Panduan Ebay: Apa itu Fixed Price?
January 20, 2008
Terima kasih kepada semua pembeli ebook di kuasalelong.com. Permintaan nampaknya terus mendapat sambutan dan kepada anda jangan lupa dapatkan segera ebook ini kerana tawaran yang diberikan adalah terhad dan akan tamat pada bila-bila masa. Dapatkan disini
Baiklah, untuk memenuhi hasrat pembeli ebook ini, hari ini saya akan berkongsi beberapa panduan menjadi seorang penjual yang berjaya di eBay.
Apa itu Fixed Price (Harga tetap)
Jika anda tidak mahu produk anda dijual dengan harga lelong kepada bakal pembeli anda, saya syorkan anda mengunakan format fixed price. Format ini membenarkan anda untuk menawarkan pada satu harga tanpa perlu membida. Harga tetap boleh digunakan kepada produk-produk yang mana, pembeli anda tahu harga untuk satu-satu produk dipasaran.
Sebagai contoh, anda menjual CD cerita klasik P.Ramle dan harga dipasaran adalah sekitar RM12.00. Jadi, anda boleh set harga ini untuk produk tersebut. Harga tetap yang anda tawarkan bertujuan pembeli boleh mendapatkan produk ini tanpa perlu melalui proses bidaan dan terlepas produk yang mereka mahukan.

Bagaimana Anda boleh meletak Fixed Price ini dalan senaraian lelongan anda?
Untuk pengetahuan anda, fixed price di eBay kini lebih dikenali sebagai Buy It Now. Buy It Now bertujuan memasang strategi untuk produk lelongan anda dan harga ini adalah harga yang sesuai untuk anda let-it-go! Untuk Buy It Now, anda perlu tahu harga yang ditawarkan mestilah melebihi dari kos barang anda. Jangan meletakkan harga di bawah harga kos untuk Buy It Now.
Dengan menggunakan arahan Buy It Now, bertujuan mempercepatkan produk anda terjual. Anda boleh set untuk membuat single price atau pilihan seperti satu untuk start price (meletakkan harga bidaan) dan Buy It Now. Kebiasaannya harga start listing dengan harga Buy It Now adalah berbeza. Harga Buy It Now lebih tinggi dari harga Start Listing.

Berapa kos untuk menggunakan Fixed Price ini?
Oh… untuk menggunakan arahan ini, ianya adalah percuma. Tetapi.. ada tetapinya..
Jika anda mengguna 2 arahan iaitu Start Listing dan Fixed Price, anda akan dikenakan sedikit caj.. itu pun bukannya banyak.. dalam RM0.10 sahaja. Pada saya ianya munasabah jika produk anda terjual, anda masih untung besar lagi.
Jadi apa faedahnya jika anda menggunakan arahan Fixed Price ini?
Ohh ya.. faedahnya,
Pembeli anda boleh mendapatkan produk anda serta-merta pada harga yang anda tawarkan.
Anda tidak perlu menunggu pembeli membida. Tiada aktiviti bidaan akan berlangsung disini.
Mengguna fixed price, produk anda akan dihighlight oleh enjin carian eBay, jika pembeli mencari produk-produk Buy It Now.
Untuk pengetahuan anda, jika anda tidak memiliki minima 5 feedback dan tempoh pendaftaran anda kurang dari 10 hari, anda tidak akan dapat keistimewaan ini. Bermakna, tidak ada arahan Fixed Price untuk ID anda.
Jelas?
Kepada anda yang ingin mendapatkan panduan-panduan hebat, sila dapatkan ebook KuasaLelong.com dan mula menjana pendapatan lumayan di eBay hari ini!
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentComments
3 Responses to “Panduan Ebay: Apa itu Fixed Price?”
Got something to say?





















































thanks for sharing.. saya dah beli ebook saudara.. memang best!
ebook kuasa lelong memang padat dengan isi. sesuai untuk saya yang baru belajar menjual di ebay. banyak ilmu yang saya dapat. semalam produk saya berjaya dijual.
james and adrina : terima kasih kerana membuat pembelian. Semoga terus sukses berniaga di ebay