Membeli Belah Secara Online di eBay
February 4, 2008
Tips hari ini: untuk membeli produk di ebay pastikan beberapa krateria dipilih
1. Mempunyai rating positif melebih dari +5 sebagai seorarng penjual
2. Mempunyai rating positif melebihi dari +5 sebagai seorang pembeli
3. Kos penghantaran dan pembungkusan yang munasabah (boleh semak di pejabat pos atau courrier)
4. Masa penghantaran dan menerima barang tidak terlalu lama (sehingga melebihi dari 14 hari)
5. Barang yang bakal dibeli, mestilah gambar produk asal, bukan dari gambar-gambar yang diambil dari mana-mana sumber.
6. Jangan berfikir untuk mendapatkan harga yang terlalu murah sehingga murahnya 90% dari harga asal. Jika harganya kurang dari 15% itu pun sudah cukup menarik untuk dibeli.
7. Jika anda mendapati harga permulaan yang dijual itu terlalu murah, sila semak siapa penjualnya. Mungkin ia adalah dari seorang powerseller atau pakar menjual, jadi mereka ada strategi tertentu kenapa mereka meletakkan harga produk pada yang amat rendah. jika anda rasa berpatutan, anda boleh menyertai bidaan pada harga rendah ini. ![]()
8. Sila semak kaedah pembayaran. Jika mereka menerima paypal dan anda pula tidak ada paypal, mungkin ini akan sedikit sukar bagi anda. Jadi jika hendak membeli, sila semak kaedah pembayaran yang mudah bagi anda. (jika untuk pasaran Malaysia, kebiasaan penjual akan menyediakan kaedah bayaran secara perbankan online spt Maybank2u)
9. Jika anda bersungguh-sungguh ingin berjaya seperti orang lain, contohi mereka dengan membuat pelaburan ilmu. Dapatkan panduan menjana pendapatan lumayan di eBay di laman web KuasaLelong.com
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
5 Responses to “Membeli Belah Secara Online di eBay”
Got something to say?





















































encik, saya ada beli minyak wangi di ebay. memang betul kata encik, minyak wangi kat sana harga berpatutan.
betul tu, saya kalau nak dapatkan aksesori komputer saya cari kat ebay aje.
lepas nih jgn lupa praktikkan macam mana nak buat income kaw-kaw kat ebay ok
lelong.com.my pun murah juga..saya beli kasut nike di sana juga…
original ke pyasset?