Bijaknya Bila Peguam Membidas Peguam

January 25, 2008

Topik ini agak syok untuk saya tulis. Saya tertarik dengan aksi seorang peguam, Datuk V.K Lingam menjawab soalan-soalan dari peguam pemerhati mengenai kaitannya dalam klip video perlantikan Ketua Hakim Negara.

Apabila membaca keratan akhbar hari ini, tertanya Datuk V.K. Lingam bukan calang-calang peguam kerana dia bijak menapis dan berdolah-dalih mengenai hubungan rapatnya dengan beberapa orang hakim.

Berikut petikan akhbar hari ini

Peguam Datuk V.K. Lingam berkata, beliau bercakap besar dan mengarut ketika memberitahu rakan sosialnya, Loh Mui Fah bahawa dia bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Menyambung keterangan pada hari kelapan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja hari ini, Lingam yang berkeras menafikan berbual dengan Ahmad Fairuz berkata, dia tidak ingat dengan siapa dia berbual.

Menjawab soalan peguam Ranjit Singh yang mewakili Badan Peguam Malaysia, Lingam juga berkata, beliau boleh bercakap apa saja topik yang disukai di rumahnya sendiri walaupun ketika itu dia sedang mabuk.

Lingam yang kelihatan agak marah berkata, bahkan dia boleh berpura-pura berbual dengan Presiden Bush sekiranya dia mahu berbuat demikian.

Ranjit: “Kalaulah awak mabuk sekalipun, kenapa awak membincangkan isu mengatur pelantikan hakim-hakim?”

Lingam: “Ini adalah rumah saya, dalam privacy rumah saya. Rumah saya adalah istana saya. Saya adalah raja dalam rumah saya. Saya boleh cakap merapu-rapu dalam keadaan mabuk jika saya suka, asalkan saya jaga kelakuan saya dan tidak melakukannya di tempat awam.”

Ranjit: “Kenapa awak bercakap mengenainya di hadapan Loh Mui Fah dan Loh Gwo Burne?”

Lingam: “Saya boleh pilih mana-mana topik yang saya suka. Malah, saya boleh berpura-pura bercakap dengan Presiden Bush kalau saya suka.”

Ranjit: “Kenapa awak dengan khusus menyebut nama Tun Ahmad Fairuz kepada Loh Mui Fah?”

Lingam: “Saya tak ingat berkata demikian. Jika saya ada cakap begitu, saya minta maaf tetapi ia adalah karut dan cakap besar saja.”

Ranjit: “Yang mana satu, mengarut atau cakap besar?”

Lingam: “Ia mungkin mengarut dan ia mungkin cakap besar.”

Mendengar jawapan Lingam, Ranjit berkata, perkara yang dikatakan oleh Lingam merujuk kepada kejadian sebenar dan bukan cakap besar.

Lingam menepis cadangan itu dengan berkata beliau tidak bersetuju.

Apa komen anda dengan aksi Datuk V.K. Lingam ni?

P.s: Takziah kepada keluarga Tan Sri Megat Junid Megat Ayub

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

5 Responses to “Bijaknya Bila Peguam Membidas Peguam”

  1. john travolta on January 25th, 2008 6:05 pm

    nampak sangat Datuk V.K Lingam nak putar belit cerita. kalau ikut dari video klip memang itu Datuk V.K. Lingam.

    dia peguam dia tahu macam mana nak lawan dalam mahkamah.. tu pasal dia tak mengaku

  2. jayanti kumar on January 25th, 2008 9:26 pm

    meluat saya lihat aksi V.K Lingam

  3. Noorizam Shah on January 25th, 2008 11:27 pm

    V.K. Lingam ni masih lagi nak berdolak dalih… dia ni pandai bela diri kot.. hehehe

  4. Azhar Ahmad on January 26th, 2008 5:05 pm

    Saya rasa, saya tengah mabuk bila datang ke sioni. Orang mabuk boleh lawat blog mana2 pun… Ahahahahha

  5. Noorizam Shah on January 26th, 2008 10:44 pm

    azhar jangan banyak tonggang, nanti kena rakam. hehehe

Got something to say?