Barang Apa Yang Boleh Saya Jual di eBay?

January 22, 2008

Oh… macam-macam.. kalau pandai semua jadi aje.. tapi macam mana?

Anda tengah nak pakai duit sekarang ke? Anda ada barang yang ingin dijual? Mari saya keluarkan ‘mentol’ dan nyalakan di atas kepala anda!

Ok, apa yang anda boleh jual? Ambil sehelai kertas dan pen. Cuba anda berjalan-jalan di dalam dan luar rumah anda. Masuk ke bilik tidur, masuk ke ruang dapur, memandang ruang tamu, ambil masa menjengah bilik stor anda. Apa yang anda jumpa?

Mungkin lipas, ular tedung, katak puru macam-macam. Baju lama, DVD, CD, buku terpakai, koleksi jam pemberian hadiah oleh bekas awek atau anak patung barbie milik tuan rumah (anda lah tu!)

Kat mana saya boleh jual barang-barang terpakai ni?

Antara tempat yang popular adalah eBay. Menjadi trend hari ini, semua orang mesti memiliki sekurang-kurangnya satu akaun eBay. Daftar sahaja hari ini, ianya adalah PERCUMA!

Buka akaun eBay hari ini dengan memiliki ID peribadi unik anda sendiri.

Kenapa perlu daftar hari ini?

Sebabnya, jika anda terlambat, ID/nickname anda mungkin telah diambil orang. Anda juga bakal terlepas peluang untung mengaut keuntungan walaupun 1% daripada berjuta-juta transaksi setiap hari di eBay.

Sebab itulah saya minta setiap seorang wajar memiliki satu akaun eBay. Saya suka eBay kerana:

Terdapat berjuta-juta pembeli setiap hari.
Ebay adalah komuniti menjual dan membeli yang dipercayai seluruh dunia, mudah dan berpatutan
eBay adalah jalan terbaik untuk buat duit.

Sila ambil info ini:

Sehelai pakaian terjual setiap 2 minit
Lebih dari 500 DVD terjual setiap hari
Jam-jam terjual setiap 3 minit
Anak patung terjual setiap 6 minit.

Itu info dari eBay sendiri. Bagaimana jika anda hanya pandang dan lihat sahaja? Bukannya lama nak spend masa pun. di Ebay, masa yang diperuntukan tidaklah perlu sampai 8 jam umpama berkerja di pejabat.

Anda bebas tanpa ada kekangan waktu. Kalau anda tidak mulakan hari ini, orang lain yang akan sambar dulu! Jadi, usah termenung lagi. Panduan dah ada, dapatkanlah!

Popularity: 12% [?]

Sphere: Related Content

Comments

18 Responses to “Barang Apa Yang Boleh Saya Jual di eBay?”

  1. KuasaLelong.com dilancarkan! Panduan Menjana Pendapatan Lumayan di eBay - Page 8 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia on January 22nd, 2008 10:41 am

    […] bekas awek atau anak patung barbie milik tuan rumah (anda lah tu!) ada lagi.. baca kat sini… Ceritera Dunia - Noorizam Shah dot com | Barang Apa Yang Boleh Saya Jual di eBay? __________________ PROMOSI: Iklankan Web/blog Anda Serendah RM0.50 /hari disini! Web […]

  2. shahraduan on January 22nd, 2008 12:13 pm

    VCD OR DVD Setahu aku negara Malaysia Melarang Pos keluar Negara !! Kang pos tersekat kat KASTAM plak kot…rugi!! huhuhuhuhu…

  3. shahraduan on January 22nd, 2008 12:15 pm

    Baju-baju atau seluar2 yg ada CUSTOM Gambar NAGA ker TIGER ker…itu pasti cukup menguntungkan [untung giler]

  4. Noorizam Shah on January 22nd, 2008 12:18 pm

    DVD,VCD jual dalam Malaysia je… Kat Malaysia nih top DVD japanese, Korea, Chinese.. VCD dan DVD nih kalau original boleh dapatkan kat Cash and Converter D******a. Harga murah.

  5. Noorizam Shah on January 22nd, 2008 12:19 pm

    Yea, yea baju hitam bercorak tu.. memang tengah top kat uptown.. anak-anak simpang 3 banyak cari. :D

  6. shahraduan on January 22nd, 2008 12:56 pm

    Kalau baju ber custome tu sape pandai lukis, buat sendiri lagi untung…aku ada member buat macam ni..1 desing naga berapa pakai airbruss baru RM 50..kalau letak dlm ebay ni mesti melambung Ratus2 huhuhuhu…

  7. queenie kwok on January 24th, 2008 3:01 pm

    i minat jual aksesori for women. i’m make money from there!

  8. albert on May 26th, 2008 1:08 am

    di mana saya nak dapat kan buku ebay(menjana lumayan)

  9. Noorizam Shah on May 26th, 2008 8:14 am

    albert: sila klik di http://kuasalelong.com

  10. senangaje on June 25th, 2008 2:04 pm

    kalu jual barang imitation mcm jam, baju, bole ke? tapi title or discription xde mention nama brand. just gambar aje..

  11. Noorizam Shah on June 25th, 2008 2:09 pm

    senangje. kalau jual imitation memang tak boleh.. kira langgar polisi ebay.

    tetapi ada juga yang berani menjual di ebay. selagi anda tidak kena VERO, kira selamat la.

    biasanya, penjual akan terperangkap dengan soalan bakal pembeli, jika pembeli tahu ini adalah imitation, dikhuatir laporan akan dibuat kepada pihak ebay dan akaun anda boleh di suspen.

  12. senangaje on June 26th, 2008 1:27 pm

    Bro norizam,
    saya baru buka ak ebay & guna tools dari auctiva.. try nak buat post guna autiva tapi asik keluar error ini je :
    eBay listing failed to pass validation for the following reason:

    * If you aren’t accepting PayPal payments you must have a feedback score of at least 10 to list a fixed price item.
    * If you believe you got this message in error and your feedback rating on eBay is actually sufficient to use this option, please click here to update your rating in our system.

    bole tolong?

  13. Noorizam Shah on June 26th, 2008 1:40 pm

    utk buat list dalam auctiva, pastikan anda telah mempunyai minima 10 feedback atau payment option anda mestilah menerima paypal.

    Jika tak memang ada error macam tu la.

  14. senangaje on June 26th, 2008 5:36 pm

    ok.. so kena mula dari ebay dulu le..

  15. senangaje on July 10th, 2008 5:49 pm

    Saya dah start jual barang kat ebay.. ada 1 barang dah sold tapi buyer belum bayar, so macamane nak action? send email, msg, call tapi buyer tak reply

  16. Noorizam Shah on July 10th, 2008 6:39 pm

    senangje: utk pengetahuan anda, sila ambil masa sehingga 7 hari. kalau tak ada jawapan juga, relist semula.

    memang ada pembeli yang tak faham terma dan syarat. mereka ini dikenali sebagai joybidder. mereka membida produk hanya kerana mereka suka, tetapi bila tak suka mereka tak mahu bayar.

    pastikan dalam description kita, kita maklumkan atau notis “bidaan hanya untuk mereka yang serius ingin membeli sahaja”.

  17. senangaje on July 10th, 2008 8:17 pm

    thanks.. barang yg saya jual itu fixed price.. belom masuk bid lagi. try fixed price dulu

  18. Noorizam Shah on July 11th, 2008 10:42 am

    senangje: tak kisah mana-mana option yang anda pilih. yang pasti pembeli memahami isi kandungan yang anda paparkan.

Got something to say?