Robert Kuok Kekal Terkaya di Malaysia

February 16, 2008

Majalah Malaysian Business yang menjalankan satu kaji selidik mendapati orang terkaya di Malaysia adalah Pengerusi Hotel Shang-ri La iaitu Tan Sri Robert Kuok Hock Nien.

Pakcik yang amat kaya ini mempunyai aset kekayaan terkumpul bernilai RM58.11 bilion iaitu nilainya tidak mampu ditandingi oleh ahli parlimen dan wakil rakyat Malaysia. Kalau di totalkan harta yang dimiliki Robert hampir 36 peratus nak sama dengan kekayaan yang dimiliki 40 individu terkaya di Malaysia.

Pakcik kayo!

Tahun ini, nampaknya nilai kekayaan Robert bertambah sebanyak RM25.7 billion lagi pasal kestabilan pasaran dan harga ekuiti meningkat.

Orang nombor dua paling kaya, adalah tokey ASTRO yang biasa korang tengok ada peraduan yang banyak guna SMS tula, siapa lagi kalau bukan Tan Sri T. Ananda Krishnan, CEO Usaha Tegas Sdn. Bhd. Aset dia je berjumlah RM19.63 bilion, masih lagi tidak mampu dikecapi oleh bakal-bakal wakil rakyat pada pilihanraya umum ke-12 ini.

Tahun nih pula, nama mendiang Tan Sri Lim Goh Tong terkeluar dari senarai orang terkaya di Malaysia.

P.s: Korang beli buku cerita mengenai Tan Sri Lim Goh Tong, memang best!

Popularity: 14% [?]

Sphere: Related Content

Comments

13 Responses to “Robert Kuok Kekal Terkaya di Malaysia”

  1. melayu on February 16th, 2008 4:22 pm

    nasib la ade sorang dari org kita.. :D

  2. saharman on February 17th, 2008 10:55 am

    Kalau nak kaya tu kena ada business sendiri dan lepas tu list kat bursa saham , baru lah boleh jadi kaya macam diaorang ni…

  3. zool on February 17th, 2008 12:58 pm

    Kaya.. Roti kaya mampulah beli….

  4. noorizam shah on February 18th, 2008 8:47 am

    saharman: kebanyakan multi jutawan menjadi kaya dengan memegang atau memiliki aset-aset mewah. sebab tulah kenapa macam Tan Sri Robert boleh mengembangkan aset kekayaannya. jadi sekarang kita kena la start memiliki aset seperti hartanah.

  5. ahib0205 on February 20th, 2008 12:37 am

    T for tatparandam. just for your info

  6. Noorizam Shah on February 20th, 2008 10:12 am

    aha.. baru saya tahu apa makna T kat depan nama Ananda tu.. macam P.Ramlee pun ada juga. :)

  7. amin on February 22nd, 2008 4:12 pm

    kat mane nak beli buku lim goh tong …dalam versi ape ?

  8. Noorizam Shah on February 22nd, 2008 4:18 pm

    amin, boleh tengok kat kedai buku MPH atau POPULAR. ada versi bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina

  9. miegi on February 23rd, 2008 2:11 am

    saudara Norizam,saya baru sahaja selesai baca ebook ebay saudara.Isinya amat baik bagi newbie seperti saya.Banyak lagi yang perkara yang saya perlu pelajari mengenai menjana kekayaan dari ebay ini.Saya nak tahu ada tak dipraktikkan cara simpan item yang baru dibeli di ebay dan kemudian jual kembali tanpa menunggu item tersebut sampai ke tangan penjual?Minta nasihat bernas saudara.

  10. Noorizam Shah on February 23rd, 2008 10:35 am

    saya ada praktikkan kaedah ini. salah satu teknik yang saya lakukan saya memilih penjual yang mempunyai rating tinggi (memiliki feedback positive sebagai seorang penjual), saya memilih bidaan yang terendah sekali kemudian apabila bidaan berjaya, saya akan lakukan semula senaraian.

    Teknik ini saya cuma akan lakukan apabila penjual memaklumkan kepada saya item telah dihantar.

    Antara produk yang pernah saya jual kembali adalah:

    VCD
    Stem
    Aksesori wanita (alat pencabut bulu roma)
    Permainan Chess

  11. miegi on February 24th, 2008 12:15 am

    Saudara,dalam ebook saudara ada di nyatakan bahawa untuk mendapat rating yang baik perlu terlebih dahulu menjadi pembeli.Boleh saudara jelaskan.
    Sekiranya kita sudah membuka akaun ebay di Malaysia dan mempunyai akaun paypal,adakah kita perlu mendaftar untuk membuka akaun yang baru untuk keduanya bagi ebay untuk negara lain?Minta pandangan saudara.

  12. Noorizam Shah on February 24th, 2008 10:01 pm

    miegi, cukup dengan satu akaun sahaja. tak kira anda register/buka akaun dimana sekali pun, anda boleh masuk ke laman ebay mana-mana negara dengan menggunakan id dan password yang sama.

  13. adiwira on March 3rd, 2008 4:59 pm

    Nak tengok senarai penuh 40 orang terkaya di Malaysia boleh lihat di sini

Got something to say?