Menulis Kena Ada Mood ke?

January 15, 2008

Nak menulis kena ada mood ke? Boleh tak kalau tulis dalam keadaan mengantuk? Tak pun ketika kepala anda kusut dengan pelbagai masalah? Ada sesiapa boleh menulis? Tererlah abang nih….

Bang, kalau nak tulis blog nih sambil makan cucur udang boleh tak?

Kerut dahi

Nak tulis blog kena rajin. Kenalah rajin membaca, jenguk-jenguk blog kawan-kawan, lihat apa topik-topik yang best. Macam kes ahli politik MIC Johor mati ditembak ke, pasal klip video perlantikan hakim ke, cerita bekas presiden Indonesia kritikal ke, atau cerita pasal suspek penculikan dan pembunuhan kejam arwah adik Nurin Jazlin…

Atau pasal Britney Spears kecoh pasal perebutan anak…

Oh.. itu isu semasa la bang…

Tapi saya nak tulis pasal bagaimana buat duit dengan internet?

Oh.. yang itu ke?

Ok.. Ok… Yang nih kenalah rajin jenguk-jenguk blog Smartusaha ke, Blog Shuth ke, Blog Sham Adsense ke, Blog Labonan ke, Saifusham blog pun ok gak.

Anda boleh baca tip-tip menarik, cuba olah idea tersebut dan jadikan ianya topik untuk blog anda. Anda boleh cerita pasal program affiliate, review ebook, produk dan sebagainya… atau cuba sesekali anda tulis topik mengenai motivasi. Ramai pengguna internet yang sukakan motivasi tau…

Nih saya tengah ada mood nak menulis la nih.. kalau tak… ohoho

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

10 Responses to “Menulis Kena Ada Mood ke?”

  1. afham on January 15th, 2008 11:49 pm

    skills amek mood tulis blog!!
    isap okok sebat lu. =P

  2. Noorizam Shah on January 16th, 2008 10:15 am

    afham: kena kopi panas baru ada mood. :D

  3. smartzul on January 16th, 2008 11:05 am

    Perkara ini akan disentuh berkali-kali dan berulang-ulang oleh sesiapa sahaja sebab penyakit “blogger’s block” ni akan sentiasa wujud dan sesiapa pun akan kena. Penyakit ini walaupun kita ada banyak idea, tapi mood kita pun memainkan peranan juga untuk menulis.

    Tapi bagi saya, once kita tak mampu nak menulis dalam waktu tertentu, berehatlah seketika. Beritahu kepada pembaca blog bahawa kita akan ‘rest’ sekejap daripada menulis. Dengan berehat, otak kembali bertenaga. :)

    ps. Noorizam, minum kopi tak apa. Tapi kalau minum banyak sangat, boleh bagi ’stress’. Jumlah kaffein yg ada di dalam kopi yg diminum tu menentukan kadar ‘rembesan’ satu hormon yg dikenali sebagai cortisol. Semakin banyak ambil kaffein, semakin tinggi hormon tu ‘keluar’. Means, semakin tinggi kadar stress yg akan terhasil. Sedia maklum, stress ni boleh buat kita susah nak berfikir, cari idea… :D

  4. titan on January 16th, 2008 11:26 am

    Erk. Memang kena ada mood. Terutama sekali time dapat duit dari sesuatu program. Memang ada mood baik punye..

  5. Noorizam Shah on January 16th, 2008 11:34 am

    smartzul: yup cukup hanya secawan kopi panas. Dan biasanya saya akan ambil masa untuk membaca apa-apa artikel yang menarik, kemudian saya akan olahkan mengikut pemerhatian dan pandangan saya sendiri.

    Yup, kopi boleh buat kita magrain. :)

  6. Azhar Ahmad on January 16th, 2008 4:27 pm

    Saya menulis ikut mood. Tetapi, selaluny, keinginan melebih mood. Jadinya, ada karya yang banyak typo… Ahahahha.. Apapuh terpulanglah kepada seseorang….

  7. megat on January 17th, 2008 2:33 pm

    Mungkin untuk mendapatkan tulisan yang bagus kena la ada mood yang bagus. Aku menulis hentam aje wakaka

  8. Noorizam Shah on January 17th, 2008 3:11 pm

    Megat: hentam2 pun kena ada isi.. betul?

  9. Ceritera Dunia - Noorizam Shah dot com | Cara Mencari Idea Menulis. on April 6th, 2008 10:04 pm

    […] banyak cara untuk mendapatkan idea. Mungkin kaedah-kaedah berikut adalah sesuai dengan diri […]

  10. alfie on July 10th, 2008 3:26 pm

    Kadang-kadang idea datang tak tentu masa.Masa termenung di bilik termenung pun
    idea boleh datang dengan spontan tanpa dipinta.

Got something to say?