“Superman” Di denda Buat Kerja Amal Selama 6 bulan
January 16, 2008

Memang tindakannya mencemar imej.
Saya tidak tahu, sebenarnya kisah “Superman” ini sedang hangat dibualkan oleh awek-awek di kilang, di pejabat, di sekolah dan juga di surau. Mana mungkin seorang bekas penyanyi nasyid berkelakuan seperti itu dan tingkah laku yang ‘kureng’ tu dipertontonkan kepada lebih 8000 penonton di stadium dan berjuta lagi di rumah..
Ohh… nasib anda sudah dipalitkan dengan….
Menyanyi, menyanyi juga.. tapi janganlah sampai nak tanggal baju (kalau dibukanya seluar?).. apa nak jadi Faizal Tahir?
Maaflah cakap, kita baru je meraikan tahun baru Islam (Muharram). Rasa-rasanya Faizal pun sama meraikannya.. tetapi ini lah artis, bila dah popular, perasaan teruja ‘terbang dilangit’ sehingga lalai menyebabkan banyak mulut akan berkata.
Dulu kita ada juga bekas kumpulan nasyid yang keluar menyanyi solo, tetapi bekas kumpulan nasyid Mirwana ni saya rasa agak keterlaluan. Janganlah kita terlalu ghairah menghiburkan orang sehingga batas-batas kita orang Melayu, kita lupakan…
Ramai juga yang bertanya dan mempersoalkan tindakan Faizal itu, adakah kerana terlalu asyik menghayati lagunya yang ‘best’ tu sehingga dia lupa ada orang sedang menonton?
Atau dia terpengaruh dengan cerita SmallVille sampai sanggup buka baju tayang badan? Ermm… ini bukan konsert barat yang perlu tayang sana sini… Ini Malaysia.. ohhh.. Malaysia semakin maju agaknya?
Bagi peminat fanatik Faizal, mungkin anda ada pandangan sendiri? Mungkin anda menyokong tindakannya atau sebaliknya?
Yang saya tahu, Faizal Tahir telah didenda oleh 8TV kerana berlakuan demikian dan dia bakal melakukan kerja amal selama 6 bulan. Itu kata 8TV…
Yang nih cerita lagi best…. Pasal Gambar bogel Zarina Heroin Anak Pontianak Siaran slot di TV3…
Ha… apa cerita? Sekarang nih gambar bogel heroin berkenaan bersama teman lelakinya tengah sibuk diedarkan melalui email dan mms. Memang tak sangka, artis zaman sekarang nih memang buruk tingkah laku.. inilah bahana Malaywood kot?
TV3 taknak ambil tindakan ke?
Komen anda?
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
11 Responses to ““Superman” Di denda Buat Kerja Amal Selama 6 bulan”
Got something to say?





















































ha ha.. padan muka dia.. budget dada lawa nk dedah2 kat org.. ha ha
Aduhhh perasan atau tidak, Menteri Penerangan senyap je… Masa zaman Tok Mat dulu, mahu kena gam….
sya tidak berkesempatan pun tengok konsert tu.. ohoho … org kata badan dia tidak la se sasa macam superman tu..
Ada tengok kejap konsert tu…Sampai dia pakai singlet tapi tak berminat nak dengo…
Mungkin Faizal Tahir nak ikut cam rockers luar konon nak jadi Red Hot Chilli Pepper..
Harap ini menjadi pengajaran kepada beliau……..
Zool: dari kenyataan paper, Faizal kata memang dia saja rancang buat macam tu.. tapi tak sangka pula rakyat Malaysia marah
Haha. Mamat nih memang kes syok sendiri la. Takpela. Lantak ko la. Janji tak kacau aku..
Memangla rakyat Malaysia ni marah. Bukan kat dia je. Kalau ada artis wat benda bodo ke, wat itu ke. Memang rakyat malaysia ni pandang ada tak kene je..
Thats why kadang2 aku rasa artist nih susah gak nak cari makan..
Cuba kira, bape ramai penyanyi lelaki yang masih bertahan dari sekarang. Sebut 10 orang je..
kalau pempuan, berlambak..
Erm… kena fikir baik buruk sebelum melakukan sesuatu. Jangan ikut soon sendiri jer
hehe..sekali Superman kena denda la plak..tahla..taktau nak cakap macam mana zaman skang ni..pasal pelakon anak pontianak tu dah makin kecoh dah..aku pun naik meluat tgk cite tu..dah makin merepek
memang bodoh si faizal niih
Buka baju: 8TV sekat royalti Faizal
SHAH ALAM 19 Jan. – Pengurusan stesen 8TV mengambil keputusan menyekat hasil royalti penjualan album dan pertunjukan pentas penyanyi Faizal Tahir yang mencetuskan kontroversi aksi buka bajunya pada konsert stesen televisyen berkenaan, Ahad lepas.
Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, segala pendapatan yang diterima oleh Faizal menerusi syarikat rakaman yang dinaunginya, Monkey Bone Records Sdn. Bhd., serta syarikat pengurusan kerjaya seninya, 8 Unit akan disekat untuk tempoh masa yang akan ditetapkan.
“Tindakan tegas yang diambil oleh 8TV itu sebagai pengajaran terhadap penyanyi itu di samping membuktikan kami memandang serius kesilapan yang dilakukan oleh Faizal,” kata Izham kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Faizal, naib juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama mencetus kontroversi apabila menyanyi sambil membuka baju pada siaran langsung ‘Rockin Birthday Concert’ sempena ulang tahun keempat 8TV pada 13 Januari lalu.
Akibat tindakan itu, 8TV dikenakan tindakan digantung daripada menerbitkan program siaran langsung berbentuk hiburan selama tiga bulan bermula 15 Januari lalu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Tiga rancangan hiburan 8TV yang digantung dari bersiaran secara langsung sepanjang tempoh itu ialah One In A Million 2, American Idol 7 dan Project Superstar .
Selain 8TV yang dikenakan hukuman itu, Faizal juga digantung daripada muncul dalam sebarang program siaran langsung berbentuk hiburan di stesen televisyen itu selama tiga bulan bermula tarikh yang sama.
RTM tidak gam Faizal Tahir
KUALA LUMPUR 19 Jan. – Penyanyi kontroversi yang menanggalkan baju pada konsert stesen televisyen 8TV Ahad lalu, Faizal Tahir tidak akan dihalang untuk tampil mengadakan persembahan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, tindakan menghalang Faizal adalah tidak wajar kerana penyanyi itu telah pun dihukum dengan pengharaman persembahan secara langsungnya di stesen-stesen TV swasta selama tiga bulan.
“Kita tidak menghalang Faizal untuk membuat persembahan di RTM asalkan mematuhi etika yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di stesen 8TV selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari lalu.
Keputusan itu dibuat selepas stesen 8TV gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan semasa konsert siaran langsung ulang tahun keempat stesen televisyen terbabit yang menyaksikan Faizal menyanyi tanpa memakai baju.
Selaras dengan keputusan itu, SKMM juga ‘mengharamkan’ penyanyi terbabit mengadakan persembahan secara langsung di stesen-stesen TV swasta lain juga selama tiga bulan mulai tarikh yang sama.
Ini juga bermakna Faizal terpaksa melupakan hasratnya untuk muncul membawakan dua lagunya yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 22 (AJL 22) terbitan stesen TV3 yang akan disiarkan secara langsung pada 27 Januari ini.