Menjual Produk Best Seller di eBay
February 12, 2008
Ramai yang bertanya bagaimana mereka boleh menjalankan perniagaan internet. Malah masih ada juga yang bertanya apa itu PDF file, apa itu winzip, apa itu ebook. Tak apa, bagi yang masih tidak kenal, topik akan datang saya akan tulis mengenainya.
Berbalik kepada bagaimana hendak memulakan perniagaan internet, anda tidak semestinya perlu mencipta produk sendiri seperti menulis ebook, menulis buku, membuat kad nama perniagaan, menjadi penyedia webhosting dan sebagainya.
Sama juga jika hendak berniaga di eBay, anda yang terlalu khuatir jika anda masih tidak ada lagi produk sendiri. Disini ada sedikit tip untuk anda bagaimana anda boleh menjual produk-produk di ebay. Lupakan seketika mereka yang ada produk seperti minyak wangi, barangan perhiasan, duit kertas lama, baju sukan.
Cuba anda lihat diluar sana, semasa anda berjalan-jalan di pusat membeli-belah, apakata anda ambil masa untuk singgah sebentar ke kedai-kedai buku seperti Popular dan MPH.
Di pintu utama anda akan melihat beberapa buah buku “BestSeller” setiap bulan. Apabila kita memperkatakan mengenai “BestSeller”, ianya sering dikaitkan dengan jualan ebook yang paling laris, penulis hebat dan sebagainya.
Apakata anda ambil peluang ini dengan membeli buku-buku dengan menghubungi pihak penerbit buku tersebut dengan memaklumkan yang anda berminat untuk menjual buku-buku ini. Bagi anda yang tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan maklumat penerbit ini, sila lihat pada muka surat pertama dalam buku).
Jika buku tersebut dijual di dalam pasaran pada harga RM49.90, pihak penerbit mungkin menimbangkan untuk memberi anda potongan harga sehingga 30%-40%. Rebut peluang ini kerana buku BestSeller kebiasaannya akan dibeli oleh pembeli.
Sekarang, anda jual buku-buku ini pada harga yang terdapat di dalam kedai atau murah sedikit (5% diskaun) dari harga jualan. Dengan cara ini, anda dapat mendapat keuntungan sehingga 30%-40%.
Sebagai kajian, anda boleh lihat pada enjin carian di ebay Malaysia (ebay.com.my) dimana terdapat penjual yang menjual buku-buku yang terdapat dipasaran di sana (sila lihat dalam kategori “non-english”)
Tip lai, apa kata anda peruntukan satu hari untuk berjalan-jalan ke pusat pemborong dan melihat produk-produk berpotensi untuk dijual. Sebagai contoh kraftangan rotan atau ukiran siput sungai yang cantik. Produk-produk ini jika dijual dalam matawang luarnegara, ia mampu memberi pulangan yang tinggi kepada anda.
Kesimpulannya, untuk menjual di eBay, anda tidak semestinya perlu memiliki produk ciptaan sendiri sebaliknya anda boleh beli dari orang lain dan jual kembali untuk dapatkan keuntungan berganda. Inilah bentuk perniagaan yang amat mudah dan bagi anda yang tidak pernah menjalankan perniagaan diinternet, peluang-peluang ini jarang sekali dilihat.
Sekarang, ambil masa anda, fikir, apakah produk yang menarik boleh anda jual. Jumpa lagi. ![]()
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentComments
3 Responses to “Menjual Produk Best Seller di eBay”
Got something to say?





















































aku ade nmpak…nanti aku test tgk balik..ok tak buku tue..
afham, kalau tau kedai CASH n CONVERTER boleh la pergi, kat sana ada barang second hand macam buku dan lain-lain yang boleh dijual di ebay. kira kedai tu macam kedai EBAY offline la.
bagus, bagus teruskan mengkaji produk yang berpotensi