Semua Orang Pernah Buat Silap. Betul Tak?
February 1, 2008
Ya, semua orang pernah buat silap. Sama ada kesilapan itu dilakukan kerana sengaja atau tidak sengaja, yang pasti semua orang pernah buat silap.
Tetapi, adakah semua orang ambil pengajaran daripada kesilapan yang pernah mereka lakukan? Macam drama kat televisyen, watak-watak yang melakukan kesilapan seperti main kayu tiga, panas baran, guna duit syarikat dan tamakkan harta. Diakhir cerita watak-watak ini menyesal dan mengakui kesilapannya.
Itu kisah watak rekaan. Bagaimana pula dalam dunia realiti? Contohnya dalam perniagaan internet? Adakah semua usahawan internet tidak pernah langsung melakukan kesilapan? Cuba tanya jutawan-jutawan atau usahawan-usahawan internet berjaya yang lain, boleh dikatakan mereka semua pernah mengalami kegagalan. Ini termasuklah Irfan Khairi dan Azizi Ali. Mereka semua pernah gagal.
Saya juga pernah mengalami kegagalan. Saya ingat lagi, dalam tahun pertama laman web pelamin.net diwujudkan, kami hanya terima 10% sahaja tempahan. Bermakna 90% tidak menghasilkan jualan. Jelas, semua orang pernah mengalami kegagalan.
Tapi anda perlu faham, gagal tidak semestinya tidak berjaya. Anda cuma gagal kerana tidak berjaya dalam mensasarkan matlamat anda. Itu sahaja. Jadi janganlah patah semangat ya!
Pada saya, kegagalan itu adalah satu motivasi untuk diri anda. Mungkin anda sudah berada dipertengahan jalan, jadi janganlah anda ambil keputusan untuk berhenti. Saya pernah melihat atau membaca sebuah cacatan dari seseorang yang pernah menjalankan perniagaan internet. Waktu itu, hati beliau ibarat luluh dan hancur. Beliau ambil keputusan untuk berhenti dari menjalankan perniagaan diinternet. Beliau tidak tahan lagi dengan tohmahan, kutukan, cacian orang lain kerana mungkin ilmu beliau tidak dipandang tinggi.
Hasilnya, kegagalan membawa beliau keluar dari perniagaan internet. Setakat itu. Pada saya, ini adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana masa anda pernah dihabiskan begitu sahaja. Beza antara orang yang berjaya dan orang yang berterusan gagal adalah kerana orang yang berjaya mengambil pengajaran daripada kegagalannya yang lalu untuk bangkit semula.
Contoh lagi, ramai pengguna internet hari ini terpengaruh dengan program-program merapu yang menjanjikan mereka pendapatan lumayan hanya duduk diam dapat duit. Mereka sedar sebelum ini mereka pernah ditipu seperti program derma ikhlas berantai, skim piramid bertopengkan multilevel marketing, pelaburan haram yang menjanjikan mereka pulangan tetap tahunan, program-program ‘cari orang’ - orang masuk bayar kat anda - anda dapat duit dari hasil kemasukan orang dibawah anda, dan macam-macam program ber’trend baru.
Yang pasti, ada beberapa golongan yang sentiasa tidak serik. Sudah melakukan kesilapan dan akan terus melakukan kesilapan.
Pada pendapat saya, jika anda pernah melakukan kesilapan kenapa tidak anda bangkit semula dengan mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk anda. Mereka yang berjaya amat menghargai ilmu yang mereka perolehi. Contoh, kita ada rakan-rakan yang berjaya yang boleh membantu anda seperti Irfan Khairi, Sabri Saifulsham, Dr. Tuah, Tuah Emas, Irwan Dahnil dan ramai lagi.
Jadi, semua orang pernah buat silapkan? Bangkitlah dari kegagalan!
Perhatian: kepada pemilik email ini > masturajamil2002 @ yahoo.***.my sila sms saya untuk dapatkan link download ebook kuasa lelong anda. Saya tidak dapat hantar ke email anda, mungkin inbox telah penuh. sila kemaskini email anda segera. Terima kasih
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
11 Responses to “Semua Orang Pernah Buat Silap. Betul Tak?”
Got something to say?





















































betul tu, start dari kegagalan kita akan nampak sinar kejayaan dihujung jalan..
Saya dulu pernah buat silap.
Silap pilih nama domain…
Silap pilih teknik promosi…
Silap buat produk…
Silap pilih pasaran…
Namun saya dapat sesuatu yang berharga iaitu pengalaman
Saya tak putus asa.
-TakLaku.Com-
Kegagaln menjadikan kejayaan itu lebih manis dan mudah dihadam…
so cara terbaik bagi saya,,sentiasa mengadakan networking dgn orang-orang yang berjaya
saya ada dapat email dari beberapa orang pelawat bertanyakan bagaimana mereka boleh jadi kaya dan ingin kaya seperti mereka yang berjaya. Jawapan saya adalah berusaha dan terus berusaha. fokus dalam setiap perkara yang kita buat.
kita jangan terlalu meminta untuk disogok bermacam-macam sehingga kita malas untuk mengeluarkan pelaburan sedikit untuk ilmu pengetahuan. Itu yang kita nampak kenapa ramai yang masih gagal kat luar sana.
kalau boleh semua mereka mahukan secara percuma.
fikir-fikirkan.
p.s: pelaburan untuk mendapatkan ilmu tu lebih baik dari melabur “letak duit” semata-mata tanpa ilmu untuk menjadi kaya.
Aku pun pernah buat silap~~apa yg jadi ? BELAJARLAH dari kesilapan. Bukan senang nak kaya beb..byk kena tahu..ilmu tu PENTING !!!
Banyak kali aku wat silap. Sejak 4 tahun dulu. Biasala. Tipu la setat wat business online. tup2 meletup. Tipu je tuh..
BIasanya, orang yg berjaya ni. Orang yg beribu kali kecewa, beratus kali tension, berhari2 tak tdo malam, berkali2 miss date dengan awek..dan lain2 lagi..
bila diorang berjaya. Tup. Senyum sokmo!
[…] diorang. Mungkin diorang tak tahu dan mungkin tak berapa mahir. Biasalah, sape tak pernah buat silap kan? Biarlah. Aku pun penat dah menjelajah hari ini. So, aku tibai 2 bijik pizza, 1 botol pepsi, 6 […]
Cam kenal je cerita IM yang kecewa tu. Rasa2nya dia dah kemballi…
Zul: memang kita semua jangan ada sikap mudah mengalah
em.jadikan kegagalan tu satu motivasi pada kita. let it be just a lesson for us. kejayaan bermula dari usaha, kegagalan hanya sebahagian daripada usaha.