Penulis Blog Bakal Bertanding Dalam Pilihanraya

February 2, 2008

Wah, nampaknya blogger kita semakin popular lebih-lebih lagi kalau blog kita mendapat perhatian pelbagai pihak. Dengar kisah, Jeff Ooi penulis blog yang lantang menyuarakan pandangan dalam penulisan bakal bertanding dalam pilihanraya umum akan datang atas tiket DAP.

Asalnya Jeff Ooi adalah seorang ahli parti Gerakan sejak tahun 2000 tapi sejak beberapa minggu, dia memikir untuk menyertai DAP. Soalnya kenapa Jeff Ooi memilih parti DAP berbanding parti komponen BN lain? Itu kenalah tanya Jeff Ooi.

Ada orang kata, jika Jeff Ooi sertai politik, ianya akan merugikan blogger dan ada juga yang kata, ianya memberi kebaikan kepada blogger dan politik. Bagi saya pula, ini adalah kisah pertama yang saya dengar mengenai blogger yang ingin jadi orang politik tetapi saya sudah biasa dengar orang politik yang jadi blogger dan punya blog. :)

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

5 Responses to “Penulis Blog Bakal Bertanding Dalam Pilihanraya”

  1. JimieRay on February 3rd, 2008 1:09 am

    Errmm…Tak mustahil satu hari nanti NoorizamShah pula bakal jadi calon Pilihanraya… :)

  2. syia on February 3rd, 2008 8:45 am

    perkembangan ni.. nanti boleh tengok kuase blog dalam pilihan raya

  3. noorizam Shah on February 3rd, 2008 9:48 am

    ya Syia: saya pun berpendapat seperti anda. kuasa blog masa pilihanraya nanti mesti hangat. pasal sekarang pengguna internet mudah dapat berita dari blog-blog yang wujud umpama cendawan selepas hujan.

  4. Azhar Ahmad on February 3rd, 2008 9:21 pm

    Ahhha, en norizam bila lagi….

  5. Noorizam Shah on February 3rd, 2008 10:21 pm

    azhar: belum tiba masa je kot. hahaha.. kalau saya jadi wakil rakyat tak tau lah kena puji ke, kena maki.. :p

Got something to say?