Jual Sarung Tangan Pun Boleh Laku?

February 14, 2008

Siapa kata anda tidak boleh menjual di eBay?

Kita selalu diasak dengan tanda ?????? TIDAK TAHU hendak menjual apa. Tapi, cuba anda lihat pula kenapa orang lain tu boleh saja berniaga. Ada pula produk mereka malah boleh dijual pula.

Ini realiti. Kadang-kadang kita duduk diam sahaja sebenarnya ada benda atau sesuatu disekeliling kita yang boleh memberikan hasil. Sama ada anda sedar atau tidak itulah realiti.

Saya ingin ulang peringatan ini kepada anda. Jika anda tidak mulakan sesuatu untuk memiliki pendapatan yang pertama di ebay, saya katakan anda seorang yang rugi besar.

Ebay bukan kedai runcit kat tepi simpang rumah anda. Ebay bukannya kedai runcit di kediaman anda, bila sampai waktu mereka tutup perniagaan.

Anda perlu tahu, realitinya eBay dilawati berjuta-juta orang setiap hari seluruh dunia. Dalam ebook kuasalelong saya sendiri turut menceritakan bagaimana produk yang tidak masuk akal boleh dijual ke Amerika dan dapat sambutan tinggi pula!

Ingat, demografi di pelusuk dunia berbeza-beza. Ambil contoh, jika anda bekerja sebagai kedi di padang Golf, mungkin anda boleh menjual bola-bola golf yang dipukul oleh pemain-pemain professional yang telah ditandatangani. Tapi jika anda tidak ada bola golf, mungkin anda boleh jual sarung tangan Golf. Seperti ini:

Pasaran anda tidak tertumpu kepada jiran sebelah rumah anda sahaja, malah sampai ke hujung simpang, boleh dibeli oleh pembeli di utara atau dibida orang rakyat Itali yang berada di United Kingdom!

Ebay adalah satu tempat ideal untuk menjual. Pintu kedai tanpa sempadan ini boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Jadi tunggu apa lagi, jika anda sudah bersedia untuk masuk ke pasaran eBay Malaysia dan dunia dapatkan panduan berbisnes dengan ebay di laman web http://kuasalelong.com ! Dapatkan segera sebelum terlambat!

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

Comments

23 Responses to “Jual Sarung Tangan Pun Boleh Laku?”

  1. megat on February 14th, 2008 3:39 pm

    Macam tu rupanya. Baru aku faham konsep di ebay nie. Boleh jana duit apa salahnya kan!?

  2. ijamidayu on February 14th, 2008 4:19 pm

    satu perkongsian bagi yang masih lagi ragu2 dlm industri online ni.. saudara telah menerangkan kepada saya lebih jelas lagi.. tapi produk kat ebay perlu dibayar kalo nak post.. :) utk permulaan kat lelong pun ok gak.. kalo market dalaman la bro.. :)

  3. Noorizam Shah on February 14th, 2008 4:34 pm

    ijamidayu, kalau kat ebay malaysia, kita boleh memilih untuk membuat senaraian secara percuma atau dikenakan sedikit fee.

    Pada pendapat saya, fee yang dikenakan oleh ebay amat-amat rendah dan berbaloi lagi.

    begitu juga laman lelong Malaysia, untuk menjadi seorang penjual yang sah, anda dikenakan fee RM10.00 dan terdapat juga fee-fee untuk melakukan senaraian.

    Ebay dah sediakan platform, tunggu kita je nak rebut peluang atau tidak :)

    Bermulalah segera! :D

    p.s: selain ebay banyak tempat boleh berbisnes, lelong malaysia, amazon, payloadz dan sebagainya. :)

  4. ijamidayu on February 14th, 2008 5:01 pm

    tapi untuk lelong saya telah pun mengesahkan penjual.. :) tetapi seperti yang encik katakan mmg ia terlalu murah dan mudah untuk ita memulakan perniagaan dikedua2 portal ni.. bagi yang masih baru untuk buat web sendiri.. masih lagi bnyk kena belaja betul..:)

  5. afham on February 14th, 2008 5:16 pm

    aisemen..igtkan sarung potong geth tadi..

  6. liew md on February 14th, 2008 5:44 pm

    afham, hahaaha.. mana tahu orang brazil minat dengan sarung potong getah.. hehe

  7. affuan on February 14th, 2008 7:00 pm

    best gak nih!

  8. cari duit online, cara nak kaya on February 14th, 2008 10:20 pm

    […] anda tidak memulakan perniagaan anda sendiri sehingga ke seantero dunia dengan hanya menjual sarung tangan? Dengan kadar permintaan yang boleh dikatakan terhangat masa kini sudah semestinya anda boleh buat […]

  9. noorizam Shah on February 14th, 2008 11:13 pm

    affuan memang best, tapi kalau nak buat sales kena la belajar panduannya dahulu :)

    saya dalam perancangan nak adakan bengkel panduan asas berniaga di ebay, sesuai bagi mereka yang nak belajar tentang cara nak buat keuntungan.

    bengkel ni bakal dilaksanakan tidak lama lagi… so nak buat poll tengok macam mana pandangan kalian. :)

  10. bizmalaya on February 15th, 2008 1:48 am

    ermmm…kadang-kadang idea nak jual apa tu yang kebanyakan susah untuk dizahirkan..kalau sebagai surirumah sepenuh masa…apa yang sesuai erk

  11. noorizam shah on February 15th, 2008 8:20 am

    bizmalaya: kalau surirumah, try la jual baju wanita, maskara, purse, hiasan wanita seperti gelang buatan sendiri, subang buatan sendiri, gem stone, contoh kat sini senarai bidaan keyword “stone”

  12. abdfatah on February 15th, 2008 10:05 am

    fuyoooooooooo…. memang berbaloi laa kalo dapatkan ebook tersebut. untung besar woooo….

  13. titan on February 15th, 2008 2:33 pm

    Dulu aku jual jual kad koleksi dragon ball pun laku gila masa kat lelong. Hoho..sekarang je malas nk menjual. Nantila aku setat balik..

    Hehe..memang leh jual macam2. Janji korang nk jual.

  14. Noorizam Shah on February 15th, 2008 10:31 pm

    ada sorang member dulu lagi best, jual kad kalender coca-cola.. boleh juga.. :D

  15. abdfatah on February 16th, 2008 7:57 am

    apa daaaa….. mudahnya nak menjual. tak mulakan mana nak tahu…. kalo dah mula dah tentu laku…

  16. hendry street on February 16th, 2008 10:30 am

    saya sudah dapatkan ebook kuasalelong.com memang menarik, ini platform terbaik untuk saya buat duit kaw-kaw. good sharing!

  17. shahraduan on February 16th, 2008 4:38 pm

    huhuhuhuhu…kalau korang minat music dan beli kaset ape-ape ker…kalau ada poster artis pun boleh laku beb !! cubalah jual pokok bunga hidup dlm ebay..kot2 menjadi..tongkat ali cap org kampung pun ada di jual dlm ebay…bab kata mcm2 lah…tapi sape nak yg best…boleh cari aku…RM30 aku ajar cara paling mudah…beli barang jual barang guna dan kaut keuntungan di ebay.com

  18. Ritz on February 29th, 2008 3:29 pm

    saya ada akaun ebay nie.. tp tahu nak aplikasikan.. Alhamdulliah saya beli ebook kuasa lelong nie.. baru le saya faham konsep ebay..

  19. Noorizam Shah on February 29th, 2008 4:10 pm

    Ritz: saya doakan anda berjaya seperti rakan-rakan yang lain.

    mulakan dengan produk dari rumah anda dahulu. dan rajin-rajin buat kajian.

  20. HafizLidin on March 1st, 2008 1:26 pm

    saya betul2 fresh+newbie dlm bidang online ni..
    saya dah sevey dari awal 2007 lg tp tak mula2 pn..
    skrg ni baru seminggu psg streamyx.ingat pasni nk fokus betul2…
    teringin nk buat biz online tp xtau yg mana satu..
    ingat nak beli ebook kuasa lelong ni+try jual brg kt ebay..
    noorizam+kawan2 sume tolong lah bg support nnti ye… :)

  21. rockz on March 21st, 2008 1:12 am

    mana lagi untung arr..jual produk fizikal kat ebay atau buat website sendri jual produk fizikal kita

  22. Noorizam Shah on March 21st, 2008 9:29 am

    Rockz, jika anda tidak ada laman web sendiri, tidak berkemahiran menarik traffik, melakukan promosi, ebay adalah platform yang sesuai untuk mengutip pengalaman berniaga.

    Tetapi, jika anda seorang yang sudah tahu atau memiliki website sendiri, anda tidak ada masalah untuk menghasilkan keuntungan.

    Saya sendiri menggunakan kedua-dua platform ini untuk menghasilkan keuntungan lumayan di internet kerana ebay mempunyai traffik yang amat besar dan potensi untuk menghasilkan jualan. Yang penting tahu trik dan teknik. :)

  23. shahraduan on March 21st, 2008 11:29 am

    Aku plak ada 3 platform…

    1. Dari Blog/Website

    2. Lelong Malaysia

    3. Ebay

Got something to say?