Bagaimana Menggunakan Technorati Untuk Tarik Taffik Ke Blog Anda

January 25, 2008

Ini adalah alternatif untuk anda tarik traffik ke blog anda.

Jika anda mahu menarik taffik ke blog, anda harus mengambil peluang ini dengan menggunakan Technorati kerana ini adalah salah satu caranya adalah men”tagging” blog anda. Tag adalah katalaluan atau topik dimana anda letakkan dibawah post blog anda untuk “diambil perhatian” Technorati dan enjin pencari yang lain.

Sebagai contoh;

Jika anda ingin menulis di blog anda tentang bagaimana anda boleh menjual produk di ebay dan memperolehi pendapatan lumayan di eBay, saya mencadangkan disini anda menggunakan tag berikut: ebay, panduan menjual, menjual produk, pendapatan lumayan dan bagaimana anda. Ini adalah katalaluan yang biasa dicari oleh pengguna internet.

Kenapa Menggunakan Tag?:

Ianya adalah satu perkara yang mudah untuk menarik perhatian pelawat. Sebagai contoh saya ingin mencari blog mengenai eBay. Jadi saya menaip perkataan “eBay” dan tag ini akan menunjukkan kepada pelawat. Sekalipun blog yang tidak ada kena mengena dengan apa yang di tag mungkin juga akan dipaparkan di enjin pencari, tetapi mereka bukanlah di kedudukan yang utama. Mana-mana yang berkaitan dengan tag tersebut, juga turut dipaparkan di dalam senarai carian Google Search engine.

Bagaimana ia berfungsi?:

Sesetengah platform seperti wordpress atau blogger ianya adalah secara automatik di ping oleh technorati setiap kali topik baru di hantar. Jika anda menggunakan selain daripad platform tersebut, anda perlu melakukan ping secara manual di laman web seperti Pingoat. Sebaik sahaja enjin carian menerima ping tersebut blog anda terus akan ditag. Bila seseorang masukkan katalaluan yang bersesuaian dengan tag anda, blog anda akan disenaraikan di laman carian.

Bagaimana Saya Boleh Tag Blog Sendiri?:

Ada beberapa cara untuk melakukanna. Jika anda mempunyai blog editor, anda boleh masukkan katalaluan ke dalam fungsi “Tag” dan ianya akan secara automatik dipaparkan di laman blog. Jika anda tidak memiliki blog editor untuk melakukannya, anda boleh merujuk di Technorati untuk mendapatkan bantuan langkah demi langkah untuk membantu anda secara manual.

Keterangan bagaimana untuk melakukan Tecnorati, sila rujuk disini.

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Bijaknya Bila Peguam Membidas Peguam

January 25, 2008

Topik ini agak syok untuk saya tulis. Saya tertarik dengan aksi seorang peguam, Datuk V.K Lingam menjawab soalan-soalan dari peguam pemerhati mengenai kaitannya dalam klip video perlantikan Ketua Hakim Negara.

Apabila membaca keratan akhbar hari ini, tertanya Datuk V.K. Lingam bukan calang-calang peguam kerana dia bijak menapis dan berdolah-dalih mengenai hubungan rapatnya dengan beberapa orang hakim.

Berikut petikan akhbar hari ini

Peguam Datuk V.K. Lingam berkata, beliau bercakap besar dan mengarut ketika memberitahu rakan sosialnya, Loh Mui Fah bahawa dia bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Menyambung keterangan pada hari kelapan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja hari ini, Lingam yang berkeras menafikan berbual dengan Ahmad Fairuz berkata, dia tidak ingat dengan siapa dia berbual.

Menjawab soalan peguam Ranjit Singh yang mewakili Badan Peguam Malaysia, Lingam juga berkata, beliau boleh bercakap apa saja topik yang disukai di rumahnya sendiri walaupun ketika itu dia sedang mabuk.

Lingam yang kelihatan agak marah berkata, bahkan dia boleh berpura-pura berbual dengan Presiden Bush sekiranya dia mahu berbuat demikian.

Ranjit: “Kalaulah awak mabuk sekalipun, kenapa awak membincangkan isu mengatur pelantikan hakim-hakim?”

Lingam: “Ini adalah rumah saya, dalam privacy rumah saya. Rumah saya adalah istana saya. Saya adalah raja dalam rumah saya. Saya boleh cakap merapu-rapu dalam keadaan mabuk jika saya suka, asalkan saya jaga kelakuan saya dan tidak melakukannya di tempat awam.”

Ranjit: “Kenapa awak bercakap mengenainya di hadapan Loh Mui Fah dan Loh Gwo Burne?”

Lingam: “Saya boleh pilih mana-mana topik yang saya suka. Malah, saya boleh berpura-pura bercakap dengan Presiden Bush kalau saya suka.”

Ranjit: “Kenapa awak dengan khusus menyebut nama Tun Ahmad Fairuz kepada Loh Mui Fah?”

Lingam: “Saya tak ingat berkata demikian. Jika saya ada cakap begitu, saya minta maaf tetapi ia adalah karut dan cakap besar saja.”

Ranjit: “Yang mana satu, mengarut atau cakap besar?”

Lingam: “Ia mungkin mengarut dan ia mungkin cakap besar.”

Mendengar jawapan Lingam, Ranjit berkata, perkara yang dikatakan oleh Lingam merujuk kepada kejadian sebenar dan bukan cakap besar.

Lingam menepis cadangan itu dengan berkata beliau tidak bersetuju.

Apa komen anda dengan aksi Datuk V.K. Lingam ni?

P.s: Takziah kepada keluarga Tan Sri Megat Junid Megat Ayub

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Panduan eBay: Menjual di pasaran Malaysia!

January 24, 2008

Ada sesetengah pembeli, mereka mencari barang-barang yang diinginkan berhampiran dengan lokasi mereka.

Manakala ada juga pembeli yang ingin mendapatkan barang-barang mahal (seperti telefon bimbit) atau membeli secara pukal, mereka berharap dapat mencari pembekal atau penjual yang berhampiran dengan lokasi mereka.

Apakah jenis produk yang bersesuaian untuk dijual bagi pasaran tempatan?

Mari kita lihat pada skop yang sebenar.

Anda mempunyai stok barang yang banyak.
Anda adalah seorang penjual kereta terpakai
Anda menjual perabot-perabot berasakan kayu getah
Anda menjual produk-produk seperti perhiasan kaca, komputer, lilin
Anda jual anak kambing kat ebay
Anda menjual tiket konsert, menjual tiket percutian berharga murah dan sebagainya.

P.s: ada pembeli ebook ini merupakan peniaga yang merupakan penyimpan stok barangan yang banyak.

Kenapa pembeli-pembeli yang mencari produk ini akan mencari lokasi berhampiran mereka.

Lihat kes ini,

Jika mereka membeli dari luar negara, berapa pula kos penghantaran yang mereka perlu tanggung? Jadi… mereka cari penjual berdekatan.

Jika saya seorang pembeli yang mencari meja makan, saya akan mencarinya dikawasan berhampiran. Ebay adalah satu tempat yang mudah untuk membeli. saya dapat menjimatkan masa saya untuk pergi dari satu kedai ke satu kedai memilih produk yang diinginkan, malah saya dapat menjimatkan kos membayar kos penghantaran. kenapa?

Yela.. ramai penjual di ebay yang menjual perabot dan diantara penjual pula berada di lokasi berdekatan rumah saya. jadi inikan satu penjimatan?

Jika anda menjual perabot di eBay apa yang anda lakukan untuk menjimatkan masa anda dari bertemu dengan pelanggan2 ini.

Ini adalah tips untuk penjual seperti anda.

Sebagai seorang penjual anda perlulah sentiasa jelaskan terma-terma pembayaran, penghantara, inspection dalam menyenaraikan produk anda di ebay.

Ada sesetengah pembeli mereka berharap, dapat menjimatkan wang pada kos penghantaran (biasa pembeli yang tanggung kos ini)

Dengan meletakkan kos penghantaran yang menjimatkan, ia dapat memberi kelebihan anda untuk mendapat bidaan tertinggi. Kerana apa?

Kerana mereka beranggapan boleh menjimatkan kos penghantaran.

Apapun, jika anda tidak mahu berjumpa dengan pelanggan anda (ini lagi menjimatkan masa anda!) Pastikan anda nyatakan dalam senaraian seperti

No Pick Up, will post

.. jelaskan sejelas jelasnya…lagi lah diorg seronok!

Jika anda mengambil keputusan untuk berjumpa dengan mana-mana person, sila berjumpa di kawasan orang ramai seperti kedai makan. Lagi baik, jika anda bawa seorang lagi kawan untuk menemani urusan anda.

Ebay tidak akan sewenang-wenang memberi alamat lengkap anda kepada sesiapa pun (kira rahsia lah ni!)

Jika anda masih lagi ingin berurusan dengan pembeli anda (biasa anda tidak kenal siapa pembeli anda), elakkan memberi alamat kediaman sebenar anda. Terbaik, sila guna alamat tempat kerja anda, atau PO Box atau beri alamat lain (bukan alamat tempat tinggal anda sekarang!)

Apa-apapun pembeli boleh menyemak penjual sebelum mereka membuat bidaan, jika mereka berasakan mereka masih lagi tidak ‘clear’ dengan maklumat produk yang anda jual.

Amacam? ok tak tips nih? dapatkan cara buat duit secara lumayan di ebay disini http://kuasalelong.com

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Apakah Perkara Asas yang Perlu Anda Lakukan Apabila Menjual?

January 24, 2008

Info ini adalah sesuai bagi mereka yang ingin menjana pendapatan lumayan di Ebay. Jika anda berminat untuk ketahui rahsia menjana pendapatan lumayan di Ebay dapatkan Ebook ini disini.

soalan dari email:

Saudara, saya adalah seorang yang bersungguh-sungguh untuk memperolehi pendapatan di ebay. Saya mempunyai produk untuk dijual. Jadi apakah langkah awal yang perlu saya ketahui sebagai seorang penjual?

Jawapan: Baiklah, apabila anda sudah punyai produk dan bersedia untuk menjual, langkah awal yang perlu anda ambil adalah:

1. Ambil gambar produk anda menggunakan kamera digital.

Kenapa kamera digital? Ya. Dengan gambar digital anda mudah untuk upload ke laman ebay. Kalau guna kamera biasa, anda perlu scan gambar tersebut dan barulah boleh upload ke laman ebay. Mungkin ini mengambil sedikit masa berbanding penggunaan kamera digital.

Ada kamera? Kalau tak ada pinjamlah kawan-kawan punya dulu. Gambar kasi cun-cun sket. Jangalah kabur sampai tak boleh nak lihat. Ok..

Buat kajian produk yang ingin dijual.

Lihat berapakah harga yang biasa penjual letak untuk produk seperti anda.
Check samada mereka guna format lelongan atau harga tetap.
semak-semak sket bagaimana mereka membuat senaraian.
Lepas tu, tengok dalam kategori mana mereka senaraikan produk yang serupa dengan anda.

Dah tau semua tu, buatlah keputusan nak buat kaedah pembayaran macam mana. Anda suka mereka bayar ke akaun mana? Maybank? CIMB? Bank Islam? RHB Bank? Public Bank, Cek Deposit? Paypal? Cash On Delivery?

Untuk harga penghantaran, anda boleh semak kat Pos Malaysia. (amat-amat disyorkan bagi mereka yang ingin menjual di Malaysia)

Itu aja tip asas. Ada lagi?

Soalan:

Bro.. boleh jual ke bro?

Oh.. soal boleh jual tak boleh jual.. kalau kita tak yakin dan bersungguh-sungguh, apa aja yang kita buat mesti tak leh jual. Betul tak? Untuk pengetahuan semua, di Ebay lebih dari 2 juta (sekarang ni) dok melayari laman web eBay. Beribu-ribu orang masuk ke laman ebay Malaysia

Setiap saat ada aja org klik ke laman ebay dan setiap saat berlaku transaksi pelbagai produk. Itu sebablah kita kena belajar macam mana nak menjual. Ok cuba ya! :)

Seminggu kemudian:

Bro, betulah bro.. lepas saya praktik panduan yang bro ajar tu, saya dah dapat buat jualan kat eBay. Untung 5 kali ganda lagi. Terima kasih bro

Tahniah! Seperti yang saya kata, kalau nak buat apa saja kenalah yakin dan bersungguh-sungguh. Bak kata orang. Rugi oooo.. transaksi jual beli berjuta-juta sehari kat ebay.. kita pula asyik pandang je taknak ambil kesempatan dan peluang. eBay adalah lombong kekayaan sebenar! 

Ada seorang kawan saya, jual minyak wangi sekarang dah pakai BMW 3 series. Alamak!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

WC300 “Pelaburan Lumayan” Untuk Anda

January 23, 2008

Ini pelaburan internet ke bang?

Bukanlah bro, ini bukan sebarang pelaburan. Apek pun pernah cakap; Kalau nak menuntut ilmu biar sampai ke negara China. Tapi yang ini tak payahlah sampai ke sana. Dengan satu klik je anda dah boleh belajar apa yang anda mahu.

Pernah dengan WC300? belum pernah? Apakata gerakkan tetikus anda dan klik >>>kat sini<<<

Sebenarnya WC300 adalah alternatif dari pihak forum keusahawanan Malaysia “WangCyber.com” bagi memberi hak eksklusif kepada ahli-ahli yang berdaftar untuk mendapatkan pelbagai kelebihan tawaran-tawaran hebat. Bagi saya, inilah tempat pelaburan yang baik untuk anda mendapatkan ilmu-ilmu mengenai keusahawan terutamanya ilmu menjana pendapatan melalui internet.

Saya juga merupakan ahli WangCyber.com sejak 2006 lagi. Dan kini lebih dari 1000 orang telah berdaftar sebagai ahli biasa dan seramai 100 orang telah berdaftar sebagai ahli WC300.

Apa yang anda dapat jika menjadi ahli WC300?

Anda bakal perolehi penjimatan dari segi promosi produk/mendapatkan produk sehingga 70%.
Anda berpeluang meningkatkan kredebiliti anda sebagai seorang usahawan.
Anda berpeluang mendapatkan infomasi dan perbincangan tertutup bersama ahli WC300.
Anda layak menyertai cabaran-cabaran edisi terhad wangcyber.com
Dan banyak lagi…

Jadi bila anda boleh menjadi ahli WC300?

Ya! sekaranglah! Ini kerana kuota adalah terhad. Jika terlambat, anda bakal berputih matalah. Jadi tunggu apa lagi? Mulakan pendaftaran hari ini >>disini<<

P.s: Kepada ahli Wangcyber.com dapatkan harga istimewa ebook kuasa lelong disini!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Masa Untuk Mengaut Keuntungan di Ebay

January 23, 2008

Valentine’s Day is coming and if you haven’t started looking for ‘the’ gift for your loved one yet, start on eBay!

Ladies' Tops Ladies' Shoes
  Time to start shopping for brand new items to
welcome the Year of the Rat!

Get ready for Valentine’s & Chinese New Year

Dapatkan panduan menjual di eBay berbahasa melayu pertama di http://kuasalelong.com 

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »