Orang Kata Niche, Anda Tahu Ke Apa Itu Niche?

January 4, 2008

Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda mengenai NICHE. Anda pernah dengar perkataan niche?

Hari ini topik sedikit ringkas. Jadi terus membaca

1. Apa itu pasaran niche?
Pasaran niche atau juga dikenali sebagai pasaran tertumpu merupakan sebuah segmen pasaran yang meliputi satu golongan tertentu di mana mereka berkongsi minat, hobi, atau kemahuan yang sama. Mereka juga boleh ditakrifkan sebagai satu kumpulan di dalam sesuatu kelompok geografi.

Contoh disini adalah:

‘tips belajar’ - TIDAK niche

‘tips belajar untuk pelajar universiti’ - niche

‘tips belajar di rumah untuk pelajar universiti’ - sub-niche

Anda akan mempelajari lebih lanjut mengenai Niche di dalam Panduan TeknikNiche ini!

2. Bagaimana untuk menentukan sesuatu pasaran niche itu lumayan atau tidak?

Untuk mengetahui sesuatu pasaran niche itu menguntungkan atau tidak, anda perlu menentukan samada terdapat transaksi jual beli telah berlaku di dalam pasaran niche ataupun tidak.

Jika terdapat sebarang transaksi jual beli telah berlaku di dalam pasaran niche tersebut, maka pasaran tersebut ditafsirkan sebagai
pasaran lumayan.

Popularity: 2% [?]

Sphere: Related Content

Comments

2 Responses to “Orang Kata Niche, Anda Tahu Ke Apa Itu Niche?”

  1. titan on January 4th, 2008 9:43 am

    Yap. SAmpai ada orang buat duit untuk teknik niche dan sediakan niche untuk orang lain. Wa..macam2 cara nk wat duit skrg.

  2. megat on January 4th, 2008 5:01 pm

    Uhuhu masih tercari-cari teknik niche ini. Masih banyak perlu aku belajar.

Got something to say?