Ebook KuasaLelong Merentas Dunia!
January 26, 2008

Ini berita baik bagi saya. Syukur alhamdulillah, ilmu yang saya ingin kongsikan dengan mereka yang bersungguh-sungguh untuk menjana pendapatan di eBay telah disambut baik sehingga merentasi dunia.
Seingat saya lagi, saya pernah membeli beberapa buah ebook berbahasa Inggeris yang berceritakan panduan-panduan menjana pendapatan di EBay. Memang hakikatnya sebelum saya memiliki panduan ini, saya langsung tidak tahu bagaimana hendak menghasilkan jualan di eBay.
Menerusi panduan yang diberikan berserta dengan tunjuk ajar beberapa orang power seller luarnegara, saya mencuba-gagal (test and error) sehinggalah saya mendapat beberapa jawapan bagaimana menghasilkan pendapatan di sana.
Saya pernah menerima amaran dari pihak eBay kerana melanggar beberapa TOS dan juga pernah dikenakan VERO untuk pertama kalinya ketika dulu. Jadi, dengan melalui kesalahan ini, saya dapat mempelajari apa yang perlu dan tidak perlu saya lakukan ketika berurusniaga di eBay.
Sekarang berniaga di eBay semakin mudah, lagi-lagi market Malaysia semakin besar dengan pengunjung dan ahli baru.
Syukur dengan bantuan power seller luar negara ini (namanya tak boleh disebut - dirahsiakan), saya berjaya menghasilkan pendapatan yang lumayan. Saya tidak boleh dedahkan kepada umum (nanti ada pula yang potong jalan) hehehe.. tetapi dengan panduan yang saya tulis dan dengan bantuan saya, jika diizinkan Allah, anda juga boleh melakukan seperti saya.
Dan semalam saya telah terima satu panggilan dari luar negara. Nak tahu dari mana?
Pemanggil tu adalah seorang rakyat Malaysia yang berada di Ireland!
Saya biasa mempunyai pembeli dari Singapura, Brunei, Indonesia, Australia, Amerika dan UK.. tetapi saya amat terharu apabila ada yang sudi mendail nombor telefon bimbit saya dan buat panggilan jauh dari sana!
Lihat!
Bagaimana orang lain bersungguh-sungguh nak buat duit, tapi orang kita pula dengan mudah dok campakkan duit dalam program merapu yang ada kat internet sekarang nih (korang paham2 jela apa program merapu tu!)
Dalam ebook saya ini, saya terangkan beberapa perkara yang kebiasaannya orang terlepas pandang yang mengakibatkan mereka telah membuang banyak masa. sepatutnya dengan mengikut panduan ini, mereka sebenarnya telah menjimatkan masa mereka seterusnya menerima hasil keuntungan berlipat ganda di eBay
Nota: kawan-kawan sekelian, transaksi kat eBay melebihi 2 juta sehari dan setiap saat ada je produk bertukar tangan. Takkanlah kita taknak rebut peluang ni? ohohoho memang anda rugilah macam tu..
Nanti saya sambung lagi…
P.s: Sebelum saya teruskan catatan saya ini, apakata anda luangkan masa masuk ke web kuasalelong.com dan baca setiap baris ayat yang saya tulis, kemudian buat keputusan sama ada anda wajar atau tidak keluarkan sedikit wang untuk pelaburan manfaat ini!
P.p.s: EBAY bukan skim cepat kaya yang menjanjikan anda pendapatan BERJUTA RINGGIT dengan mudah! ![]()
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentComments
3 Responses to “Ebook KuasaLelong Merentas Dunia!”
Got something to say?





















































[…] yang telah anda laburkan! baca post terbaru saya mengenai seorang pembeli saya dari Ireland di Ceritera Dunia - Noorizam Shah dot com | Ebook KuasaLelong Merentas Dunia! __________________ PROMOSI: Iklankan Web/blog Anda Serendah RM0.50 /hari disini! […]
Tahniah la. Sampai ke ireland produk ko. Produk rajapayloadz aku, sampai ke sweden dan german. Cam ko. Memang mamat tu orang kita. Yang dari jepun pun ada.. Terkezut beruk gak aku mula-mula..:D
Apapun. Tahniah untuk ko!
Sama-sama titan. itulah kuasa internet namanya. memang EBAY memberi kuasa baru kepada rakyat Malaysia!