Tahun 2007 DiTinggalkan Dengan Kesuburan Blog!
December 31, 2007
Jarum jam berdetik setiap saat, menghitung waktu untuk beralih ke tahun 2008. Setiap detik dan pusingan malam dan siang, pelbagai peristiwa berlaku di seluruh dunia. Waktu itu juga, blog terus subur 24 jam. Serata dunia sedang menulis blog, menghantar post, membaca isi kandungan, memberi komen dan memberi undian!
Saya sendiri melihat, terutama di blog bertuah ini ramai pembaca mula menyedari kewujudan blog dan menghargainya. Dengan itu, banyak blog-blog baru diwujudkan sehingga golongan korporat dan politik juga menggunakan blog sebagai salah satu medium untuk merapatkan diri dengan orang lain.
Kerajaan juga turut menyuarakan pandangan mereka mengenai kuasa blog dalam pemikiran masyarakat. Infomasi tanpa batas ini mampu dicapai oleh sesiapa sahaja, baik kanak-kanak berusia 12 tahun ataupun warga emas yang berumur 82 tahun! Malah di luar negara, warga emas ramai yang menulis blog!
Pendedahan demi pendedahan mengenai manfaat blog telah memberi impak yang positif terutama kepada golongan muda di Malaysia. Program-program menjana pendapatan melalui blog telah menarik minat ramai pihak untuk memiliki blog sendiri.
Sebagaimana saya menggunakan blog untuk menjana pendapatan sampingan, begitulah juga rakan-rakan blogger saya yang lain. Saya kagum melihat kesungguhan mereka untuk memiliki blog kemudian menjana wang melaluinya. Bukan mudah, jika tidak ada kesungguhan yang tinggi. Orang kata, nak seribu daya, taknak seribu dalih.
Untuk tahun 2008 yang bakal menjelma, kepada anda yang baru sahaja memiliki laman blog sendiri, diharap dapat mempertingkatkan lagi usaha untuk menggandakan peluang memperolehi wang melaluinya.
Rahsia ini saya bongkarkan kepada anda:
Jangan jemu menulis. Tulis. tulis dan terus menulis. Kemudian promosi, promosi, promosi. InsyaAllah peluang memperolehi wang yang pertama melalui blog akan dapat dinikmati. Tiada yang mustahil untuk melakukannya.
Tetapi, jangan pula anda beranggapan untuk menjadi seorang blogger atau memiliki blog yang hebat dan disegani, anda tidak perlu melaburkan wang untuk itu. Jangan beranggapan dengan memiliki blog secara percuma, melakukan teknik-teknik secara percuma, anda bakal menikmati kekayaan yang berganda-ganda. Itu tidak mungkin. Jika anda ada mengeluarkan wang walaupun RM1, itu juga adalah modal anda. Jadi tidak ada istilah percuma untuk menjadi blogger yang berjaya.
Anda tetap ada 2 pilihan, jika anda ingin yang percuma dan memperoleh pendapatan ala kadar, anda boleh search segala isi kandungan dalam blog ini untuk mendapatkan infomasi secara percuma. Sila guna kotak search box ya!
Dan jika anda ingin melihat kemajuan dalam diri anda dan bersedia melaburkan wang anda untuk blog, sila klik sini. yang pasti, usaha anda tidak akan sia-sia! percayalah!
Selamat tahun baru 2008!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentComments
8 Responses to “Tahun 2007 DiTinggalkan Dengan Kesuburan Blog!”
Got something to say?





















































Benar, memang nampak impak besar penerimaan orang kita terhadap penulisan blog! Mereka sudah pandai menilai sejauh mana kewujudan menulis blog
Maka makin mudah untuk kita berkongsi cerita disamping mempunyai margin besar dalam internet marketing
Selamat Tahun Baru Norizam.
Saya salah seorang yang sering datang mencari ilmu di blog anda. Semuga blog ini bertambah cemerlang pada tahun 2008 nanti.
Jangan lupa, saya menjemput NorizamShah Dot Com menyertai cabaran saya yang akan saya lancarkan dalam sehari dua lagi.
Nanti saya akan hubungi anda melalui email.
Salam kejayaan. Selamat tinggal 2007 yang penuh kenangan suka dan duka. Wassalam
selamat tahun baru jugak dari bizmalaya…teruskan usaha kerana saya pelawat setia norizam
Betul tu zamm..
Menulislah tanpa jemu…
Pasti akan dapat sesuatu..
Megat, JimieRay, Bizmalaya, zool: Selamat tahun baru semua! semoga kalian sukses dalam apa juga kerjaya!
Selagi aku ada daya untuk menaip dan melakarkan sesuatu di blog aku. Aku akan cuba buat. Sesungguhnya. Kudrat aku ini hanya pinjaman sahaja..
apapun. Selamat tahu baru noorizamshah!
Dari titan
Earncent.com
Selamat tahun baru Noorizam
Azwanhadzree: selamat tahun baru bro!