Interview Saya dengan Zul SkorCareer
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana diberikan peluang dan kelapangan masa mengerjakan pekerjaan dan tugasan. Walaupun sibuk, saya harus juga membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
Sejak saya berkahwin, diakui rezeki saya sentiasa murah. Dengan minat yang mendalam menulis di blog, menjalankan perniagaan di internet saya sudah merasai hasilnya. Ada juga beberapa orang rakan saya masih lagi terpinga-pinga bagaimana saya menghasilkan ‘duit’ di internet. Ada yang beranggap saya menyertai e-Multilevel marketing sehingga saya mampu duduk bersenang-lenang hasil dari ‘kak-kaki’ yang saya pasang untuk meraih duit atas angin.
Maaf kawan, saya tidak menyertai program seperti yang anda maksudkan itu, walaupun anda sentiasa cuba untuk menbawa saya masuk ke dalam program ‘rahsia‘ yang dikatakan begitu popular semasa kini. Owhh.. saya masih lagi belum berminat dengan itu.
Beberapa hari lalu, seorang blogger aktif telah menghantar email kepada saya dan menyatakan rasa minat beliau untuk menemurah saya. Sebenarnya hampir 3 tahun juga saya tidak ditemuramah.
Kali terakhir pun, waktu DJ Radio Malaysia Negeri Sembilan menemubual saya secara live bagi slot usahawan muda.
Alhamdulillah interview ini telah pun selesai. Jika anda ingin ketahui apakah soalan-soalan Zul Skorcareer tanyakan kepada saya, apakata anda klik link ini dan singgah sebentar di blognya.



















































wahh….glamour ler u erkkk
wa..nampaknya the next step..kuar buku fizikal lah ye?:)
Betul tu…kalau noorizam keluarkan buku mesti best…
Boleh saya beli…
huhu..ada temuramah la pulak
bizmalaya: glamor? yea ke glamor? biasa je tu.
reezluv: memang ada dalam perancangan tu.
Norfazli: Jangan tak beli pula nanti
Syamsulariff: terharu sebab ada org sudi interview.
Ingin mencapai tahap seperti anda shah. Tp masih byk yg saya belum ketahui dan dalam kaji selidik.
Harapan suatu hari nanti dapat ikut jejak langkah mereka yang buat duit secara online :d