Panduan Ebay: Apa itu FeedBack?

January 29, 2008

Semalam ada seorang pemanggil dari luar negara menghubungi saya. Dari suaranya saya berasakan beliau memang seorang yang bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam perniagaan di eBay.

Semasa perbulanan kami, belum bertanyakan bagaimana beliau boleh bermula sebagai seorang penjual.

Saya kata, bermulalah dengan menjadi seorang pembeli. Dengan menjadi seorang pembeli, anda mudah mengumpul rating/feedback.

Kemudian, dia bertanya.. apa itu feedback? Bagaimana nak dapat feedback tu?

rating feedback

Apabila anda membuat pembelian di Ebay, anda akan melalui langkah-langkah seperti

1. Anda berjaya membuat pembelian
2. Anda menerima invoice dari penjual/ menghubungi penjual untuk mendapatkan kaedah pembayaran
3. Anda membuat pembayaran
4. Penjual menghantar barang
5. Anda terima barang
6. Anda memberi feedback/rating kepada penjual
7. Penjual memberi feedback/rating kepada anda.

Semakin banyak anda mengumpul rating, semakin tinggi pembeli/penjual ingin berurus niaga dengan anda. Mudahkan?

P.s: Sudahkah anda memiliki akaun ebay secara percuma? Jika belum, sila daftar disini

P.p.s: Dapatkan panduan membeli dan menjual serta kaut keuntungan dari transaksi lumayan di Ebay setiap hari di sini

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

5 Responses to “Panduan Ebay: Apa itu FeedBack?”

  1. Azhar Ahmad on January 29th, 2008 12:24 pm

    Ebay Malaysia ke tempat lain?

  2. shahraduan on January 29th, 2008 3:58 pm

    Soalan macam mana tu Azhar? Ebay ni merangkumi semua tak kira Malaysia ke Uk ker Canada ker semuanya sama [ feedback ]. Macam Admin dok katalah semakin tinggi rating semakin tinggi kepercayaan org nak membeli. Aku pun ada bicara benda ni dlm blog..cuma lewat pos jer sebab keje byk. Semalam dah menulis sikit2. Nampak gayanya syok pula ber-blog pasal ebay ni sebab ada geng macam NOORIZAMSHAH..ehehehhe

  3. Noorizam Shah on January 29th, 2008 8:22 pm

    Azahar: macam shahraduan beritahu, rating ini merangkumi mana-mana ebay pun. Anda cuma perlu ada akaun yang sah di ebay (daftar percuma je) kemudian boleh masuk mana-mana laman ebay guna id yang sama.

    cth: jika daftar kat ebay Malaysia, anda tetap boleh dapat rating dari penjual/pembeli dari ebay itali. :)

  4. reezluv on January 29th, 2008 9:49 pm

    erm..baru ade satu je rating..:)hehe..rating feedback sebagai pembeli..kira macam iTrader gak la kan?:)pernah beli di Ebay sebelum ni..memang best dan pantas..

  5. Noorizam Shah on January 30th, 2008 11:43 pm

    owh.. reezluv ini masa terbaik untuk berkecimpung di ebay. :D

Got something to say?