Selamat Tahun Baru 1429H

January 9, 2008

Bersyukur dan Beringatlah!

Selamat tahun baru hijrah kepada semua pembaca muslimin dan muslimat.Bersyukurlah kerana kita masih lagi dikurniakan akal dan tubuh badan yang sihat, dapat menulis dan membaca blog dengan selesa dan aman, dapat menjana pendapatan sampingan di internet tanpa ada sekatan*. Juga beringatlah, akal dan tubuh badan yang sihat pasti akan uzur suatu hari nanti, tidak lagi boleh menulis atau membaca blog selesa dahulu.

Sebagai umat islam, tahun hijrah juga sepatutnya kita meraikan sebagaimana meriahnya sambutan tahun baru masihi. Cuba lihat, anak mudi hari ini meraikan kemeriahan sambutan malam tahun baru menanti tanggal 1hb Januari setiap tahun dengan jeritan, tempikan, menari, menghayati konsert besar-besaran dan menghayati percikan bunga api. Seronok?

Bagaimana seronoknya muda mudi sebelum solat Maghrib membaca doa akhir tahun dan kemudian sehabis solat membaca pula doa awal tahun? Ini tahun baru kita. Kita patut meraikannya. tanpa lolongan, tanpa jeritan, tanpa tempikan dan tanpa percikan bunga api.

Selamat tahun baru!

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “Selamat Tahun Baru 1429H”

  1. Noorizam Shah on January 9th, 2008 4:47 pm

    terima kasih kepada semua pelawat kerana sudi melayari blog ini untuk mendapatkan doa akhir tahun dan awal tahun! Ramai juga yang prihatin dan mengambil perhatian kepada sambutan tahun baru hijrah ni. :)

  2. Afzai Afandi on January 11th, 2008 12:10 am

    Thank u so much for trackbacks to my blog :)

    Semoga kita semua mendapat satu penghijrahan terbaik untuk diri sendiri,keluarga,bangsa,negara dan agama khususnya.

Got something to say?