Kenapa Blogger Perlu Sertai Program Affiliate?
Salam sejahtera,
Bertemu lagi kali ini dengan topik mengenai Affiliate. Topik ini adalah amat sesuai bagi mereka yang ingin menghasilkan pendapatan sampingan terutama pemilik-pemilik blog.
Baru-baru ini saya mendapat soalan dari seorang pemilik blog ‘newbie’ yang bertanya kenapa beliau perlu menyertai program affiliate.
Jawapan mudah yang saya berikan adalah:
Jika anda tidak mempunyai sebarang produk sendiri untuk dijual, program affiliate adalah satu program yang sesuai untuk disertai. Ini bermakna, anda tidak perlu memiliki produk sendiri untuk menghasilkan keuntungan sebaliknya, jual produk orang lain untuk hasilkan pendapatan.
Cuba anda lihat blog rakan-rakan yang lain, kebanyakan mereka akan mengiklankan link-link affiliate daripada produk-produk hasil orang lain. Ini adalah satu saluran untuk menghasilkan wang dari blog dan anda tidak perlu bimbang untuk menyertai pelbagai program affiliate lain yang disediakan. Akan tetapi masih ada juga program affiliate yang menipu, tidak membayar atau program-program merapu yang menggunakan sistem affiliate bagi mengaut keuntungan mudah. Jadi, anda perlu bijak memilih program affiliate yang bersesuaian.
Kenapa blog menjadi pilihan untuk memaparkan iklan affiliate program?
Anda pasti tahu kebanyakan blog adalah mesra dengan enjin pencari. Sebagai contoh hari ini anda menyertai program affliate web KuasaLelong.com. Setiap jualan yang dihasilkan anda menerima RM10.00. Kemudian, anda menggunakan link affiliate anda dengan memberi review, meletakkan banner dan link di blog anda. Kebanyakkan program affiliate di Malaysia dan dunia, program mereka memiliki ‘cookies’ sehingga 365 hari. Jadi anda tidak perlu bimbang, jika link anda yang diklik oleh pelawat anda tidak menghasilkan jual pada hari tersebut.
Seperti saya juga, walaupun saya mempunyai perniagaan dan produk sendiri, saya tidak melepaskan peluang menyertai jika mendapati produk yang dihasilkan itu unik dan berpotensi untuk menghasilkan jualan. Antara contoh program affiliate yang saya sertai adalah:
1. TipAdsense.com
2. MasKahwin.com
3. RahsiaInternet.com
Itu diantaranya. Mungkin link-link ini sesuai untuk diletakkan dalam blog anda dan boleh menghasilkn jualan, siapa tahu?
Sphere: Related Content



















































memang rugi besar sape yang ada blog tak letak link2 affiliate program…salah satu punca pendapatan saya adalah melalui affiliate program yg saya letak dlm blog….
betul tu Shahraduan, link2 affiliate inilah yang membantu saya meyakinkan pihak bank untuk dapatkan pinjaman kewangan ketika dulu.
mungkin lepas nie sy letak iklan affliate kat blog saya
syam.. carilah yang mana beri komisyen lumayan..
Hummm… saya hanya ada satu sahaja Affiliate….
Ya Azhar, setidak-tidaknya, ada juga sertai
wah… kalo gitu kena serius dengan lebih total lagi mempromosikan link affiliate untuk membuktikan kepada bank bahawa kita memang ada duit dan boleh menghasilkan duit dengan affiliate nih… tak gitu?
Erm. Nnt aku letak kat blog aku.