Peluang Buat Duit Lagi Ke?
December 27, 2007
Amacam? dah tak tahan sangat ke dengan peluang buat duit? Asyik buat duit jer, bila nak kaya nih? Lantaklah!
Orang Malaysia kita dah semakin hebat. Macam-macam peluang buat duit di internet diberikan kepada mereka yang suka merebut peluang. Ada yang tawar sekecil-kecil amount macam Advertlets.com, Ada yang tawarkan sedikit lumayan seperti Nuffnang, dan ada pula yang tawarkan pulangan yang tak masuk akal seperti program e-multilevel marketing versi tipah tertipu!
Rancak punya rancak bercerita, bulan lepas laman GrabMyAds dilancarkan dan bulan ini pula Nufflets hasil kerja anak Malaysia!
Apa itu Nufflets?
Untuk pengetahuan kalian, Nufflets ini merupakan Ads Network yang memberikan anda pendapatan melalui penyertaan anda yang tanpa bayaran tu. Jika Advertlets dan Nuffnang mensasarkan pengguna Malaysia dan Singapura, Nufflets pula ingin membuka ruang kepada pengguna di Malaysia, Singapura, Australia, Thailand, China dan Jepun (besar harapan Nuffletskan?)
Saya masih lagi belum dapat melihat kehebatan Nufflets memberikan peluang pendapatan kerana saya baru sahaja mendaftarkan diri kelmarin, itu pun selepas membaca topik yang ditulis oleh Titan (EarnCent).
Untuk kesemua Ads Network buatan Malaysia ini (Nuffnang, Advertlets, GrabMyAds dan Nufflets), saya masih lagi prefer memaparkan iklan Nuffnang. Mungkin komisyen yang ditawarkan adalah relevan dengan traffik blog ini.
Lagi pun, earning yang ditawarkan oleh Nufflets berdasarkan kepada ‘text ads CPC’. Risiko masih ada untuk terdedah kepada aktiviti “Fraud Click“. Saya berharap pengguna internet akan lebih beretika semasa melayari internet.
Syarat untuk menyertai Nufflets ini adalah mudah. Ia masih lagi percuma seperti mana Ads Network tempatan yang lain. Difahamkan, untuk menyertai Nufflets, anda dikehendaki memiliki blog berdomain dan hosting sendiri (spt NoorizamShah.com).
Anda akan diberikan 5USD percuma setelah anda berjaya mendaftar dan di’approve’kan oleh Nufflets. Tambahan 10USD akan diberikan kepada anda apabila anda memberikan backlink kepada Nufflets melalui review seperti ini.
Di Nufflets sesiapa sahaja boleh beriklan!
Keterangan lanjut, sila klik sini
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentComments
21 Responses to “Peluang Buat Duit Lagi Ke?”
Got something to say?





















































Uiks..cepat aje ye ko review. Takpe. Kita try je. Kene fraud klik. Nak buat macam mana. Benda dah jadi normal dah sekarang. Harap dapat 35 soon. Aku ada borak dengan nabil. Not bad. Nice and interesting person.
Aha, ada gak terbaca pasal ni bro..Tapi taktau lagi bila nak cuba..Blog sekarang dah togel ngan iklan, huhu..
Bat: Hang tak ada buat service design blog ker?
Aku suka banget dengan Design blog kamu! ohoho
Kemunculan baru rangkaian iklan! Tapi yang mana paling gemilang!?
So far, untuk Ads Network tempatan, Nuffnang beri komisyen kat saya boleh tahan juga. Kalau nak compare dengan nufflets kira tak adil lah kot.
wa..template baru lagi ye?saya dh dapat dh template yang best dan senang nak letak banner ads..best2
bagus tips ni..nanti nak try..
Terima kasih banyak2 Noorizamshah untuk writeup ini!
Sebagai satu suggestion, saya rasa Noorizamshah patut try format “EasyFeed” kami. Dgn EasyFeed, ads yg akan dipaparkan akan melihat lebih natural dan akan mengambil “look and feel” of your website ini.
Dan EasyFeed adalah format yg lebih flexible. Silalah mencuba!
Welcome to the Network!
Regards,
Nabil
Nabil: Thanks for advised. Dah cuba, yup nampak neutral.
Dah ramai advertiser ke belum?
Ni saya suka baca blog Noorizam ni.Maklumat yang pantas.Sesuai bagi saya yang baru berjinak-jinak nak menulis blog.
Bagus Noorizam ni. Boleh jadi duta produk…
Lupalak… Lama x nampak Nabil ni. Patut la menyepi. Projek bagus.
Lepas ni ape plak eh. LetsNuff? (Wei Noorizam jgn curik idea ni ok)
Zul: memang lama tak nampak Nabil ini. Dulu sibuk dengan projek TechBeat dia, la nih dah muncul dengan nufflets. Sempat juga chat dengan dia tadi.
Dah daftar nufflets, tapi tgh pikir lagi nak letak kat mana..
Aha, ada jugak buat theme untuk orang, kadang2 ja la..waktu lapang, hehe..
Bat: kalau macam tu, boleh kena ambik job buat themes blog ini? mai la kasi qoutation kat aku.. hehehe…
Err..Serius ka ni bro? huhu..Apa-apa hal emel la aku ek..
Bat: aku dah mesej hang bro!
Norrizam. You dah dapat 15usd tu? Ehm..akhirnya blog aku kembali
Titan: dah dapat dah 15USD tu.
modal berapa?
man, untuk place ads network tempatan ini “tiada modal’. Penyertaan adalah percuma. Kena bijak dan tahu nak place iklan kat area mana.
Wah… benda2 free ni memang tak boleh dilepaskan begitu je!