakLah dah kira lega kerana BN dah menang 9 kerusi tanpa bertanding, tetapi jangan mudah memandang enteng kerana parti pembangkang juga mempunyai pelbagai kempen yang tidak boleh diduga. Terleka sedikit buruk padahnya.
P.s: Jadi pengundi bijak.
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentKenapa Mereka Memilih eBay, Apa Kata Mereka
February 25, 2008
It’s a great opportunity to get in on the ground level. Try different product mixes and prices to see what the right balance is with the store and the auctions.
Bob.com Kerstein, 49, Fairfax Virginia
EXCELLENT SERVICE BEAUTIFUL BEAR HIGHLY RECOMMENDEDAAAAAA++++++
-Buyer smdalase, USA
“I am so glad that I found “Thefastmall”. It is the perfect place to send my ebay items to. I love how fast items are listed, and I have never been disappointed with the selling prices. Doug really knows how to list items. Everything from the descriptions and photos to the quick response to any questions tells me that he knows what he is doing! The key seems to be enthusiasm…Doug really runs a first-class operation!”
Karen Newington, Connecticut
Sesuai Bagi Mereka Yang Ingin Memulakan Bisnes Dengan eBay.
Ebook ni memang sesuai bagi mereka yang ingin memulakan bisnes dengan Ebay. Jika nak berjaya dalam EBay..baca ebook ni satu kemestian. Panduan yang amat mudah difahami dan pelbagai isi yang menarik untuk pengguna dan juga penjual dari Ebay.
![]()
Reezluv
Ebook Yang Berkualiti, Mudah Difahami, dan Praktikal.
Setelah saya membaca dan menghayati apa yang beliau tulis,memang berkualiti dan bersesuaian untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam Ebay. Banyak maklumat-maklumat yang sebelum ini tidak saya ketahui di bongkar oleh beliau. Teorinya memang senang untuk di fahami dan dibuat secara praktikal. Pak cik pun boleh jadi kaya dengan duduk di rumah dan menjual di ebay :). Terima kasih kepada saudara Noorizam Shah.
Asmaliza Abd Rahman
Suri rumah sepenuh masa
Itu antara contoh testimonial, pengguna atau pelanggan eBay.
Sekarang, bagaimana testimonial boleh membantu produk anda untuk terjual?
1. Membina kredibiliti anda sebagai seorang penjual.
2. Membantu bakal pembeli membuat keputusan.
3. Memberi keyakinan kepada seseorang terhadap sesuatu perkara.
Ada lagi, kalau anda ada sebab kenapa? kongsikan bersama saya di ruangan komen.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentNenek Bertanding Sebagai Calon Bebas di Terengganu
February 24, 2008
Rehatkan minda anda sebentar dengan berkongsi kisah menarik hari ini.
Seorang nenek 89 tahun bertanding atas tiket calon bebas di Parlimen Kuala Terengganu sekali gus menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan calon BN dan Pas.
Maimun Yusuf akan bertanding menentang Datuk Razali Ismail (BN) dan Mohamad Sabu (Pas)
Ni, gambar nenek tu..
Amacam? Jangan lupa undi nenek ok!

Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentEbay: Apa Yang Harus Anda Lakukan Apabila Berjaya Membida.
February 23, 2008
Topik ini saya tujukan kepada newbie atau mereka yang baru belajar membida/membeli produk di eBay.
Watch List
Apabila anda membuat bidaan produk di laman eBay, pasti anda watch up produk anda sehingga tamat. Jika anda benar-benar inginkan produk tersebut, pastikan anda ketahui tarikh tamat senaraian. Ini kerana masa senaraian sesuatu produk itu ada yang 1 hari, 3 hari, 5 hari, 7 hari atau pun 10 hari.
Jika saya seorang pembeli saya akan menggunakan tool seperti “eBay Toolbar” sebagai pemantau produk-produk yang dibida. Dengan ini saya tidak perlu masuk ke laman eBay kerana eBay Toolbar ini akan memberi notis kepada saya jika produk saya berjaya dibida.
Satu lagi perkara yang ingin saya ingatkan kepada mereka yang newbie, kebanyakan mereka yang telah berjaya dalam bidaan langsung tidak memberikan apa-apa respon kepada penjual apabila invoice mula dihantar. Jika anda tidak mahu dikenakan dispute item, pastikan anda segera memberi maklum balas kepada penjual. Mungkin ada penjual yang boleh bertolak ansur dengan anda dan memberikan masa untuk anda membuat pembayaran.
Berurus niagalah dengan baik. Semoga anda berpuashati dengan urusan di eBay.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content




