Menarik Di Blog Sepanjang 2007!
December 29, 2007
Ahamdulillah tinggal beberapa hari lagi, tahun 2007 akan melabuhkan tirainya. Banyak peristiwa menarik sepanjang saya menulis di blog ini. Ada kisah gembira, ada kisah duka. Semalam, diari harian saya dihabiskan dengan menonton siaran secara langsung One In A Million live dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Saya pergi pun bukan kerana nak vote sapa-sapa, sebaliknya nak merasai pengalaman melihat siaran langsung diadakan. Jadi penonton di tempat duduk dalam studio. Bagusnya.
Berbalik kepada kisah menarik di Blog ini, saya ingin mengimbas kembali 10 carta teratas topik-topik yang menarik perhatian pembaca saya. Berikut adalah 10 carta terpanas sepanjang tahun 2007:
1. Kisah pembunuhan adik Nurin Jazlin menjadi topik paling hangat sekali dan ianya dijengah sebanyak 26152 kali. Topik “Sah itu Mayat Nurin Jazlin” terus dilihat sehingga hari ini.
2. Topik “Tribute to Arwah Adik Nuril @ Nurin Jazlin” juga menjadi tumpuan pembaca blog ini. Ditopik ini, saya tulis sedikit sajak ditujukan kepada arwah dan koleksi video dari Youtube, lagu luahan rasa rakyat Malaysia.
3. Kisah kontroversi seorang pelajar warganegara Malaysia yang menuntut diluar negara menarik minat pelbagai pihak terutama mereka yang mencari video nyanyian pelajar tersebut, malah sehingga kini ianya masih lagi dicari dan dilihat oleh pembaca blog ini.
4. Kisah skim cepat kaya berteraskan produk penjimatan minyak atas jenama terkenal Stromberg menjadikan kisah ini antara yang terpanas sepanjang 2007. Topik ini ditulis ketika saat ‘khabar angin’ mengatakan pejabat Syarikat Jai Network yang mengendalikan program melahirkan ‘jutawan’ dalam masa singkat diserbu Bank Negara Malaysia. Kenyataan itu menjadi realiti apabila kisah ini menjadi bualan hangat di kedai kopi dan forum-forum Malaysia.
5. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, sentiasa menjadi individu yang dicari di internet. Beliau adalah seorang yang terkenal dengan sikap rendah diri dan suka menolong orang. Dengan penubuhan Yayasan Al-Bukhary, banyak anak-anak yang tidak dapat belajar dengan baik diberi pendidikan secukupnya. Namanya terus mekar disini.
6. Ingat lagi dengan topik “Blog Pasal Kambing pun jadi”? Ya! topik ini telah banyak membantu mem’popular’kan lagi blog Noorizam Shah (dot) com. Tidak disangka, dengan menulis topik mengenai kambing, traffik ke blog ini terus menerima kunjungan dari mereka yang inginkan infomasi mengenai haiwan ternakan ini. Baru saya sedar, rupanya infomasi mengenai kambing di internet adalah tinggi. Lebih-lebih lagi kambing baka Boer ini semakin popular!
Banyak lagi kalau nak disenaraikan topik-topik panas disini. Yang pasti banyak kenangan manis dan pahit disulam bersama. Mungkin juga anda boleh menulis sedikit apakah yang menarik yang boleh dikongsikan bersama pembaca anda sepanjang 2007 ini. Yang pasti, 6 topik di atas adalah antara topik yang paling banyak sekali dijengah pembaca sepanjang 2007! Nantikan topik-topik panas di tahun 2008!
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentComments
7 Responses to “Menarik Di Blog Sepanjang 2007!”
Got something to say?





















































Kebanyakan artikel yang menarik di blog Noorizam ni dan mendapat traffic yang tinggi adalah tentang isu semasa.
Betul tak Noorizam?
Pencarian keyword di search engine dicetuskan daripada keyword yang wujud di media massa.
Lain-lain kisah sepanjang 2007 yang menarik perhatian saya:
1. Angkawasan Pertama Malaysia sampai di ISS.
2. Pembunuhan tragis Altantuya
3. Kemalangan Bas Ekspres meragut nyawa 20 orang.
4. Perhimpunan BERSIH
5. Perhimpunan HINDRAF
6. Skim Pelaburan Haram diharam Kerajaan.
7. Ebay Malaysia kini berwajah baru
dan banyak lagi…
anda ada kisah yang menarik? kongsikanlah!
Fazli: Yea.. keyword-keyword boleh dicetuskan dari keyword-keyword popular isu semasa. Saya pernah cuba guna keyword david beckham, emma watson ketika dulu dan percayakah jika saya katakan keyword-keyword ini mampu menarik traffik dari luar negara seperti sepanyol, mexico, USA dan lain-lain.
Walaupun tidak banyak, kalau saya cuba menggunakan keyword-keyword popular berulang kali, pasti google akan meng’index blog ini terus ke top 10.
Jadi kepada player adsense, boleh cuba cari keyword-keyword popular di internet.
Salah satu research keyword boleh di cuba di sini: http://freekeywords.wordtracker.com/
Dari entri di atas dapat ditafsirkan bahawa isu-isu semasa adalah salah satu faktor menarik trafik ke blog.
Bermakna kita kena la sensitif dengan isu-isu semasa.
aku rasa macam-macam la. Lum lagi aku selongkar tahun 2005 dgn 2006. Apapun. Blog ni memang best! Penuh dengan isu-isu yg menarik dan menolak hati..hehe
Titan: terima banget sebab sentiasa beri pendapat dan komen kat blog ini. Aku lihat hang pun dah terer berblog dan make money dengan cara betul melalui blog! tahniah Titan! selamat maju jaya dari aku! hehehe
yeagh.. bro, apa pun this site dh ada visitor tetap!
so 2008 ni terus maju ke depan. jom sama2…