Kenapa Saya Memilih Ebay Sebagai Salah Satu Sumber Pendapatan?
February 29, 2008
Mungkin rakan pembaca yang mempunyai perniagaan punya alasan tersendiri kenapa anda memilih perniagaan anda sebagai jalan sumber meraih pendapatan.
… dan saya juga mempunyai alasan kenapa saya memilih eBay sebagai platform meraih pendapatan lumayan setiap bulan.
Bagi mereka yang telah membeli panduan eBay di KuasaLelong.com pasti telah mendapat manfaat darinya. Hari ini saya ingin berkongsi dengan rakan pembaca sekelian, kenapa saya memilih eBay.
Jika anda membaca latar belakang saya, pasti anda ketahui saya masih lagi bekerja dengan seorang majikan. Dengan eBay, saya tidak terikat dengan waktu kerja kerana saya boleh melakukan dimana-mana sahaja.
Untuk melakukan pemantauan dan senaraian, ianya tidaklah mengambil masa yang lama. Saya cuma memperuntukan beberapa minit untuk mengetahui status produk-produk saya di eBay. “Kedai saya” sentiasa dibuka setiap hari 24/7. Tiada masalah!
Tidak kira sama ada saya berada dirumah atau pergi melancong sekalipun, perniagaan saya di eBay tetap dibuka dan sentiasa menerima pelawat setiap hari.
Dengan berniaga di eBay, saya tidak perlu menggajikan sesiapa. Sayalah kuli dan sayalah boss! Saya dapat kurangkan kos menggajikan pekerja kerana eBaylah ‘pekerja’ saya. Ia boleh bekerja 24 jam tanpa henti setiap masa.
Saya bebas membuka kedai dan tidak memerlukan lot untuk disewa. Berniaga di eBay saya hanya dikenakan ‘fee’ yang amat-amat murah dan berbaloi. Malah jika menyenaraikan salah satu produk untuk pasaran Malaysia, saya boleh melakukannya secara percuma dan kemudian kaut keuntungan 100%.
Malah dengan eBay jugalah saya dapat membina jualan ulangan dan menarik pelanggan baru terus ke laman web saya. Jadi saya jimatkan kos promosi saya kerana saya tahu, eBay memiliki pelawat yang amat ramai. Kenapa tidak saya rebut peluang ini.
Tapi, semua ini tidak akan berlaku jika kita tidak belajar atau mengetahui panduan yang betul bagaimana ingin meraih pendapatan di eBay. Jangan jadi macam sesetengah orang yang tak reti sabar, nak cepat, gelojoh, tamak, degil, tak mahu dengar kata dan macam-macam tabiat buruk.
Jadi, kalau teringin nak belajar, kenalah bersedia menuntut ilmu. Yang mana terkurang, kita betulkan, yang mana dah ok, kita mantapkan.
Sekarang dah bersedia memilih eBay? Baca betul-betul kat sini
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related ContentComments
Got something to say?




















































