Kenapa Kad Debit Saya Tak Boleh Verified Paypal?
February 13, 2008

* image kredit kepada http://www.dynoman.net
Topik hari ini saya tujukan khas kepada mereka yang ingin melakukan pengesahan akaun paypal tetapi gagal. Baiklah, sebentar tadi saya mendapat email dari seorang pelanggan ebook KuasaLelong.com yang bertanyakan masalah untuk membuat pengesahan.
Jika anda tidak pernah menggunakan kad debit anda untuk tujuan pembelian atau transaksi online, diharap anda mengambil nota ini sebagai satu panduan ringkas yang berguna.
Ada beberapa masalah yang mungkin pengesahan (verification) anda ditolak oleh pihak Paypal.
1. Anda salah mengisi maklumat penting dengan tepat.
Sila pastikan sewaktu anda mengisi nama anda, no kad debit, tempoh sah kad dan 3 digit terakhir kad anda dengan tepat dan betul. Jika anda terkurang atau terlebih satu huruf atau nombor, kemungkinan pengesahan anda akan ditolak.
2. Kad yang mempunyai baki yang mencukupi.
Jika anda menggunakan kad debit pastikan kad anda mempunyai baki yang mencukupi. Jika kad anda mempunyai had minima RM25.00 sila pastikan baki kad anda adalah RM50.00. Ini kerana untuk membuat pengesahan paypal fee yang dikenakan kepada anda adalah USD1.95 dan ianya akan dipulangkan semula kepada anda.
Jadi, jika anda ingin membuat pengesahan paypal dan bersedia merebut peluang kekayaan dalam perniagaan dengan eBay, sila dapatkan panduan ebook KuasaLelong.com hari ini.
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentComments
17 Responses to “Kenapa Kad Debit Saya Tak Boleh Verified Paypal?”
Got something to say?





















































Hehe. Ramai yang abaikan bende nih. So, boleh la setat faham sekarang..
Yang mudah seharusnya tidak dilepas pandang. kan?
Kawan guna EON Bank Debit Card, kenapa tak leh ek?
bro, kad eon debit kad tak boleh.. syor terbaik guna public bank visa electron .. kenapa? pasal tak semua debit kad boleh verified paypal
kalau nak tau lebih lanjut, baca lah ebook kuasalelong.com
Saya gune BSN Giro yang ada simbol Visa Electron pun tak bisa… ermmmm
Rasso BSN Giro pun memang tak boleh verified. jadi kalau nak betul2 tahu, nasihat saya keluarkan pelaburan sket beli ebook kuasalelong.com
erm..BSN Giro nak guna untuk verified?hahaha..memang lawak…hehe..aku pakai Visa Electron dari Public Bank..aku masukkan RM40 je..Alhamdulillah..boleh gak verified..tanpa sebarang masalah..lega, sekarang aku dah ade verified akaun Paypal..hehe
sape kata Debit Kad Eon Bank tak boleh verified paypal?
aku dah guna, mmg boleh la.
Bukan tak boleh…. tapi anda tak tahu…. tul tak?
boleh withdraw ke akaun EON debit kad tak khairil?
guna prepaid mastercard macam am nextg boleh verified paypal tak?
miegi, am nextg memang boleh verify paypal.
saudara,saya pernah dengar bahawa ada masalah bagi peniaga malaysia keluarkan dana dari akaun paypal kerana mereka tak iktiraf orang Malaysia buka akaun.Betul ke gitu?
miegi, maklumat yang anda dapat tu maklumat dah lama, now paypal accept orang Malaysia buka akaun, malah boleh withdraw duit ke debit kad direct tanpa perlu buka akaun US.
wah..aku ade bace khairilhusni bley verify paypal ngan debit kad die??
biar betul..kalau betul boleh,gtau la carenye..
terbuka kod sape2 yg tau gak
ya, mmg boleh. sy verified paypal sy pakai MOL Freedom Debit Card.
mula2 sy tak tahu pasal 4digit expanded number tu nak dapat kat mana. Saya hentam la sebarang number, dah lebih 3x kot card sy telah di blacklist untuk veriified. Pastu sy contact la support paypal, diorg bagitau suruh minta kat eon bank 4digit tu, lagipun $1.95 telah ditolak dr debit card sy.
Sy pun pegi kat eon bank dkt umah saya ni, diorg pun tak tahu pasal verified paypal ni. Pastu sy call center, diorg maybe dah ada experience, terus bagi no 4digit tu. Kalau tak silap sy, no 4digit tu dinamakan ‘expuse number’ kot. Pastu sy login web paypal dan enter 4digit, terus dah verified akaun paypal sy. Selamat mencuba.
Khairil, betulkah boleh verified paypal dgn mol freedom debit card? Saya ada mol freedom debit card saja tapi saya belum pakai ni sbb saya tak tahu macammana nak pakai ni. kena topup dulu? bagaimana cara topup? berapa perlu deposit ke kad debit ni? selepas ada wang dlm kad tu baru boleh verified? kena tanya bank eon utk mendptkan 4 digit?
debit kad CIMB boleh verified paypal?