Cari Adik Sharlinie Sampai Jumpa

January 12, 2008

cari_sharlinie.jpg

Sekali lagi rakyat Malaysia, jangan kita jadikan peristiwa tangisan kisah Arwah Adik Nurin Jazlin berulang kembali. Ambil ikhtibar apa yang berlaku. Jangan kita sibuk nak pilihan raya, nak berhimpun sana sini, buat sekatan jalan raya bermalam-malam, marah orang itu, marah orang ini, sedangkan kita hanya tahu menyalahkan itu dan ini.

Ambil poster ini dan edarkan. Tampallah dimana-mana anda mahu, beritahu mereka bahawa kanak-kanak ini mesti dicari. Kepada rakan-rakan blogger, paparkan gambar atau poster adik Sharlinie di sidebar blog anda. Tunjukkan prihatin anda kepada isu ini.

Adik Sharlinie Mohd. Nashar, 5 tahun, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Disyaki diculik pada 11.30 pagi. Ketika dia sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena. Sewaktu kejadian, adik Sharlinie memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

Jika anda ada melihat mana-mana kanak-kanak yang mungkin mukanya seperti kanak-kanak dalam poster di atas, sila laporkan kepada pihak berkuasa. Jangan cuba ambil tindakan berani dengan bersendirian. Beri maklumat dengan lengkap dan jelas. Harap kita menjadi seorang rakyat Malaysia yang prihatin dan penyayang.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Cari Adik Sharlinie Sampai Jumpa”

  1. kita on January 13th, 2008 12:03 pm

    ermm agaknya apa nak jadi dengan negara kita ni erkkkk

  2. ahib0205 on January 13th, 2008 11:00 pm

    makin menjadi2 isu budak ilang nih. risau gak adik aku. huhuhuhu…. cammon pihak berkuasa, u can do it!

  3. Dimana Sharlinie!? -- RUANG MINDA DAN HATI MEGAT on January 14th, 2008 2:55 pm

    […] dengan kejadian malang arwah adik Nurin Jazlin, timbul pula kes baru di ambang tahun baru 2008. Ingatlah hari ini mungkin kejadian ini menimpa adik Sharlinie dan keluarganya, mana tahu kejadian yang sama bakal menimpa adik-adik dan anak-anak […]

Got something to say?