Menulis Blog: Rajin Menulis atau Terus Menulis?

January 13, 2008

Selamat malam semua,

Ada beberapa orang rakan bertanya bagaimana mereka boleh menjadi seorang penulis yang bagus. Yeahhhh.. untuk menjadi seorang penulis yang bagus bukanlah mudah.

Ada orang kena ada bakat baru boleh jadi penulis yang bagus. Ada orang pula kata tak perlu bakat pun boleh jadi penulis yang bagus.

Ada orang kata nak jadi penulis yang bagus kena rajin membaca. Ada orang kata pula tak membaca pun boleh jadi penulis yang bagus.

Macam-macam orang kata. Masing-masing ada pandangan dan pendapat sendiri. Saya pula? Kesemua pendapat diatas saya menyetujuinya. Anda?

Bagi anda yang punya blog peribadi, mungkin anda mempunyai kekerapan sendiri dalam menulis blog. Ada yang menulis 3 topik sehari. Ada yang menulis 1 topik sehari. Ada yang menulis 1 topik 1 minggu. Ada juga yang menulis topik baru apabila perlu. Semua itu terpulang..

Jadi?

Untuk memiliki blog yang bagus atau menjadi penulis blog yang bagus, adakah anda perlu rajin menulis atau terus menulis?

Rajin menulis dan terus menulis adalah perkara yang berbeza. Pada pendapat saya, rajin menulis merujuk kepada daya usaha anda untuk menulis sesuatu topik. Misalnya anda ingin menyiapkan topik berkenaan panduan menjana pendapatan lumayan di eBay, dan anda menjadi begitu rajin menulis sehingga topik anda siap.

Namun begitu, selepas anda menulis topik berkenaan, anda tidak lagi menulis untuk waktu terdekat mengenai topik tersebut. Jika anda biarkan perkara ini berlaku, kemungkinan idea atau daya kreativiti menulis anda untuk topik itu akan berkarat. Idea anda semakin tidak menjadi dan sekaligus anda tidak mampu menulis topik itu lagi lantaran idea anda sudah hilang.

Perkara ini pasti berlaku kepada penulis-penulis blog biasa.

Jadi anda perlu terus menulis. Untuk melihatkan blog anda dilihat konsisten sepanjang masa. Teruskan menulis. Inilah yang terjadi kepada saya. Beberapa hari tidak menulis diblog telah mengakibatkan pakcik google memberikan saya pagerank 3 sahaja. Tidak tahu kenapa. Mungkin pakcik google sudah mula tidak suka kepada saya? ;P

Nampaknya saya perlulah rajin menulis dan terus menulis untuk menaikkan kembali pagerank saya dan terus dibaca oleh pembaca setia saya.

Jumpa lagi! Nak keluar makan malam!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Comments

8 Responses to “Menulis Blog: Rajin Menulis atau Terus Menulis?”

  1. Azhar Ahmad on January 14th, 2008 2:02 am

    Saya, menulis untuk melepaskan tekanan… Lagi saya tertekan lagi banyak saya menulis… Ahahahah… Blog dah jadi rutin harian….

  2. Noorizam Shah on January 14th, 2008 8:55 am

    Azhar Ahmad: Ya ya! memang saya juga pernah dengar orang yang marah apabila menulis boleh menghasilkan sesuatu yang hebat. lagi-lagi dalam penulisan.

    blog salah satu tempat untuk meluahkan perasaan.

  3. hafiza on January 14th, 2008 11:17 am

    perkongsian yang menarik.yang penting blog kita mestilah dikemaskini selalu

    Regards,
    hafiza
    http://www.eOneNet.com
    Internet Marketing company since 2000

  4. titan on January 14th, 2008 11:49 pm

    Ehm. Kalau nak sesuatu. Kita kene usaha. Nak blog power. tulisan pun mestila power..

  5. smartzul on January 16th, 2008 11:31 am

    Ini petua yang tok guru ke-13 saya bagi untuk jadi blogger yang hebat, hehe..

    1. Banyak membaca. Seboleh mungkin, baca dan baca banyak ilmu yg berkaitan dengan fokus topik anda. Lama kelamaan, anda akan dicop sebagai pakar sebab tahu banyak untuk topik/bidang itu.

    2. Tak perlu menulis hari-hari atau kuantiti yg banyak. Yang sebetulnya ialah KONSISTEN. 1 kali sehari? 2 kali seminggu? Pastikan anda rancang bila anda akan menulis. Malah setiap artikel tu tak perlu panjang pun. Pendek dah memadai.

    3. Belajar cara menulis. Memang kita akan pandai menulis jika kita selalu menulis. TAPI ada jalan short-cut: belajar cara menulis. Mcm mana? Beli buku berkaitan, join seminar atau bengkel. Atau berguru terus dengan yg tahu/pakar.

    4. Fokus. Tak perlu ambil tahu topik yang tak berkaitan dengan fokus anda. Semakin anda fokus, semakin berminat untuk anda menulis. Syaratnya, kena banyak tahu lah.

    5. Motivasi dan semangat. Caranya: Setkan dalam minda anda bahawa, terdapat ratusan dan ribuan orang memerlukan (mahu membaca) tulisan daripada anda. Bukankah sesuatu yang amat membanggakan jika ramai orang ‘termimpi-mimpikan’ tulisan anda? “Apalah si Noorizam nak tulis esok ya? Tak sabar-sabar aku nak membaca artikel terbaru dia..”.

    Hujung minggu ni saya nak pergi menuntut ilmu dengan si guru yang ke014 di atas puncak gunung selatan tanahair. Ilmu yg akan dituntut? Bagaimana menulis artikel bertahap jurus ke-7. *Abaikan cerita karut ini. Hanya sekadar selingan agar komen ini seronok untuk dibaca. :D

    ps. Oh ya, tok guru saya juga berpesan, kalau seseorang tu dah kekal di blog kita, jaga mereka baik-baik. :)

  6. Noorizam Shah on January 16th, 2008 12:30 pm

    zul: tok guru tu punya nasihat memang best.. hehe :D

  7. ainur on November 13th, 2008 1:21 pm

    sye nak tnye macam mana nak tlis klau kita sudah ada blog sendiri..??sye masih blum arif mengenai blog…

  8. ainur on November 13th, 2008 1:22 pm

    tolong bantu sya ya…

Got something to say?