Video Klip - Hujan - Pagi Yang Gelap
February 29, 2008
Ramai juga yang nak tahu macam mana wajah vokalis kumpulan band muzik iaitu Hujan. Ini masa saya pergi program Youth Malaysia di PWTC bulan lalu. Ok, now tatapkan dan dengari lagu dendangan kumpulan Hujan, Pagi Yang Gelap versi unplugged.
Popularity: 32% [?]
Sphere: Related ContentKenapa Saya Memilih Ebay Sebagai Salah Satu Sumber Pendapatan?
February 29, 2008
Mungkin rakan pembaca yang mempunyai perniagaan punya alasan tersendiri kenapa anda memilih perniagaan anda sebagai jalan sumber meraih pendapatan.
… dan saya juga mempunyai alasan kenapa saya memilih eBay sebagai platform meraih pendapatan lumayan setiap bulan.
Bagi mereka yang telah membeli panduan eBay di KuasaLelong.com pasti telah mendapat manfaat darinya. Hari ini saya ingin berkongsi dengan rakan pembaca sekelian, kenapa saya memilih eBay.
Jika anda membaca latar belakang saya, pasti anda ketahui saya masih lagi bekerja dengan seorang majikan. Dengan eBay, saya tidak terikat dengan waktu kerja kerana saya boleh melakukan dimana-mana sahaja.
Untuk melakukan pemantauan dan senaraian, ianya tidaklah mengambil masa yang lama. Saya cuma memperuntukan beberapa minit untuk mengetahui status produk-produk saya di eBay. “Kedai saya” sentiasa dibuka setiap hari 24/7. Tiada masalah!
Tidak kira sama ada saya berada dirumah atau pergi melancong sekalipun, perniagaan saya di eBay tetap dibuka dan sentiasa menerima pelawat setiap hari.
Dengan berniaga di eBay, saya tidak perlu menggajikan sesiapa. Sayalah kuli dan sayalah boss! Saya dapat kurangkan kos menggajikan pekerja kerana eBaylah ‘pekerja’ saya. Ia boleh bekerja 24 jam tanpa henti setiap masa.
Saya bebas membuka kedai dan tidak memerlukan lot untuk disewa. Berniaga di eBay saya hanya dikenakan ‘fee’ yang amat-amat murah dan berbaloi. Malah jika menyenaraikan salah satu produk untuk pasaran Malaysia, saya boleh melakukannya secara percuma dan kemudian kaut keuntungan 100%.
Malah dengan eBay jugalah saya dapat membina jualan ulangan dan menarik pelanggan baru terus ke laman web saya. Jadi saya jimatkan kos promosi saya kerana saya tahu, eBay memiliki pelawat yang amat ramai. Kenapa tidak saya rebut peluang ini.
Tapi, semua ini tidak akan berlaku jika kita tidak belajar atau mengetahui panduan yang betul bagaimana ingin meraih pendapatan di eBay. Jangan jadi macam sesetengah orang yang tak reti sabar, nak cepat, gelojoh, tamak, degil, tak mahu dengar kata dan macam-macam tabiat buruk.
Jadi, kalau teringin nak belajar, kenalah bersedia menuntut ilmu. Yang mana terkurang, kita betulkan, yang mana dah ok, kita mantapkan.
Sekarang dah bersedia memilih eBay? Baca betul-betul kat sini
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related ContentSony PSP + Free 4GB Memory Stick + Games
February 29, 2008
Khas untuk pembeli ebook kuasalelong.com, contoh diatas adalah antara produk yang dijual oleh seorang penjual yang memiliki rating yang rendah. Jadi saya menolak tanggapan bahawa anda tidak boleh menjual jika tidak memiliki rating yang bagus.
Akan tetapi, jika anda memiliki rating yang lebih bagus, potensi untuk anda menjual produk adalah besar. Sila amalkan trick dan teknik yang terdapat dalam ebook kuasa lelong tersebut. InsyaAllah, jika anda melakukannya dengan sabar, fokus dan bersungguh-sungguh, anda juga boleh menghasilkan jualan seperti mereka yang lain.
Ilmu telah saya kongsikan, anda pula boleh praktikkan. Selamat Berjaya!
P.s: Bagi mereka yang belum dapat panduan menghasilkan pendapatan di eBay, sila dapatkan segera disini. Harga Tawaran Adalah Terhad!
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentVideo Klip Pilihan: Di Palang Ini
February 28, 2008
Berikut adalah Lagu Tema Album Nasyid Puitis ‘Di Palang Ini’ terbitan La Khauf Production
Popularity: 31% [?]
Sphere: Related ContentAnalisis PilihanRaya Oleh Blogger
February 28, 2008
Kalau kita menjengah mana-mana blog yang tidak niche, pasti anda akan membaca perkembangan mengenai pilihanraya umum ke 12. Ramai anda blogger mula memberi analisa atau pendapat mereka mengenai pilihanraya kali ini kerana undian kali inilah menentukan harapan masa depan mereka.
Jom kita jengah apakah cerita-cerita pilihanaraya yang terdapat di blog-blog popular.
1. RantingsbyMM (Marina Tun Mahathir)
Beliau menulis topik mengenai calon-calon yang bertanding.

2. Jeff OOi
Jeff Ooi pula sibuk dengan berkempen di Jelutong

3. Syamsuariff.com
Cerita bagaimana traffik mengenai politik dan kempen pilihanraya membantu blog beliau berada di ranking pertama di search enjin.

Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentSasaran 10,000 pelawat sehari di blog anda dalam masa setahun
February 28, 2008
Kempen Jom Target 10,000 atau lebih pelawat setiap hari ke blog dalam masa 1 tahun!
Orang lain sibuk kempen nak pilihanraya, saya pula nak ajak anda berkempen untuk menarik traffik ke blog masing-masing.
Saya tahu, kalian (penulis blog) pasti mengimpikan untuk mendapatkan beribu-ribu pelawat melawat blog kalian setiap hari.
Apabila saya mula membina blog pada pertengahan tahun 2006, saya mula mengimpikan pelawat memasuki laman blog saya setidak-tidaknya 300 orang sehari dan sehingga hari ini purata seramai 11,612 orang pelawat unik sebulan dan 9,671 merupakan pelawat baru. Terima kasih kepada 1,941 orang pelawat setia blog ini yang sentiasa melawat, membaca dan mengikuti perjalanan blog ini setiap hari.
Mungkin pelawat blog saya tidak sehebat pelawat di blog Sabahan.com, LiewCf.com atau PaulTan.org. Ini kerana saya tidak menulis blog dalam bahasa Inggeris dan mungkin itu salah satu sebab saya tidak mendapat berpuluh ribu pelawat setiap hari.
Walau apapun, saya ingin berkongsi dengan mereka yang baru bermula menulis blog dan sedang mencari apakah kaedah terbaik untuk menarik pelawat ke blog. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diambil kira:
1. Isi kandungan, isi kandungan dan isi kandungan.
Ya, dalam dunia berblog atau blogging ini, isi kandungan adalah raja bagi segalanya. Yang paling penting bagaimana anda menghidang isi kandungan ini kepada pelawat/pembaca anda untuk mereka merasai keenakkannya.
2. Masukkan atau update kandungan baru dalam blog anda setiap hari.
Jika anda lihat blog-blog terkenal/famous ini, mereka akan memastikan mengandungi isikandungan yang fresh setiap hari atau purata 3 post setiap hari.
3. Ambil perkara ini serius!
Anda tahu, ramai blogger famous seperti Sabahan atau LiewCF merupakan full time bloggers, tetapi anda jangan pula tidak tahu mereka telah mendapat ganjaran yang lebih baik apabila mereka melakukan secara full timer. Saya juga akan mengambil langkah yang serius sedikit waktu lagi.
4. Menjadi teraju kepada niche anda.
Tidak ramai yang berjaya mengekalkan sesuatu topik atau niche dalam penulisan blog mereka sehingga gagal menarik pelawat menjadi pengikut setia. Ini kerana kebanyakan blogger hanya menceritakan topik-topik yang tidak spesifik termasuklah blog ini dan mungkin sebab itu kenapa, blog saya tidak sehebat blog LiewCF atau PaulTan. Dalam fikiran saya sekarang ingin sahaja tulis topik yang banyak mengenai bisnes di eBay. ya,ya,ya saya akan banyakkan menulis mengenai eBay.
5. Membina kekuatan melalui jaringan dan hubungan
Kita perlu bijak mengurus dan mengumpul hubungan-hubungan baru semasa berblog. Bagaimana hendak membina kekuatan ini adalah dengan menulis sesuatu yang berkualiti sehingga menarik perhatian blogger lain untuk menghubungkan isikandungan anda kepada mereka. Kira macam backlink la.
P.s: Saya akan mesti melakukan pelaburan lagi untuk menarik perhatian pelawat ke blog saya. ya!
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content









