Lanjutan Kes Penculikan Kanak-kanak

January 14, 2008

Malam kelmarin dan awal pagi lalu, pihak polis telah menahan 3 orang lelaki di Kuala Lumpur untuk membantu siasatan polis dalam kes pembunuhan Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin serta beberapa penculikan dan deraan seksual melibatkan sekurang-kurangnya enam kanak-kanak lain.

Saya tahu, pembaca sekelian pasti ternanti-nanti perkembangan terbaru siasatan kes ini. Lebih lagi kes mengenai arwah Adik Nurin Jazlin yang dibunuh kejam tahun lalu.

Apa yang menarik yang boleh saya kongsikan dengan anda hari ini ialah,

2 kes terbaru iaitu Sharlinie Mohd. Nashar dan Nur Fatiha Zaidi berlaku di tempat yang sama iaitu kampung medan. Bagi anda yang pernah melalui kawasan ini pasti tahu bagaimanakah persekitaran kawasannya.

Dengan penahanan ini saya berharap kebuntuan pihak polis mencari klu dan jawapan bakal terungkai kerana dari laporan media mengatakan:

Memang terdapat banyak bangunan-bangunan kosong yang terbiar di Kuala Lumpur yang mungkin menjadi tempat tinggal mereka yang disyaki.

Para penyiasat cuba mendapatkan pengesahan daripada lima mangsa terbabit sama ada bangunan itu tempat mereka ditahan dan menjadi lokasi persembunyian penculik.

Terdapat satu bangunan dimana menjadi lokasi suspek membawa beberapa orang kanak-kanak untuk tujuan penderaan seksual.

Terdapat sebuah pondok pengawal dan sepucuk senapang mainan plastik.

Terdapat sebuah motosikal jenis Modenass Kriss berwarna hitam yang seakan sama di dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dimana seorang lelaki meninggalkan beg berisi mayat Nurin Jazlin di Petaling Jaya tahun lalu.

Biar pun penahanan ini belum membuktikan suspek adalah penculik dan pembunuh sebenar, diharap dengan siasatan ini, pihak polis dapat petunjuk yang baru.

Kita nantikan…

Popularity: 14% [?]

Sphere: Related Content

Comments

8 Responses to “Lanjutan Kes Penculikan Kanak-kanak”

  1. Azhar Ahmad on January 14th, 2008 2:27 pm

    Moga2 kematian Arwah Nurin terbela…

  2. Noorizam Shah on January 14th, 2008 2:44 pm

    Kita doakan persoalan akan terungkai dan terjawab.

  3. reezluv on January 14th, 2008 6:58 pm

    erm..nampaknya macam kes arwah Nurin tu..Al Fatihah….

  4. Norashikin on January 30th, 2008 9:02 am

    moga2 dpt jumpa sharlinie tuuue…………………. sedih bila kehilangan seorang anggota keluarga yang tersayang

  5. kakashi-kun on February 9th, 2008 10:35 pm

    kesiannya..
    harap kes ni blh diselesaikan..

  6. kazama on February 18th, 2008 11:34 pm

    SAYA DOAKAN SEMOGA ADIK SHARLINIE DAPAT DI JUMPAI DENGAN SELAMAT….AMIN…..

  7. fydaz_cute on August 13th, 2008 10:29 am

    apa yg ingin saya ckpkn tlglah vcari pembunuh yg membunuh Allahyarham Adik Nurin.apa yg berlaku kpd Adik Nurin begitu tragis. dan sekarang Adik Sharlinie,….takan kita sebagai rakyat Malaysia hanya mahu menunggu.marilah kita sama2 membantu keluarga2 inimemberi semangat dan bantuan.kepada ibu bapa dan ahli keluaraga Adik Nurin bersabarlah dan treuskan hidup.Kematian Nurin akan terbela.buat ibubapa Adik Sharlinie dan ahli keluarganya, bersabarlah menunggu, mgkin Adik Sharlinie akan balik ke pangkuan keluarga 1hari nanti. Insyallah!!!!!! saya mengharap pihak berkuasa tidak menutup kes ini dan mem-pergiatkan lagi usaha mencari pembunuh2 yang kejam itu.

  8. anti-jenayah on October 21st, 2008 3:13 pm

    ibu bapa skalian tolonglah beri perhatian yang secukupny kepda anak2..kes2 penculikan yg tersebar luas sepatutnya dipandang serius bukan sahaja pihak berkuasa tetapi juga setiap lapisan masyarakt…orang ramai haruslah ringan bahu utk menolong dlm pencarian kanak2 yg hilang..WAHAI ORANG2 YG MENCULIK @ TERLIBAR SAMA,,PASTI AKAN PEMBALASANYA TTP BUKAN SKRANG KERANA API NERAKA SEDANG DIPANASKAN UTK KAMU..TUNGGU SAJA…BIARLAH PIHAK @PENCULIK YG terlibat akn trima hukuman dan dosa yg teramat sangat sehingga ke akhirat nya…tidak akan ada pengampunan bgi mereka yg terlibat dan harap mereka akn nmenerima blsan yang sama keatas 10 keturunan mereka.AMIN

Got something to say?