Bagaimana Saya Boleh KenalPasti Email Yang Sebenar dari Ebay?

January 7, 2008

Lagi kisah phising email…

Topik hari ini berkisar dengan isu keselamatan maklumat peribadi di eBay. Yang pasti, rakan-rakan yang mempunyai akaun di eBay pasti pernah menerima pelbagai email yang bersangkut-paut dengan laman eBay.

Bagaimana anda boleh mengenalpasti samaada email yang anda terima itu adalah email yang sah dari eBay sendiri?

Jika anda ada terima apa-apa email yang mengatakan maklumat itu datangnya dari eBay (lebih-lebih lagi meminta maklumat-maklumat peribadi), maka berhati-hatilah. Email ini mungkin adalah “spoof” atau email penyamaran. Mereka yang mengguna helah ini amat berharap dengan harapan penerima email tersebut (anda) tidak akan perasan bahawa email itu memang sah dari eBay. Dengan menghantar kepada beribu-ribu orang (tidak kira samada mereka memiliki akaun eBay atau tidak), bakal mengklik link dalam isi kandungan emel tersebut.

Bilamana anda dibawa ke link atau laman yang baru, mereka menyediakan ruangan maklumat peribadi seperti katalaluan, kad pengenalan atau nombor kad kredit/debit.
Panduan Mengenalpasti email dari eBay!

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya eBay tidak langsung atau tidak akan meminta anda untuk mengemaskini nombor akaun, katalaluan atau apa-apa maklumat sensitif anda melalui email. Jika benar sekali pun, anda akan melihat di dalam akaun eBay anda terdapat mesej dari eBay (lihat dalam My Messages box).

Jika anda berasa sangsi dengan email tersebut, sila buka broswer lain dan taip www.ebay.com.my dan log masuk. Jika anda tidak menjumpai mesej yang sama seperti di dalam email anda, ini bermakna email yang anda perolehi itu adalah spoof email.

Rupa Spoof Email?

Spoof email termasuklah email yang menggunakan logo eBay dan juga alamat email eBay (sebagai penghantar) seperti contoh:

From: support@ebay.com

Email tersebut mungkin seakan-akan email sebenar eBay termasuklah memberi notis peringatan mengenai masalah yang berkaitan dengan akaun anda, ataupun menawar anda untuk menjadi seorang eBay PowerSeller.
Mari kenal pasti krateria Spoof email ini.

* Meminta anda maklumat-maklumat sulit. Contoh “Please update your credit card number”

* Memulakan dengan kata-kata aluan. Contoh :Dear eBay member”

* Memberikan info atau menggambarkan keadaan cemas ya memerlukan anda mengambil tindakan cepat tanpa berfikir panjang. Contoh “Ignoring this message will result a suspension of your account within 24 hours.”

* Menggunakan ‘contains links’ ke laman web mereka dengan cara menutup link tersebut menggunakan link yang sebenar. Contoh spoof web link “http://signin-ebay.com

 Apa yang perlu anda lakukan jika menerima email berkrateria seperti di atas?

Jangan buat lawak untuk klik apa-apa link dalam email ini. Email mengarut ini bertujuan mengumpul maklumat peribadi anda untuk tujuan jenayah. Jika anda mendapat email seperti ini, pastikan anda mengambil tindakan dengan mem’forward’kan email tersebut ke spoof@ebay.com. Pihak eBay akan menyemak email tersebut dan akan memberitahu anda jika mendapati email itu memang email  yang dihantar oleh eBay.

Peringatan: Untuk memudahkan eBay melakukan sebarang siasatan laporan anda, ada perlu foward emal tersebut tanpa mengubah apa-apa maklumat darinya.

P.s: Untuk tempahan ebook panduan menjana $$$ di eBay sila ke laman KuasaLelong.com

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “Bagaimana Saya Boleh KenalPasti Email Yang Sebenar dari Ebay?”

  1. titan on January 7th, 2008 11:09 pm

    Actually, senang sangat nak detect. Email diorang jauh sangat berbeza dgn email e-bay yang betul.

  2. zaki blogjer on January 8th, 2008 10:12 am

    ebay atau paypal selalnya gunakan template standard diorang. Dan lagi satu diorang tak penah mintak update kita nye id dgn URL.

Got something to say?