Jimatkan Masa Anda Dengan Menggunakan WatchList

Jika anda seorang ahli eBay yang berdaftar (dah ada akaun eBay), dan jika anda ingin membeli produk yang anda suka, ada satu tool yang boleh membantu anda menjimatkan masa mencari produk kegemaran.
Dengan mengguna tool “My eBay” anda boleh menerima maklumat-maklumat produk terus dari email anda, malah melalui tool ini juga, anda boleh mengemaskini aktiviti anda dari satu tempat sahaja.
Jika anda bukan seorang ahli berdaftar, anda juga boleh menggunakan tool “My eBay” dengan mengikuti aktiviti seperti bidaan, senaraian dengan menggunakan Watch List. Apa yang perlu anda lakukan disini adalah klik Watch List pada produk yang anda ingin pantau. Apabila klik arahan ini, maklumat aktiviti ini akan dihantar ke email anda sebagai ingatan kedudukan terkini produk-produk yang anda inginkan.
Bagi anda yang tidak memiliki akaun eBay, anda cuma boleh Watch up sehingga 10 item sahaja. Tetapi jika anda seorang ahli berdaftar, anda dibenarkan Watch up sehingga 100 item. Banyak tu
Jadi, apabila anda mendaftar, kesemua senaraian Watch up anda akan dipindahkan ke akaun My Ebay yang berdaftar dan secara automatik, anda dibenarkan Watch up sehingga 100 item. Dengan cara Watch up, anda dapat jimatkan masa anda untuk melihatsatu persatu aktiviti senarai produk pilihan anda. Ia memudahkan untuk anda melakukan bidaan atau bidaan semula.
Kat mana anda nak dapatkan arahan Watch List ini?
Untuk Watch item pilihan anda, link “Watch this item” terdapat disebelah kiri dimana-mana item page.
Jika anda belum mendaftar, anda hanya boleh melihat senarai Watch List apa yang anda add sahaja. Anda juga dibenarkan untuk memadam senarai watch list anda bila-bila masa sahaja.
Untuk membuat bidaan, anda hanya perlu klik pada butang “Bid Now“. Sila ambil perhatian, akaun ahli berdaftar dengan tidak berdaftar adalah berbeza. Jadi mungkin info ini sedikit berlainan dengan mereka yang telah mempunyai rating yang banyak.
Bagi anda yang telah memiliki akaun eBay, rajin-rajinlah menggodek setiap tool-tool yang diberikan, lihat apakah fungsi tersebut. Dari situ, anda akan mula mahir menggunakan tool-tool yang disediakan untuk anda. Selamat ber’eBay.
Sphere: Related Content



















































menarik topik yang ditulis saudara ini, sebenarnya ramai yang tidak tahu kelebihan eBay ini. ada lagi yang terpinga-pinga. Dengan wujudnya blog saudara, saya rasa ianya dapat membantu ramai lagi orang diluar sana yang ingin memahami apakah kelebihan eBay. terima kasih
Watch List salah satu cara aku untuk membuat kajian barangan…memang cukup penting !! aku guna untuk menentukan hala tuju harga…ahahah macam main saham juga…[ kena fokus ]