Jangan Pandang Belakang - Kisah Benar

January 17, 2008

Topik ini bukan mengisahkan seorang anak muda diresapi ilmu hitam sehinggakan dia tidak boleh pandang belakang, tetapi ini kisah benar bagi anda yang tidak mahu pandang belakang…

Pembaca sekelian,

Saya tidak lagi mahu pandang ke belakang kerana waktu kecil dahulu kehidupan yang saya lalui sungguh banyak kenangannya. Saya dilahirkan di sebuah tanah rancangan FELDA. Ya, saya bekas anak FELDA. FELDA mana? cukup anda tahu saya pernah menjadi anak seorang peneroka.

Waktu kecil, saya hidup dan lalui kehidupan dimana waktu itu, hendak keluar ke bandar agak susah, jalan utama pun masih tanah merah, tidak berturap seperti mana sekarang.

Waktu kecil, tubuh saya digigit nyamuk-nyamuk liar, sewaktu saya menemankan mak menoreh getah. Apabila petang, tubuh yang kerdil ketika itu, membantu ayah memungut buah kelapa sawit sedangkan kanak-kanak sebaya waktu itu sibuk bermain-main dan mandi manda disungai.

Waktu kecil juga, saya mengambil upah mengisi “polibeg” hitam dengan tanah merah dan diberi RM0.01 bagi setiap beg. Cukup untuk hari itu, saya terima RM1.00 untuk 100 beg. Penat lelah, perit jerit, tetapi saya ‘bertuah’ kerana saya pernah melalui episod itu.

Sekarang, jangan pandang belakang…

Pandanglah ke hadapan.

Jika anda ingin berjaya, jangan kerana episod itu anda ditegah untuk berjaya. Anggap sahaja, semua itu adalah sejarah hidup anda. Jangan jadikan alasan untuk tidak mahu berjaya. Cuba keluar dari kepompong hidup. Buka minda anda. Ukur pencapaian anda sekarang dengan dahulu. Anda bertuah bukan?

Sekarang, adakah anda sudah berjaya?

Belum? Adakah anda ada perasaan untuk berjaya seperti orang lain?

Ya, saya tahu, kejayaan dan harapan yang anda letakkan untuk masa depan anda, masih lagi belum boleh dilihat. Tetapi ketahuilah ianya masih lagi boleh dirasa.

Saya rasa anda boleh berjaya. Saya juga begitu!

Sediakanlah diri dan mental anda untuk bekerja serajin mungkin mencapai apa yang anda hajati itu. Kalau orang lain boleh kenapa kita tidak boleh.

Kitakan dikurniakan akal. Bantulah diri anda dengan akal yang ada. Guna sebaik mungkin. Untuk berjaya kenalah berani. Berani macam mana?

Ala, berani macam mana saya lakukan ini!

Ingat! nak seribu daya, taknak seribu dalih!

p.s: Demamlah…

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “Jangan Pandang Belakang - Kisah Benar”

  1. Azhar Ahmad on January 17th, 2008 5:49 pm

    Saya juga anak Felda. Terus memandang jauh kehadapan. Sesekali pandang side mirror, tengok belakang…. Kot2 ada yang terlebih terkurang rencah hidup….

  2. noorizam shah on January 17th, 2008 9:48 pm

    semoga anak FELDA terus maju ke hadapan :)

Got something to say?