Dibayar Menulis Artikel Untuk Orang Lain…
December 26, 2007
Adakah anda seorang penulis yang baik? Anda pernah memenangi pertandingan menulis karangan? Atau anda sememangnya mempunyai bakat menulis?
Ingin tambahkan pendapatan sampingan anda? Tahukah anda, terdapatnya blog-blog yang menerima artikel-artikel dari penulis jemputan mereka. Lihat blog JohnTp dan Alang SZAB, mereka ini menggunakan khidmat penulis-penulis jemputan untuk memberikan info-info terkini berterusan.
Pemilik-pemilik blog ada yang bekerja sepenuh masa makan gaji dengan majikan, ada yang masih belajar dan tidak punya masa untuk kemaskini blog. Jadi, pemilik-pemilik blog ini sanggup mengeluarkan bajet untuk membayar penulis-penulis jemputan ini bersesuaian dengan topik yang dikehendaki. Inilah peluang baik untuk anda mengasah bakat menulis, menimba pengalaman dan semestinya untuk tambah duit poket anda.
Bagaimana untuk menulis artikel di blog orang lain?
Jika anda dijemput atau ditawar menulis/menghantar artikel pastikan artikel-artikel tersebut ditulis sendiri oleh anda. Tidak kira samada anda merujuk mana-mana info, pastikan ianya hasil dari idea anda sendiri. Tinggalkan rujukan di dalam artikel untuk memudahkan pembaca mendapatkan info yang lebih jelas.
Saya syorkan kepada anda, jika anda mempunyai laman blog sendiri, sebaiknya tunjuk kemahiran menulis anda kepada orang lain terlebih dahulu. Beritahu tahu mereka servis yang ditawarkan oleh anda.
Bila mana anda sudah ditawarkan perkhidmatan, pastikan anda tidak gelojoh untuk membolot kerja-kerja yang diberikan. Ambil sedikit demi sedikit dan lakukan mengikut kemampuan anda sahaja. Ini kerana, ada pemilik blog menawarkan anda untuk menulis artikel yang panjang. Agihkan juga masa untuk anda menulis di blog sendiri. Potensi anda perlu juga dijaga.
Jadi, kalau dah tak larat sangat nak terima tawaran, tolaklah permintaan dengan cara yang baik.
Jumpa lagi
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related ContentComments
10 Responses to “Dibayar Menulis Artikel Untuk Orang Lain…”
Got something to say?





















































Kalau dah ada income beribu-ribu ringgit bolehlah upah org….mcm si alang tu…income dia tak yah dok kata lah..ribu raban..huhuhu
Pergh ada upah penulis juga eh!?
shahraduan: alang memang full timer earn money from internet. Jadi untuk terus perolehi pendapatan kat internet, dia perlu juga upah orang untuk tulis artikel di blog-blognya.
Megat: Topik ini untuk mereka yang ada bakat menulis. Jadi boleh offer perkhidmatan ini kat sesiapalah
Saya ada soalan cepu emas ni untuk Noorizam.
Kalaulah ada pemilik blog yang nak ambik Noorizam sebagai penulis jemputan.Berapa bayarannya?
Saya tunggu jawapan ni…
Norfazli: Berminat nak jemput saya ke? Untuk sebutharga tu, boleh contact saya.
P.s: Cuba taip keyword “perkhidmatan menulis artikel” atau “khidmat menulis artikel” di google. Tak sampai 1 jam, post blog ini dah berada dalam top 10 ranking google.
Berminat jugak sebenarnya…nantilah..kena fikir dulu.
Owhh.. boleh saja. Harga yang ditawarkan tu menarik tu.
wah..wah..makin advance la kau yer shah..takpe aku follow belakang jer dulu..hehehe..dok belajar dari hang…
ade ke yg nak jemput aku (erk..tak malu..promote diri sendiri :P)