Interview Saya dengan Zul SkorCareer
January 30, 2008
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana diberikan peluang dan kelapangan masa mengerjakan pekerjaan dan tugasan. Walaupun sibuk, saya harus juga membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
Sejak saya berkahwin, diakui rezeki saya sentiasa murah. Dengan minat yang mendalam menulis di blog, menjalankan perniagaan di internet saya sudah merasai hasilnya. Ada juga beberapa orang rakan saya masih lagi terpinga-pinga bagaimana saya menghasilkan ‘duit’ di internet. Ada yang beranggap saya menyertai e-Multilevel marketing sehingga saya mampu duduk bersenang-lenang hasil dari ‘kak-kaki’ yang saya pasang untuk meraih duit atas angin.
Maaf kawan, saya tidak menyertai program seperti yang anda maksudkan itu, walaupun anda sentiasa cuba untuk menbawa saya masuk ke dalam program ‘rahsia‘ yang dikatakan begitu popular semasa kini. Owhh.. saya masih lagi belum berminat dengan itu.
Beberapa hari lalu, seorang blogger aktif telah menghantar email kepada saya dan menyatakan rasa minat beliau untuk menemurah saya. Sebenarnya hampir 3 tahun juga saya tidak ditemuramah.
Kali terakhir pun, waktu DJ Radio Malaysia Negeri Sembilan menemubual saya secara live bagi slot usahawan muda.
Alhamdulillah interview ini telah pun selesai. Jika anda ingin ketahui apakah soalan-soalan Zul Skorcareer tanyakan kepada saya, apakata anda klik link ini dan singgah sebentar di blognya. ![]()
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentLoloq Stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat koma
January 30, 2008

Anda kenal Rosli Khamis? Tak kenal? Ok, kenal tak nama Loloq?
Boleh nak dikatakan majoriti rakyat Malaysia kenal dengan nama Loloq. Penulis lirik lagu terkemuka tanahair. Semalam akhbar melaporkan Loloq telah koma dan dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar Damansara Petaling Jaya.
Loloq nih popular sebagai seorang penulis lirik dan pelakon. Antara artis yang pernah mendapatkan khidmatnya adalah M.Nasir, Mawi, Farahdiya, Hattan, Wings, Search dan ramai lagi.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Update: Loloq disahkan meninggal dunia pada jam 1.37 petang tadi akibat pendarahan otak Al-fatihah untuk arwah dan takziah kepada keluarga Allahyarham Rosli Khamis.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentDari kerja makan gaji, menjadi pemilik perniagaan
January 29, 2008
Oleh: Irfan Khairi
Ramai antara kita masih bekerja makan gaji, dan merancang untuk memulakan perniagaan. Ianya sering terjadi di mana, perniagaan yang akan dimulakan adalah berkaitan dengan kerja makan gaji kini.
Ianya tidak salah, malah, ianya di syorkan oleh kerana kerja yang anda lakukan kini telah mengajar anda dengan ilmu dan pengalaman untuk memulakan perniagaan yang berkaitan. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang setiausaha, satu hari nanti mungkin anda boleh memulakan perniagaan setiausaha syarikat. Sekiranya anda seorang guru sekolah, satu hari nanti mungkin anda boleh menubuhkan sebuah pusat tuisyen. Sekiranya anda seorang jurugambar bersama sebuah syarikat, anda juga boleh memulakan perniagaan fotografi profesional satu hari nanti.
Gunakan kerja anda kini sebagai batu loncatan untuk memulakan perniagaan. Berikut adalah 4 tips persiapan anda sekiranya anda kini bekerja makan gaji dan merancang untuk memulakan perniagaan yang berkaitan.
1: Lakukan penyelidikan
=======================
Sementara mengumpul ilmu dan pengalaman ketika kerja, pelajari mengenai industri anda. Rujuk dan lakukan penyelidikan tentang industri anda dengan membaca majalah yang berkaitan, melungsuri Internet dan juga membaca buku-buku yang berkaitan dengan industri anda.
Ilmu yang anda kumpulkan bukan sahaja akan memantapkan anda di tempat kerja, ia juga akan banyak membantu apabila anda memulakan perniagaan kelak. Sering kali terjadi, apabila ilmu anda bertambah dan pengalaman bertambah, ia menyebabkan gaji anda juga bertambah ketika kerja makan gaji!
Selidik bidang yang anda ingin ceburi sebelum anda membelanjakan apa-apa modal untuk memulakan perniagaan tersebut. Penyelidikan pada masa masih bekerja adalah amat penting supaya ia menyediakan kita sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang tidak memberi pulangan yang tetap!
2: Prinsip 10/90
================
Ianya dikatakan, sekiranya anda mengambil masa 10% untuk menyelidik dan mendalami perniagaan yang bakal anda lakukan, anda akan menjimat 90% masa dan wang yang mungkin anda kehilangan ketika memulakan perniagaan!
Saya pernah bertanyakan kepada jutawan Azizi Ali, pernahkah beliau melakukan kesilapan dalam perniagaan? Jawabnya pernah! pada awal penglibatannya dalam perniagaan, beliau memulakan kedai muzik oleh kerana minatnya dalam muzik.
Tetapi, perniagaan tersebut gagal! oleh kerana, beliau tidak melakukan “homework” dalam bidang “perniagaan berbentuk muzik”
Tidak semestinya sekiranya anda mempunyai kepakaran atau minat dalam sesuatu bidang, ia adalah resepi kejayaan perniagaan tersebut. Ia hanyalah satu permulaan oleh kerana anda masih perlu mempelajari selok belok sesuatu perniagaan itu.
Luangkan 10% daripada masa anda untuk lakukan “homework” supaya anda dapat menjimat 90% masa dan modal perniagaan anda!
3: Cari masalah dan selesaikannya
=================================
Ketika bekerja makan gaji, mungkin anda ketemui beberapa masalah daripada pelanggan yang tidak dapat dipenuhi tempat kerja anda. Sering ingat apabila ingin memulakan perniagaan bahawa, “perniagaan adalah penyelesaian kepada masalah”
Pengalaman yang anda ceburi akan mendedahkan anda kepada berbagai masalah. Masalah tersebutlah yang akan menjadi satu peluang perniagaan untuk anda.
Contohnya, sekiranya anda seorang guru sekolah, mungkin anda terjumpa masalah bahawa sesetengah pelajar memerlukan cara pendekatan mengajar yang lebih unik. Anda boleh mencipta cara pendekatan mengajar tersebut dan mulakan kelas bimbingan untuk pelajar-pelajar yang memerlukannya.
4: Bootstrap
============
Kaedah memulakan perniagaan kegemaran saya adalah bootstrap- iaitu, memulakan perniagaan kecil menggunakan wang sendiri, kemudian, perbesarkan perniagaan tersebut dengan keuntungan yang diperolehi.
Anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan. Kerja makan gaji anda kini merupakan satu platform untuk mengumpul modal.
Apabila cukup wang, anda boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan dahulu. Ini akan memberi pengalaman kepada anda sedikit demi sedikit dalam mengembangkan perniagaan.
Mulai sekarang, lakukan simpanan khas untuk dana memulakan perniagaan anda. Wang ini adalah bertujuan khusus untuk memulakan perniagaan, dan bukan untuk simpanan peribadi. Anda perlu sentiasa berhati-hati dan mengumpul seberapa banyak ilmu perniagaan yang boleh oleh kerana, tanpa ilmu perniagaan yang betul, bukan sahaja wang simpanan anda dari makan gaji akan rugi, tetapi juga masa yang anda telah luangkan ketika makan gaji untuk mengumpulkan wang tersebut juga akan rugi!
Hanya satu sahaja cara untuk mencapai kejayaan- iaitu mencuba. 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, sekiranya anda bersedia dalam semua aspek, maka, apa kata anda cuba melibatkan diri anda dalam perniagaan.
P.s: Post ini ditulis oleh Irfan Khairi dan ianya dihantar kepada saya melalui email. Post ini saya anggap adalah untuk motivasi saya sendiri dan mungkin juga untuk anda. Selamat membaca.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentPanduan Ebay: Apa itu FeedBack?
January 29, 2008
Semalam ada seorang pemanggil dari luar negara menghubungi saya. Dari suaranya saya berasakan beliau memang seorang yang bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam perniagaan di eBay.
Semasa perbulanan kami, belum bertanyakan bagaimana beliau boleh bermula sebagai seorang penjual.
Saya kata, bermulalah dengan menjadi seorang pembeli. Dengan menjadi seorang pembeli, anda mudah mengumpul rating/feedback.
Kemudian, dia bertanya.. apa itu feedback? Bagaimana nak dapat feedback tu?

Apabila anda membuat pembelian di Ebay, anda akan melalui langkah-langkah seperti
1. Anda berjaya membuat pembelian
2. Anda menerima invoice dari penjual/ menghubungi penjual untuk mendapatkan kaedah pembayaran
3. Anda membuat pembayaran
4. Penjual menghantar barang
5. Anda terima barang
6. Anda memberi feedback/rating kepada penjual
7. Penjual memberi feedback/rating kepada anda.
Semakin banyak anda mengumpul rating, semakin tinggi pembeli/penjual ingin berurus niaga dengan anda. Mudahkan?
P.s: Sudahkah anda memiliki akaun ebay secara percuma? Jika belum, sila daftar disini
P.p.s: Dapatkan panduan membeli dan menjual serta kaut keuntungan dari transaksi lumayan di Ebay setiap hari di sini
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentTawaran Ekslusif Subscriber Blog NoorizamShah.com
January 26, 2008

*Rebut hadiah berjumlah RM530.00*
Tajuk
Cabaran Affiliate “Kuasa Lelong”
Objektif
Untuk menambahkan jualan affiliate bagi ebook “Kuasa Lelong” (KL) disamping memberi insentif yang menarik bagi mereka yang benar-benar mempromosikan ebook ini.
Masa
26hb Januari - 26 Febuari (1 bulan)
Cara Untuk Menyertai
1) Mesti menjadi subscriber blog NoorizamShah.com <-- klik sini, percuma je!
2) Daftar sebagai affiliate KL di Program Affiliate KuasaLelong.Com (daftar disini - elite.noorizamshah.com)
3) Dapatkan password di email anda selepas pendaftaran
4) Login ke Cpanel >> Klik campaign >> Activekan Campign (kalau tak aktifkan anda tidak layak) >> Update profile anda (mesti masukkan no akaun bank anda) >> Pilih Banner
5) Promosikan link affiliate KL anda dengan cara yang betul dan beretika. Siapa langgar peraturan, saya reject!
Syarat2 Penyertaan
1) Terbuka kepada semua subscriber blog Noorizam Shah (dot) com.
2) Boleh mempromosikan link anda menggunakan apa sahaja cara yang bersesuaian dan gunalah strategi anda bagaimana nak dapatkan hadiah utama ini. (SPAM tidak dibenarkan).
3) Anda tidak dibenarkan mempromosikan URL affiliate anda di blog-blog peserta lain yang membuat review KL. Contoh anda mempromosikan link affiliate anda di blog Shahraduan. Tindakan ini adalah tidak sopan dan menunjukkan anda tidak profesional. Jika anda didapati melakukannya, kami tanpa segan silu akan membatalkan penyertaan anda dan memadamkan nama anda daripada senarai affiliate kami.
4) Anda dibenarkan membuat tawaran tersendiri untuk mempromosikan affiliate link anda. Contohnya menawarkan bonus anda sekiranya mereka mendaftar melalui affiliate link anda.
Kaedah Menentukan Pemenang
1) Top Affiliate Yang Berjaya mendapat jualan paling banyak sepanjang sehingga tarikh tutup di kira sebagai pemenang dan diberi gelaran “Top Affiliate KL”
2) Kedudukan semasa King Of Affiliate KL akan dikemaskini di dalam post ini dari masa ke semasa. Sila lihat komen terbaru untuk ranking ini.
Hadiah
1) Hadiah Pertama – RM100 + Produk Misteri (RM1++) = RM2++ (nilai)
2) Hadiah Kedua – RM70 + Produk Misteri (RM1++) = RM2++ (nilai)
3) Hadiah Ketiga – RM30 + Produk Misteri (RM1++) = RM1++ (nilai)
4) Hadiah Keempat - RM20
5) Hadiah Kelima - RM10
Sekiranya ada yang ingin menyumbang hadiah untuk cabaran ini, sila hubungi saya di noorizamshah.com/contact
Akhir sekali, CABARAN BERMULA SEKARANG!
Semoga berjaya!
- Noorizam Shah
ps. Kepada yang berjaya dan tidak berjaya, anda akan tetap dibayar setiap komisyen yang anda lakukan pada 26hb Mac. Cabaran ini bertujuan memberi peluang untuk anda menghasilkan pendapatan dengan internet!
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentEbook KuasaLelong Merentas Dunia!
January 26, 2008

Ini berita baik bagi saya. Syukur alhamdulillah, ilmu yang saya ingin kongsikan dengan mereka yang bersungguh-sungguh untuk menjana pendapatan di eBay telah disambut baik sehingga merentasi dunia.
Seingat saya lagi, saya pernah membeli beberapa buah ebook berbahasa Inggeris yang berceritakan panduan-panduan menjana pendapatan di EBay. Memang hakikatnya sebelum saya memiliki panduan ini, saya langsung tidak tahu bagaimana hendak menghasilkan jualan di eBay.
Menerusi panduan yang diberikan berserta dengan tunjuk ajar beberapa orang power seller luarnegara, saya mencuba-gagal (test and error) sehinggalah saya mendapat beberapa jawapan bagaimana menghasilkan pendapatan di sana.
Saya pernah menerima amaran dari pihak eBay kerana melanggar beberapa TOS dan juga pernah dikenakan VERO untuk pertama kalinya ketika dulu. Jadi, dengan melalui kesalahan ini, saya dapat mempelajari apa yang perlu dan tidak perlu saya lakukan ketika berurusniaga di eBay.
Sekarang berniaga di eBay semakin mudah, lagi-lagi market Malaysia semakin besar dengan pengunjung dan ahli baru.
Syukur dengan bantuan power seller luar negara ini (namanya tak boleh disebut - dirahsiakan), saya berjaya menghasilkan pendapatan yang lumayan. Saya tidak boleh dedahkan kepada umum (nanti ada pula yang potong jalan) hehehe.. tetapi dengan panduan yang saya tulis dan dengan bantuan saya, jika diizinkan Allah, anda juga boleh melakukan seperti saya.
Dan semalam saya telah terima satu panggilan dari luar negara. Nak tahu dari mana?
Pemanggil tu adalah seorang rakyat Malaysia yang berada di Ireland!
Saya biasa mempunyai pembeli dari Singapura, Brunei, Indonesia, Australia, Amerika dan UK.. tetapi saya amat terharu apabila ada yang sudi mendail nombor telefon bimbit saya dan buat panggilan jauh dari sana!
Lihat!
Bagaimana orang lain bersungguh-sungguh nak buat duit, tapi orang kita pula dengan mudah dok campakkan duit dalam program merapu yang ada kat internet sekarang nih (korang paham2 jela apa program merapu tu!)
Dalam ebook saya ini, saya terangkan beberapa perkara yang kebiasaannya orang terlepas pandang yang mengakibatkan mereka telah membuang banyak masa. sepatutnya dengan mengikut panduan ini, mereka sebenarnya telah menjimatkan masa mereka seterusnya menerima hasil keuntungan berlipat ganda di eBay
Nota: kawan-kawan sekelian, transaksi kat eBay melebihi 2 juta sehari dan setiap saat ada je produk bertukar tangan. Takkanlah kita taknak rebut peluang ni? ohohoho memang anda rugilah macam tu..
Nanti saya sambung lagi…
P.s: Sebelum saya teruskan catatan saya ini, apakata anda luangkan masa masuk ke web kuasalelong.com dan baca setiap baris ayat yang saya tulis, kemudian buat keputusan sama ada anda wajar atau tidak keluarkan sedikit wang untuk pelaburan manfaat ini!
P.p.s: EBAY bukan skim cepat kaya yang menjanjikan anda pendapatan BERJUTA RINGGIT dengan mudah! ![]()
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content









