Apabila Kita Punya Nafsu Nak Cepat Kaya

February 26, 2008

Perkembangan dunia internet memang pantas sekali. Kat Malaysia ini, boleh dikatakan di setiap rumah memiliki satu komputer. Dan misi memiliki sebiji komputer ini masih lagi dilaksanakan sehingga pihak bank menyediakan pinjaman kepada kakitangan kerajaan untuk membeli komputer.

Dan apabila kita sebut internet dan komputer, saban hari pengguna baru juga semakin bertambah. Pengguna-pengguna baru ini pasti terdedah dengan pelbagai sumber maklumat yang boleh dicapai tanpa had.

Nak tau pasal kempen pilihanraya kali ini, jenguk sahaja laman web harakahdaily, utusan online, thestar online. Tak pun singgah ke blog Lim Kit Siang, Jeff Ooi, Anwar Ibrahim, Marina Mahathir, Kadir Jasin.

Kalau nak tau pasal dunia keusahawan, klik ke forum WangCyber, BicaraJutawan atau ke blog Noorizam Shah, SaifulSham, Mohd Suhaimy, Irfan Khairi.

Kesedaran-kesedaran IT ini bagus untuk rakyat Malaysia. Mereka tidak terkongkong kepada satu sumber maklumat sahaja.

Bagaimana pula dengan mereka yang memasuki gerbang internet ini mencari sumber-sumber peluang menjana kekayaan? Mereka mencari peluang buang buat duit? Peluang buat duit dengan pantas?

Ada ke?

Wallahualam, ayat “buat duit dengan pantas” ni luas maksudnya. Ada kaedah betul dan ada juga sebaliknya.

Rakyat Malaysia hari ini, mungkin telah diberi beban yang besar kepada mereka. Ada yang tidak tahan memikul tanggungan sehingga mereka memasuki internet untuk mencari peluang-peluang memberi pulangan pantas.

Saya tidak ada duit nak kawin. Saya perlukan duit sekarang!

Saya ada hutang dengan Along yang tak settle-settle lagi

Mak saya nak pakai duit nak beli krim buang jerawat!

Nak beli susu anak, duit tak cukup!

Duit dah terlampau banyak, saja nak tambah duit!

Jadi, tiada jalan mudah nak jadi cepat kaya. macam mana pun kena usaha. Usaha itu kan tangga kejayaan. Tengok kawan-kawan yang buat duit, belajar macam diaorang.

P.s: Apapun, jangan mudah tertipu dengan skim-skim cepat kaya!

Jumpa lagi.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

10 Responses to “Apabila Kita Punya Nafsu Nak Cepat Kaya”

  1. wanwma on February 27th, 2008 12:05 am

    Betul tu…naik la tangga satu per satu. Jangan gopoh gapah, sekiranya jatuh, anda yang akan menaggung kesakitan…bukan orang yang menyuruh atau orang yang memberi ‘peluang’..

  2. bizmalaya on February 27th, 2008 12:14 am

    kadang-kadang minda orang melayu ni susah nak diubah..kalau bab nak kaya mesti nak cepat,,kalau bab usaha,,nak sikit jer usaha…maybe itulah peningalan penjajah untuk orang melayu

  3. Azhar Ahmad on February 27th, 2008 3:37 am

    bukan senang nak senang, bukan susah nak susah…

  4. titan on February 27th, 2008 6:48 am

    Nak duit kene usaha. Nak itu ini kene usaha. Nak kawin pun kene usaha. So, pendek cite. Berusahala banyak-banyak!

    Ps: Akhirnya blog aku dah tak down..

  5. afham on February 27th, 2008 8:27 am

    apabila kita mempunyai nafsu sebegitu…semoga ia menjadi penggerak untuk mendapatkannya..

  6. noorizam shah on February 27th, 2008 8:49 am

    wanwma: ya, saya sendiri melalui saat mendaki satu persatu tahap, tak ada jalan mudah.

    Topik ini saya tulis adalah kerana ada rakan-rakan kita yang menghantar email kepada saya, yang ingin sekali mencari peluang buat duit dengan pantas.

    Saya harap rakan-rakan kita tidaklah mudah terjerumus dalam skim-skim merapu lagi. :)

    P.s: Memang nafsu manusia ini kadang-kadang melebihi segala-galanya. :)

    Pantang Hyper sket.

  7. megat on February 27th, 2008 12:32 pm

    Bagus. Artikel seperti ini (nasihat atau peringatan) yang mereka (pengguna baru internet) perlu cari sebelum bertindak di luar kawalan. Dunia internet tiada batasan, kita sendiri yang perlu mendisiplinkan diri untuk membataskannya.

    Aku sendiri melakukan banyak research uhuhu

  8. Noorizam Shah on February 27th, 2008 12:46 pm

    kita hanya saling ingat-mengingatkan. :)

  9. kooreen79 on February 27th, 2008 7:02 pm

    salam semua..satu panduan berguna..jgn mudah terjebak dengan teknik2 mudah cari duit..tq tq tq

  10. putri on April 18th, 2008 3:49 pm

    betul gak tu, kalau nk sesuatu kene usaha..bkn duk diam jer..sama gk la kalau nk cari untung kat internet..

Got something to say?