Alahai - Sayalah Orangnya Dalam Pita *Ek*s Tu!

January 1, 2008

Aduhai pembaca sekelian, baru je bermula tahun 2008, dah ada kisah panas untuk ditulis. Tetapi kisah ini mungkin sedikit memalukan kerana kisah ini memang diluar jangka.

Kisah aksi hebat golongan VVIP beraksi ranjang, kemudian dirakam dan videonya diedar secara sulit! Penghujung tahun lalu ada juga dengar khabar angin bahawa satu pita rakaman aksi lucah atau rancang seorang pemimpin tertinggi dalam parti politik Malaysia bakal didedahkan, tetapi lain pula ceritanya kerana individu yang dimaksudkan itu diluar tekaan orang ramai.

Saya pula tak sangka dalam media massa hari ini mendedahkan nama Chua Soi Lek adalah individu yang beraksi seks sepertimana yang dihebohkan beberapa minggu lalu.

Dan pengakuan itu juga diumumkan sendiri oleh Menteri Kesihatan tersebut dalam sidang media yang diadakan. Ohhh.. apalah nasib, bila dah kantoi. Yang pasti reputasi sebagai seorang pemimpin pasti akan tercalar. Mana tidaknya, rakyat inginkan seorang pemimpin yang bersih dari segala skandal dan rasuah.

Mungkin ini jerat permainan politik. Mungkin juga ini adalah padah kepada mereka yang suka guna pakai pepatah “pandai makan, pandai simpan”. Orang lain pula guna pepatah “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”.


Video: LembahKlang.com dan Malaysiakini.com

Pandangan peribadi saya, jika pemimpin seperti ini tidak menunjukkan contoh yang baik, buat apa lagi kita sokong? Noktah!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Comments

3 Responses to “Alahai - Sayalah Orangnya Dalam Pita *Ek*s Tu!”

  1. afham on January 2nd, 2008 1:26 am

    aku benci sape wat tue..
    lagi pun die cine..biar la die nk main ke??
    ape ke??
    argh!!
    tu pun nk kaco!!

  2. titan on January 2nd, 2008 9:34 am

    Senang cakap la. Susah dah mamat cina ni nak keje nanti. Orang bawahan dan rakyat jelata dan pandang serong dah. Bukan serong lagi dah. Mungkin dah tak nak pandang langsung.

    Siap mengaku lagi tu. Awat wat lagu ni..

    Paper berita harian. Punyela besau gamba dia. bini dia ok je. Ai, macam dah tau lama je..

    Apapun. Dia dah buat silap besar sebab mengaku dan masuk TV plak tu..

  3. Ritz on January 2nd, 2008 10:16 am

    Menteri kesihatan tetapi perbuatannya tidak sihat..

Got something to say?