Parlimen Malaysia di Bubar, Selamat Melobi Jadi Wakil Rakyat!
February 13, 2008

Seperti yang dicanangkan, 13hb adalah hari bersejarah negara apabila PakLah mengumumkan pembubaran parlimen ada tengahari tadi. Dijangkakan pada 1hb Mac nanti har pengundian bakal dijalankan. Bagi yang tidak tahu atau yang tak ambil tahu pasal politik, parti Barisan Nasional telah pun menjangka dengan lebih awal bahawa hari ini adalah tarikh pembubaran. So, tidak ada sebarang suspen pun.
“Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.
“Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.
“Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.
“Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.
“Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata beliau tidak gentar atau berasa terkejut dengan pembubaran parlimen hari ini malah bersedia untuk mengekalkan tampuk pemerintahan di Kelantan.
Dato Seri Anwar Ibrahim pula berkata, parti Keadilan bakal berkempen sekuat-kuatnya walaupun parlimen diumumkan awal sebulan sebelum beliau layak bertanding pada pilihanraya umum kelak.
Nampaknya peti undi kat Pulau Pinang mesti meriah pasal Jeff Oii (blogger) bakal bertanding atas tiket DAP. Apa-apapun, korang yang layak mengundi dah fikir-fikir ke parti apa yang korang nak pangkah?
Opsss.. Khairi Jamaluddin ada can ke jadi wakil rakyat kali ini? Ada siapa boleh teka?
Popularity: 15% [?]
Sphere: Related ContentComments
14 Responses to “Parlimen Malaysia di Bubar, Selamat Melobi Jadi Wakil Rakyat!”
Got something to say?





















































tak sabar menunggu siapa pemerintah negara selepas ini..
Khairy mesti jadi calon… mesti punyer…. huhu..
dikmal, saya juga sangka begitu, angin kat Rembau ni tengah bertiup kencang yang Khairi bakal bertanding.. lagi2 dia tengah popular sekarang ni..
dan lagi satu, kat Negeri Sembilan dijangka Barisan Nasional menang besar… Kelantan macam mana pula agak2 nasibnya yea?
Hohohoho…jom ngundi! tak sabar dah ni!
wanwma.. gambar bendera pas denga BN/Umno tu saya snap masa menuju pulang ke Kuala Lumpur. Lokasi dia saya tak ingat, tapi yang pasti Terengganu dah awal-awal perang bendera! hehehe
Ahahahahaha, melobi ker? Atau mengipas sahaja dah cukup?
Walau bagaimana pun, semuanya terpulang kepada kita.
hahahaha…. setiap jalan raya dah penuh gelap gelita dengan bendera sampai terlindung lampu jalan di jalan raya… apo hal pun selamat mengundi laaa….
saya pun nak pasang bendera jugak laaa bendera celcom dan hotlink dan jugak italk… cantik okey apaaa…? kehkehkeh… nak jual prepaid dan italk…
Saya rasa Khairi akan bertanding.. ntah la instict rase gitu..
di Rembau 
Nak peringat jgk kat org ramai jangan dok asyik menyokong wakil rakyat yang memang tak berhati rakyat pun. Lebih-lebih lagi wakil rakyat yg i pernah kenal dulu. Jgn nak kata berhati rakyat, tapi berhati binatang!
siapa yang JJ maksudkan tu?
Ada plk yg tanya YB mana? YB mana, ramai dah tau. Yg tak tau biar la tak tau. Bukan nak tabur pasir periuk nasik dia tapi, kalau tuhan nak dia tersungkur, jgn kan tersungkur, terlentang mengadah langit pun boleh jadi. Rasanye ramai dah tersedar dari lena tentang keburukan YB ni tapi entah la….tengok la nasib dia mcmane. Hrp2 nama dia tak tercalon lagi. Kesian anak-anak DARA yang terpedaya olehnya. Tak dapek den nak nolong…….
saya cuma tahu seorang dua je yang ada isu macam tu.. ada ke YB yang lingkupkan anak-anak dara ini?