Panduan eBay: Menjual di pasaran Malaysia!

January 24, 2008

Ada sesetengah pembeli, mereka mencari barang-barang yang diinginkan berhampiran dengan lokasi mereka.

Manakala ada juga pembeli yang ingin mendapatkan barang-barang mahal (seperti telefon bimbit) atau membeli secara pukal, mereka berharap dapat mencari pembekal atau penjual yang berhampiran dengan lokasi mereka.

Apakah jenis produk yang bersesuaian untuk dijual bagi pasaran tempatan?

Mari kita lihat pada skop yang sebenar.

Anda mempunyai stok barang yang banyak.
Anda adalah seorang penjual kereta terpakai
Anda menjual perabot-perabot berasakan kayu getah
Anda menjual produk-produk seperti perhiasan kaca, komputer, lilin
Anda jual anak kambing kat ebay
Anda menjual tiket konsert, menjual tiket percutian berharga murah dan sebagainya.

P.s: ada pembeli ebook ini merupakan peniaga yang merupakan penyimpan stok barangan yang banyak.

Kenapa pembeli-pembeli yang mencari produk ini akan mencari lokasi berhampiran mereka.

Lihat kes ini,

Jika mereka membeli dari luar negara, berapa pula kos penghantaran yang mereka perlu tanggung? Jadi… mereka cari penjual berdekatan.

Jika saya seorang pembeli yang mencari meja makan, saya akan mencarinya dikawasan berhampiran. Ebay adalah satu tempat yang mudah untuk membeli. saya dapat menjimatkan masa saya untuk pergi dari satu kedai ke satu kedai memilih produk yang diinginkan, malah saya dapat menjimatkan kos membayar kos penghantaran. kenapa?

Yela.. ramai penjual di ebay yang menjual perabot dan diantara penjual pula berada di lokasi berdekatan rumah saya. jadi inikan satu penjimatan?

Jika anda menjual perabot di eBay apa yang anda lakukan untuk menjimatkan masa anda dari bertemu dengan pelanggan2 ini.

Ini adalah tips untuk penjual seperti anda.

Sebagai seorang penjual anda perlulah sentiasa jelaskan terma-terma pembayaran, penghantara, inspection dalam menyenaraikan produk anda di ebay.

Ada sesetengah pembeli mereka berharap, dapat menjimatkan wang pada kos penghantaran (biasa pembeli yang tanggung kos ini)

Dengan meletakkan kos penghantaran yang menjimatkan, ia dapat memberi kelebihan anda untuk mendapat bidaan tertinggi. Kerana apa?

Kerana mereka beranggapan boleh menjimatkan kos penghantaran.

Apapun, jika anda tidak mahu berjumpa dengan pelanggan anda (ini lagi menjimatkan masa anda!) Pastikan anda nyatakan dalam senaraian seperti

No Pick Up, will post

.. jelaskan sejelas jelasnya…lagi lah diorg seronok!

Jika anda mengambil keputusan untuk berjumpa dengan mana-mana person, sila berjumpa di kawasan orang ramai seperti kedai makan. Lagi baik, jika anda bawa seorang lagi kawan untuk menemani urusan anda.

Ebay tidak akan sewenang-wenang memberi alamat lengkap anda kepada sesiapa pun (kira rahsia lah ni!)

Jika anda masih lagi ingin berurusan dengan pembeli anda (biasa anda tidak kenal siapa pembeli anda), elakkan memberi alamat kediaman sebenar anda. Terbaik, sila guna alamat tempat kerja anda, atau PO Box atau beri alamat lain (bukan alamat tempat tinggal anda sekarang!)

Apa-apapun pembeli boleh menyemak penjual sebelum mereka membuat bidaan, jika mereka berasakan mereka masih lagi tidak ‘clear’ dengan maklumat produk yang anda jual.

Amacam? ok tak tips nih? dapatkan cara buat duit secara lumayan di ebay disini http://kuasalelong.com

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Panduan eBay: Menjual di pasaran Malaysia!”

  1. shahraduan on January 24th, 2008 5:40 pm

    Tiket konsert boleh dijual ker ? aku rasa mcm tak boleh (aku ada baca2 kat mana tah..lupa da}

  2. noorizam Shah on January 24th, 2008 6:09 pm

    contoh je tu.. dulu boleh tapi sekarang tak tau la.. itu pun aku rujuk dari otai ebay. kalau jual tak leh under cost kot.

  3. mieya on June 21st, 2008 12:37 am

    cadang nak jual kerepek jer…….hancur tak ye…..

Got something to say?